+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Monday 15 July 2013

Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat?

7/15/2013 09:10:00 pm

Share it Please

A

l-Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi seorang gabenor Iraq yang dilantik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan pada zaman khilafah Bani Umayyah. Kebiasaannya beliau digambarkan sebagai penguasa yang zalim dan kejam bahkan seolah-olah penguasa paling kejam di atas muka bumi Allah ini hinggakan apabila timbul sahaja kisah tentang penguasa atau pemerintah yang zalim lalu terlintaslah untuk mengaitkannya dengan Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi.

Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-

 

v  Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.

v  Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.

v  Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.

v  Mengukuhan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.

v  Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.

Hajaj dikatakan berjasa besar kepada Islam kerana memasukkan baris kepada Al-Quran. Pada masa yang sama beliau dituduh membunuh sekian ramai orang Islam sesuka hatinya.

 

Apakah maksud sebenar di sebalik   cerita-cerita yang saling bercanggahan ini?

 

Inilah agenda pereka-pereka kisah yang terdapat dalam buku-buku sejarah Islam; mereka ingin menyatakan bahawa Quran yang ada pada hari ini adalah Quran yang diragui kesahihannya kerana baris-baris yang ada dalam Quran ini adalah hasil usaha seorang yang amat jahat, pembunuh yang tidak berperikemanusian yang bernama Hajjaj!! Ini lah fitnah dahsyat musuh-musuh Islam yang ditelan bulat-bulat oleh kita orang Islam!

Berikut ialah kitab yang menjadi tesis PhD Dr Mahmud Ziyadah dan dinamakan “Al-Hajjaj Bin Yusoff as-Tsaqofi: al-Muftara ‘alaih” (al-Hajjaj : Insan yang terfitnah) - kredit  Sdr Abdul Qayyum Hadi.

 

http://www.mediafire.com/?96yoa7mv7bzccup

 


*Sumber dari http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=7372

0 comments:

Post a Comment