+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday, 11 July 2013

Saudi rancang sedia khidmat kelas dunia

7/11/2013 05:39:00 pm

Share it Please

Makkah: Sebuah bangunan yang lengkap dengan kemudahan paling canggih akan dibina di bandar suci ini, sama seperti yang dirancang untuk Madinah.

 

Ia adalah sebahagian daripada usaha Arab Saudi untuk menyediakan khidmat kelas dunia kepada jutaan jemaah yang datang untuk menunaikan haji atau umrah.

 

Menteri Haji Bandar Hajar sudah mengemukakan cadangan kepada Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal untuk membina projek berkenaan yang akan digunakan untuk menyambut kedatangan dan menghantar jemaah pulang.

Bangunan itu dicadang untuk menempatkan semua misi haji negara asing sebagai tambahan kepada pelbagai khidmat yang diberikan kepada jemaah.

 

Ia juga akan mempunyai unit kediaman, pejabat syarikat umrah, muzium, pusat pameran dan pasar warisan.

 

Kerajaan Saudi baru-baru ini mengumumkan rancangan membina sebuah bangunan untuk jemaah di Madinah yang luasnya kira-kira 1.6 juta meter persegi di Jalan Hijrah, lengkap dengan kemudahan asas dan sistem pengangkutan awam. - Agensi

 

0 comments:

Post a Comment