+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Monday 1 July 2013

Sisha mengandungi 100 bahan kimia termasuk nikotin

7/01/2013 07:07:00 pm

Share it Please

Sisha mengandungi 100 bahan kimia termasuk nikotin

 

SENAI, 2 Julai 2013 – Sisha didapati mengandungi lebih 100 bahan kimia berbahaya termasuk nikotin, tar dan giserin yang turut terkandung dalam sebatang rokok dan cenderung meningkatkan risiko barah kepada penggunanya.

 

Pakar Perunding Hospital Columbia Asia, Dr Dimitraj Maniam berkata, walaupun kandungan kimia dalam rokok lebih padat, namun sisha boleh memberi kesan buruk jangka panjang berikutan tempoh masa ia dihisap lebih lama berbanding rokok.

 

“Biasanya sisha dihisap dalam tempoh 45 minit hingga satu jam atau lebih, asap sisha dihidu pengguna menyamai 50 hingga 60 batang rokok.

 

“Walaupun kesannya tidak sama, namun tetap mendatangkan risiko bahaya khususnya bagi mereka mempunyai sejarah keluarga menghidap barah.

 

“Ia biasanya akan meningkatkan kecenderungan penyakit barah terhadap bahagian mempunyai hubungan langsung dengan penggunaan shisha termasuk paru-paru, tekak dan mulut,” katanya.

Selain itu, katanya, kandungan nikotin dan tar boleh mendatangkan ketagihan terhadap pengguna yang menyebabkan keinginan mereka untuk terus menghisap sisha sentiasa meningkat.

 

“Ramai beranggapan mereka gemar menghisap sisha disebabkan perasa buah-buahan dan manisan yang terdapat padanya.

 

“Tetapi sebenarnya tanggapan ini salah kerana kandungan nikotin dan tar merupakan punca ketagihan mereka terhadap sisha,” katanya.

 

Beliau turut bersetuju sekiranya penggunaan dan penjualan shisha dikawal agar tidak memberikan kesan buruk terhadap kesihatan orang ramai.

 

“Saya nasihatkan kepada pengguna agar berhenti dari terus menghisap sisha, mungkin kesan buruknya belum dapat dilihat, namun ia akan memberi kemudaratan pada masa akan datang,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment