+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday 11 July 2013

Cuaca panas landa Makkah

7/11/2013 05:39:00 pm

Share it Please

Makkah: Penduduk Arab Saudi menyambut bulan puasa tahun ini dalam suhu tinggi musim panas dan paras tinggi kelembapan.

 

Mereka juga menjalani ibadah itu lebih lama kerana tempoh siang yang lebih panjang, lebih 15 jam pada beberapa hari pertama Ramadan. Ia akan berkurangan kepada 14 jam 40 minit menjelang akhir puasa kelak.

 

Suhu dijangka meningkat lebih 43 darjah selsius di negara itu sepanjang Ramadan. Bandar suci Makkah dan Madinah dijangka mencatat paras suhu tertinggi di samping Wilayah Timur, Yanbu dan Riyadh.

Bandar tepi laut Jeddah mencatatkan paras kelembapan 70 peratus pada hari pertama Ramadan, yang tertinggi di negara berkenaan.

 

Sementara itu cuaca berhabuk yang dihadapi penduduk Riyadh pada dua hari sebelum Ramadan semakin berkurangan. Bagaimanapun, pegawai kaji cuaca memberi amaran ia hanya sementara dan keadaan itu akan berlaku semula beberapa hari akan datang.

 

Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani, berkata, suhu sepanjang Ramadan akan kekal panas memandangkan tekanan rendah di Semenanjung Arab dan cuaca panas yang melanda Asia Barat.

 

Makkah akan mencatatkan suhu antara 43 dan 48 darjah selsius dan 42 hingga 47 darjah selsius di Madinah. - Agensi

 

0 comments:

Post a Comment