+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday 11 July 2013

Dugaan Ramadan

7/11/2013 09:01:00 pm

Share it Please

F

irman ALLAH:

“Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang bertaqwa.“ - (Surah Al-Baqarah: 183)

 

H

adis Rasulullah SAW:

Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang Ramadan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

 

Sejak kelmarin, jutaan umat Islam diseluruh dunia memulakan ibadat puasa bagi memenuhi Rukun Islam ketiga. Tempoh berpuasa pula bergantung kepada waktu terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dan pastinya waktu itu berbeza antara sebuah negara dengan negara lain.

 

Tahun ini, penduduk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berpuasa 15 jam pada minggu pertama berbanding penduduk di Hemisfera Utara seperti Sweden, Denmark dan Finland, di mana tempoh berpuasa mereka menjangkau hingga lebih 20 jam sehari.

 

Ø  Tempoh berpuasa di Sweden 24 jam, Argentina 9 jam

Tempoh berpuasa panjang tidak memberi masalah kepada umat Islam. Difahamkan, pada Jun 2015, utara Sweden dan Iceland, dikatakan tidak mempunyai waktu malam, malah mengikut kalender Islam pada tahun itu juga umat Islam dijangka memulakan puasa pertengahan Jun.

 

Ø  Persoalannya, adakah mereka bakal berpuasa 24 jam, sehari?

Seorang pendakwah berpangkalan di Abu Dhabi,UAE, Sheikh Abdul Basit Dirawi berkata, Islam sangat jelas mengenai puasa di mana umat dilarang makan dan minum dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari, tetapi terdapat pengecualian terhadap syarat itu kerana agama Islam sentiasa fleksibel.

 

“Contohnya, penentuan berbuka puasa bagi orang yang menaiki kapal terbang untuk perjalanan jauh adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, bukan mengikut negara yang mereka berada di atasnya.

 

"Mengikut fatwa, setiap penumpang pesawat yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak dan juga tidak boleh mengikut negara ditujukannya dan waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata mereka," katanya.

 

Bagi umat Islam di Argentina, mereka menjalani ibadah puasa dalam tempoh singkat dengan purata hanya kira-kira sembilan jam iaitu setengah hari dari waktu berpuasa di Sweden.

 

Di Australia pula, sebahagian besar masyarakat Islam, berpuasa lebih lama daripada penduduk di Amerika Selatan, dengan purata kira-kira 10 jam.

 

Pendapat ulama berkaitan tempoh berpuasa

I

man Masjid Sheikh Zayed di Stockholm, Sweden, Sheikh Mahmoud Khalfi menjelaskan, secara prinsipnya, umat Islam berpuasa sepanjang hari.

 

“Masih ada yang berpuasa pada siang dan malam. Secara dasarnya, umat Islam hanya perlu mengikut peraturan berpuasa pada waktu siang. Kadang-kadang Ramadan jatuh pada musim sejuk dan waktu siangnya sangat pendek,“ katanya.

 

Menurutnya, sungguhpun waktu berpuasa di Sweden amat mencabar kerana tempoh berpuasa mencecah sehingga 20 jam sehari namun masih ada negara lain menghadapi cabaran lebih getir.

 

“Cabaran ini menguji kesabaran dan memberi kekuatan kepada umat Islam. Cuba kita lihat negara sangat panas, seperti di Sahara, pastinya ibadah puasa mereka lebih sukar namun mereka berjaya dan tabah melakukan ibadah itu sehingga iftar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa menjelaskan, masih tiada kenyataan rasmi atau garis panduan mengenai waktu berpuasa di utara Eropah.

 

“Ramai imam dan organisasi memberikan pendapat. Namun, ia terpulang kepada individu membuat keputusan kerana tempoh waktu siang yang panjang tidak bermaksud mereka perlu berpuasa 24 jam sehari. Islam memberikan banyak pilihan,“ katanya

 

Memetik laporan akhbar Bangladesh Muslim, di Finland, umat Islam berpuasa 21 jam sehari secara purata pada tahun lalu.

 

Shah Jalal Miah Masud yang tinggal di di Rovaniemi, hampir 830 kilometer, utara Helsinki berkata, cuaca di situ tidak pernah gelap dan sentiasa cerah.

 

“Matahari sentiasa terbit. Agak sukar mengetahui waktu iftar dan imsak yang tepat. Anda bayangkan bagai mana pada jam 11 malam anda baru dapat melihat matahari terbenam,” katanya.

 

Menurut Imam Muslim di Finland, terdapat pilihan bagi mengurangkan jumlah jam berpuasa  iaitu dengan menandakan tempoh terbit dan terbenam matahari di negara-negara yang jauh ke selatan Finland.

 

Tetapi, Presiden Persatuan Islam Utara Finland, Imam Abdul Mannan menjelaskan, terdapat dua pendapat dalam menentukan tempoh jam berpuasa ini.

 

Ulama Mesir mengatakan, jika umat Islam melalui tempoh hari puasa yang sangat panjang iaitu lebih daripada 18 jam, maka mereka boleh mengikuti masa berbuka dan imsak mengikut Makkah, Madinah atau masa negara Islam yang terdekat.

 

“Pendapat kedua pula menyatakan dari pandangan para ulama Saudi, apa sahaja waktu yang dilalui sama ada panjang atau pendek  umat Islam perlu mengikuti waktu tempatan,’ katanya.

 

Saudi berpuasa 50 darjah Celsius

S

ementara itu, faktor cuaca tidak mendatangkan masalah bagi umat Islam berpuasa kerana Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang dinanti-nantikan seluruh umat Muhammad SAW.

 

Ramadan tahun ini, suhu di Hemisfera Utara dijangka kekal sederhana dengan suhu rendah dan tidak melebihi 25 darjah Celsius serta berangin.

Pusat Ramalan Kaji Cuaca Arab Saudi melaporkan, tahun ini merupakan tahun paling panas dengan suhu mencatatkan 50 darjah Celsius manakala kebanyakan negara jiran mengalami suhu sekitar 40 dan 48 darjah Celsius.

 

“Ramadan tahun ini merupakan paling mencabar buat umat Islam kerana berada dalam musim panas bermula 21 Jun hingga 22 September.

 

"Ramalan kaji cuaca menunjukkan suhu Ramadan tahun ini juga menjadi sangat panas namun tidak sepanas 2002 dengan catatan 52.1 darjah Celsius.

 

 

0 comments:

Post a Comment