+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Sunday, 21 July 2013

5,000 meter padu air Zamzam disalur setiap hari

7/21/2013 11:29:00 pm

Share it Please

Jeddah, 21 Julai 2013 - Projek air Zamzam yang dilhamkan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah, di Kadi berdekatan Makkah, kini mampu menyediakan 5,000 meter padu air Zamzam dan 200,000 bekas plastik seberat 10 liter setiap hari.

 

Loji berkenaan dibina pada kos SR700 juta (RM596.39 juta) pada Ramadan 2010 dan memiliki 42 pusat agihan dikendalikan dari ibu pejabatnya. Hasilnya, bekas air Zamzam boleh diperoleh 24 jam.

Sistem canggih projek itu boleh menghasilkan sehingga lima juta liter air menerusi satu penapis linear.

 

Akhbar Arabnews melaporkan, ia memiliki tangki simpanan utama dengan kapasiti 10 juta liter dengan empat pam ke dataran Masjid Agung menerusi jaringan paip keluli tahan karat 200 milimeter.

 

“Kilang pengeluaran dibina di atas kawasan seluas 13,405 meter persegi dan terdiri daripada beberapa bangunan dengan pemampat udara, sebuah gudang dan jaringan pengeluaran,” kata akhbar itu.

 

Ia memiliki penjana elektrik 10 megawatt dan bekerja menggunakan sistem SCAD, yang membenarkan kawalan dan pengawasan semua fasa projek termasuk pengepaman air dari telaga dan pembungkusan.

 

Projek itu juga memiliki gudang pusat dengan pendingin hawa serta sistem amaran dan kebakaran bernilai SR75 juta (RM63.89 juta).

 

Ada 15 tingkat simpanan dan agihan sebanyak 1.5 juta bekas sebanyak 10 liter. Kilang itu dihubungkan menerusi jaringan paip dan jambatan bagi memastikan pengeluaran dan pengagihan lebih murah antara bangunan.

 

Air Zamzam terbaik atas muka bumi

T

elaga air Zamzam di Makkah memiliki air minuman terbaik di muka bumi ini.

 

Jemaah di Masjidil Haram memastikan mereka minum sebanyak mungkin air itu dan membeli beberapa bekas untuk diberi kepada rakan dan keluarga.

 

Ada bekalan air Zamzam tanpa henti walaupun penggunaan besar di kalangan jemaah haji dan umrah sepanjang tahun.

 

Air itu adalah anugerah daripada Allah kepada Nabi Ismail, apabila baginda menangis kehausan ketika ibunya Siti Hajar mencari air dengan berlari-lari anak antara bukit Safa dan Marwa.

 

Baginda melakukannya sehingga Allah mengeluarkan air dari bawah kakinya dan Hajar mula bergerak untuk menadah air itu sambil menyebut, “Zamzam, Zamzam, Zamzam, Zamzam,” menurut satu laporan diterbitkan Agensi Saudi Press.

 

Ia menjadi satu tradisi untuk melindungi telaga berkenaan, bagi memastikan ia terus membekalkan air kepada penduduk, jemaah dan pelawat. - Agensi

0 comments:

Post a Comment