+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Sunday 14 July 2013

Kemajuan teknologi punca keruntuhan moral

7/14/2013 08:38:00 pm

Share it Please

KUCHING, 14 Julai 2013 - Kepimpinan melalui teladan, khususnya dalam sektor awam, adalah penting untuk kejayaan kempen amalan budi bahasa dan nilai murni di kalangan rakyat Malaysia yang sedang dilaksanakan kerajaan, kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

 

Menggesa semakan menyeluruh terhadap kempen peringkat kebangsaan selama lima tahun itu untuk memastikan sejauh mana telah mencapai objektifnya, beliau berkata masih banyak perlu dilakukan untuk memupuk nilai-nilai itu di kalangan rakyat Malaysia yang kini berdepan dengan isu keruntuhan moral dalam kehidupan seharian mereka disebalik kemajuan teknologi.

 

"Melihat kepada tingkah laku dan sikap sebahagian besar rakyat Malaysia, saya sangsi dengan keberkesanan  kempen yang sedang berlangsung untuk menggalakkan amalan budi bahasa di kalangan rakyat dan menjadikannya sebagai cara hidup.

 

"Sindrom tingkah laku negatif seperti dicerminkan dalam masalah seperti pembuli jalan raya, melanggar peraturan trafik, membuang sampah merata-rata, kasar dan pemandu teksi penipu jelas menunjukkan kita masih jauh daripada sikap berbudi bahasa dan sopan" katanya dalam kenyataan di sini.

 

Memberikan contoh perkhidmatan awam, Lam Thye berkata semua kementerian, jabatan kerajaan dan agensi perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja mereka, khususnya petugas kaunter yang berurusan dengan orang ramai, dengan adab asas apabila menjawab panggilan telefon atau menjawab surat daripada orang ramai.

 

"Ini patut diikuti oleh sektor swasta dan orang ramai," katanya dan menurutnya "kejayaan kempen budi bahasa mesti bermula dari sekolah dengan adab sopan dan nilai-nilai murni mesti diajar".

 

Sehubungan itu, pendidikan moral di sekolah perlu diberi penekanan mengenai pentingnya mempelajari dan mengamalkan 36 nilai-nilai murni di sekolah, bagaimanapun menghafalnya hanya untuk lulus subjek itu tidak wajar digalakkan, katanya.

 

Katanya semua rakyat Malaysia perlu sama-sama menangani masalah kemerosotan nilai-nilai murni, terutamanya di kalangan golongan muda Malaysia, termasuk bercakap kasar kepada pelanggan, merokok di kawasan larangan merokok, meludah di tempat awam dan tidak memberikan tempat duduk kepada warga tua, orang kelainan upaya dan wanita mengandung.

Beliau berkata adalah perkara biasa untuk melihat pemandu tidak berhemah dan meletakkan kenderaan sesuka hati, perbuatan membuang sampah di tempat-tempat awam, merosakkan harta awam, memotong barisan dan tidak "meminta maaf" apabila melakukan kesalahan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment