+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Sunday 14 July 2013

80 peratus dari 6,381 kemalangan maut kerana sikap manusia

7/14/2013 08:38:00 pm

Share it Please

PUTRAJAYA, 12 Julai 2013 - Lapan puluh peratus daripada 6,381 kemalangan maut yang dilaporkan tahun lepas berlaku kerana sikap manusia, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk, Tam Weng Wah.

 

Weng Wah berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun sebelumnya iaitu 6,349 manakala jumlah kemalangan pada tahun lepas ialah 20,473 menurun berbanding 2011 iaitu 20,662.

"Antara punca kemalangan maut ialah penggunaan telefon ketika memandu dan kebanyakan yang terlibat berumur 17 hingga 29 tahun," katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Kempen 'Fill Up With Air' (FUWA) anjuran Michelin Malaysia Sdn. Bhd. di Pusat Membeli-Belah Alamanda di sini hari ini. - Bernama

 

0 comments:

Post a Comment