+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Sunday 28 July 2013

DNA babi dalam produk dari Negara jiran

7/28/2013 08:18:00 pm

Share it Please

Kangar: Sos kanser perut. Begitu penemuan terbaru Jabatan Kesihatan negeri ke atas sos ikan import dari negara jiran yang didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya seperti ‘chloropropanols’, sekali gus dibimbangi boleh mengakibatkan kanser perut.

 

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri (JKN) Datuk Dr Ghazali Othman berkata, sos ikan dari Thailand itu antara tiga produk yang dikenal pasti dibawa masuk ke negara ini tanpa mendapatkan kelulusan termasuk dua produk lain yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menurutnya, kedua-dua barangan berkenaan ialah jejari ikan dan kuih ikan sudah dikenal pasti melalui ujian yang dilakukan pada April lalu sebelum laporannya dikeluarkan pada Julai lalu bahawa ia mempunyai DNA babi. Katanya, sos ikan berkenaan dikesan digunakan di beberapa restoran dan kedai makan di negeri ini sebagai bahan penambah perisa makanan.

“Barangan makanan dari Thailand bukan saja mengandungi DNA babi, malah mempunyai bahan kimia yang boleh mengakibatkan kanser perut. Kebanyakannya produk jenis sejuk beku berkisar seperti daging, ikan, ketam dan ayam yang diseludup masuk melalui jalan tikus bagi dipasarkan, di sini.

 

“Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan bahan dari negara Thailand walaupun dijual pada harga murah kerana dibimbangi mendatangkan mudarat kepada mereka,” katanya.

 

Menurutnya, ujian berkenaan dilakukan ke atas produk sejuk beku berasaskan ikan dan isi ketam yang diperoleh daripada hasil rampasan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) pada Disember tahun lalu.

 

“Berdasarkan ujian berkenaan, satu laporan keputusan dikeluarkan pada April lalu mengesahkan produk terbabit positif kandungan DNA babi,” katanya.

 

Menurutnya, pengguna tidak mengetahui kandungannya kerana label bahan terbabit menggunakan tulisan Thailand sepenuhnya.

 

Katanya, penterjemahan tidak dilakukan kerana barangan itu diseludup masuk dan ujian hanya dilakukan ke atas produk terbabit selepas rampasan dibuat.

 


*Sumber

0 comments:

Post a Comment