+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Tuesday 27 August 2013

Pemuzik Punk Memeluk ISLAM selepas Membaca Surah Al-IKHLAS

 

“Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih memilih muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial dan masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahaminya yang berlaku diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras."

 

S

ebagai seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar berkenaan kekayaan, wang dan harta sebagai erti dan tujuan kehidupan di sebagaimana difahami umum di barat. Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa tercari-cari jawapan akan semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya.

 

Suatu hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia yang lain. Dibesarkan dalam komuniti Kristian, beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan yang diberikan itu. Baginya, adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa keatas alam ini memerlukan perkara seperti itu? Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain.

 

Beliau mula mencari jawapan di dalam agama Hindu. Dia mengetahui bahawa agama Hindu menyembah patung-patung yang disucikan. Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau bertanya ” Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan saya?’.

Para penganut Hindu menjawab , ” Perbuatan itu adalah perkara yang amat buruk..”.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau bertanya lagi ” Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?”.

 

Ternyata jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa.

 

Seterusnya, beliau mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut? Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza-beza.

 

Pencariannya mencari Tuhan diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu kerana ia hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.

 


S

uatu hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan arab tersebut.

 

Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam. Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk menyelidikinya.

 

Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahawa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.

 

Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu sahaja. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan sang Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain. Sudah pasti akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu.

 

Dia menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki keatas setiap yang lain.

 

Jiwanya membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini.

 

Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam. Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus menghubunginya. Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila beliau sampai di situ, para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke masjid itu dan menyatakan bahawa ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penampilan yang menggerunkan iaitu memakai rantai, tali pinggang peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya. Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah disitu.

 

Itulah kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother  Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.

 

 


*Sumber

No comments

Wednesday 21 August 2013

Nik Aziz: Kebenaran itu milik ALLAH

S

AYA tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir.

 

Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera.

 

Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

 

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.

 

Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.

 

Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

 

Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.

 

Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.

 

Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran.

 

Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika Syarikat (AS) sekian lama.

 

Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

 

Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia.

 

Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini?

 

Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

 

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Arab Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa.

 

Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

 

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau.

 

Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

 

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

 

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

 

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

 


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mursyidul Am Pas

20 Ogos 2013

 

**Pendapat ini dipetik dari Facebook beliau sendiri.

No comments

Alkisah FB : Ramainya Anak Dara Yang Perasan Kiut!

Klik.. klik.. klik..

 

K

likan mouse pada button-button yang terdapat dalam FB. Dunia hari ini agak mudah untuk mengenal manusia seluruh dunia. Hanya melayari FB.. dalam sehari kita mampu mengumpul ratusan kawan baru dan menyampaikan isi hati kepada ratusan orang (mengikut bilangan friend masing-masing).

 

Cuma, saya mula rasa ingin muntah apabila melihat anak-anak gadis kita yang :

 

1)  Tidak menutup aurat, atau menutup aurat sebahagian sahaja, atau hanya menutup (tapi ketat..)

 

2)  Bergaya dengan gaya yang kurang sopan, ada juga yang membuat isyarat lucah.. saja nak tunjuk sosial.

 

3)  Perasan kiut.. rasa diri begitu anggun.. perasan muka macam korea.. sambil berkata dalam hati "Oh.. comelnya aku".. uwekk..

 

E

ntahlah.. mana pergi kehormatan mereka sebagai seorang "anak dara". Kalau nak berfacebook pun, agak-agakla sikit.  

 

Pastu, mulalah kata "jangan jaga tepi kain orang", "ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.."

 

Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..

 

Ada juga yang kata "U tu laki.. mana tau hati perempuan".. Huh, anak dara juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaye diorang yang tegedik-gedik dalam FB tu.

 

Apa yang saya luahkan secara santai di atas adalah serba-serbi suara hati yang belum terluah. Saya cuma ingin mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam FB dan suka "mengutip" kawan-kawan sebanyak mungkin.

 

Pernah saya bertanya kepada seorang adik, yang masih bersekolah menengah.. "Apa hobi kamu".. dia menjawab "berkawan.. cari kawan.. kawan seramai mungkin..". Erm.. dalam hati saya dapat mengagak, pastinya dia adalah peminat FB.

 

Ya, sifat ingin berkawan itu memang baik, tetapi ia menjadi buruk apabila "main hentam je pilih kawan". Kadangkala, kita asyik sibuk dengan FB mencari kawan, bertegur sapa, mengutuk orang dan sebagainya di dalam FB, tetapi adik beradik kita.. hubungan agak dingin.

 

Apatah lagi family..

 

Kita agak dingin dengan keluarga kita.. kerana kita lebih suka berkawan, mencari kawan dan mengumpulkan kawan sebanyak mungkin. Kenapa kita tidak "berkawan" dengan keluarga kita?

 

Kalau anda ingin mencari kawan sekalipun, pilihlah dengan siapa anda berkawan. Saya yakin, apabila seseorang tersebut secara "tiba-tiba" ingin berkawan dengan anda, sudah pasti ada udang di sebalik batu atau mee. Kenapa dia pilih anda?

 

Lalu, anda pun menjawab di dalam hati "Isy, ada orang nak kat saya la.. huhuhu, bestnya.. "

 

Kemudian, anda akan meletakkan @ menukar gambar anda.. dengan gambar yang lebih cun.. Menarik.. ada iras-iras Korea lah kononnya. Kenapa ya? Selain Barat, Korea juga sedang hebat menjajah pemikiran! Ini kerana dunia hari ini sedar bahawa menjajah pemikiran jauh lebih menguntungkan daripada melakukan penjajahan..

 

Kawan oh kawan..

 

S

ebagai anak dara, cuba anda fikirkan.. anda sangat berminat mengumpul setem. Album yang dibeli dirasakan paling cantik di dunia.. Di dalam hatinya berkata "album aku la paling lawa".

 

Lalu anda pun pergi ke pejabat pos.. dan bertanya "Pak Cik, saya nak beli setem.. lantakla setem apa yang ada.. saya ada RM 20".

 

Pak Cik pun bertanya "Setem yang ada di sini, biasa-biasa je.."

 

Anda menjawab "Lantak lah.. saya minat kumpul setem.. jadi saya akan kumpul sebanyak mungkin.".

 

Anda terlupa album anda bukan besar sangat macam pejabat pos..

 

Erm, contoh ini agak lembut. Saya gunakan contoh yang kedua pula..

 

Anda sangat meminati serangga.. lalu anda pergi ke taman bunga untuk menangkap serangga..

 

Apa yang peliknya, anda "membalun" semua serangga yang ada di situ.. Anda tangkap sebanyak mungkin serangga yang ada.. antaranya lalat, langau, rama-rama, kelkatu, kumbang, lebah.. tebuan.. semut api, semut hitam, anai-anai.. dan segala mak nenek serangga yang ada di situ.

 

Apabila orang bertanya kehairanan.. "Kenapa tangkap semua serangga ni? Lalat pun nak tangkap juga?"

 

Anda menjawab "Saya memang meminati serangga, jadi saya akan tangkap sebanyak mungkin untuk diletakkan dalam sangkar saya.. "

 

Cuba fikirkan nasib anda dan FB anda pada masa depan. Cuba jadikan FB anda bermanfaat dan boleh membuahkan hasil.

 

- Ibnu Ir Fadzil

 

 


Source ::

From: Hashim, Fasriana

Sent: Tuesday, August 20, 2013 7:31 AM

To: Teman TM ; 'respeks_group@yahoogroups.com' ; 'chainz_of_frenz@yahoogroups.com'

Subject: RG2011... Alkisah FB : Ramainya Anak Dara Yang Perasan Kiut!

 

No comments

Tuesday 20 August 2013

Komplot jahat Yahudi cemari al-Aqsa didedah

Penduduk Yahudi berterusan cuba untuk mencemari kesucian Masjid al-Aqsa.

 

BAITULMAQDIS, 21 Ogos 2013 - Yayasan Al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan membongkar agenda jahat golongan Yahudi yang mahu mencemari kesucian Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Menurut yayasan itu, pemimpin Yahudi cuba memujuk pihak berkuasa Israel menyertai sebuah persatuan rasmi bertujuan untuk membina saumaah (pusat keagamaan dan tempat ibadat orang Yahudi) di tenggara masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

 

Penyelaras media Yayasan Al-Aqsa, Mahmoud Abu Atta memaklumkan pendaftaran persatuan rasmi yang akan mengendalikan pembinaan saumaah tersebut didakwa telah diluluskan.

 

"Perkara ini dirancang sejak tujuh bulan lalu selepas ribuan penganut menggesa pembinaan tempat ibadat tersebut yang dilihat sebagai satu tindakan biadab oleh mereka untuk menguasai al-Aqsa," jelasnya dipetik dari laporan PNN.

 

Awal bulan lalu, Mufti Sheikh Mohammad Hussein memberi amaran keras berhubung akibat yang akan ditanggung oleh rejim Zionis sekiranya mereka meneruskan rancangan membahagikan Masjid al-Aqsa.

 

Menurut Sheikh Mohammad, jika agenda jahat Israel itu berjaya diteruskan beliau khuatir ia akan menerima nasib sama seperti Masjid Ibrahimi di Hebron, sekali gus mencetuskan perang serantau.

 

Susulan daripada itu, beliau menggesa negara Islam dan rantau Arab bersatu untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa tersebut.

No comments

Kiamat Semakin Mendekati

 

D

ari Abu Musa dari Nabi SAW yang bersabda :

"Sungguh, menjelang terjadinya Kiamat ada masa-masa harj."

Para sahabat bertanya : "Apakah harj itu?"  

Beliau bersabda : "Pembunuhan."  

Mereka bertanya : "Apakah lebih banyak jumlahnya dari orang yang kita bunuh? Sesungguhnya kita dalam satu tahun membunuh lebih dari tujuh puluh ribu orang?"

Beliau bersabda : "Bukan pembunuhan orang-orang musyrik oleh kalian itu, tetapi pembunuhan dilakukan oleh sebagian kalian terhadap sesamanya."

Mereka bertanya : "Apakah pada masa itu kami masih berakal?"

Beliau bersabda, "Akal kebanyakan manusia zaman itu dicabut, kemudian mereka dipimpin oleh orang-orang yang tak berakal, kebanyakan manusia menyangka para pemimpin itu mempunyai pegangan, padahal sama sekali tidak demikian,"

(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

No comments

Friday 16 August 2013

Fakta Berkenaan Bulu Khinzir @ Babi

D

alam kehidupan seharian, kita banyak dihadapkan dengan peralatan yang memberi kemudahan kepada kita. Tetapi adakah kita ambil tahu tentang peralatan tersebut halal atau sebaliknya? Antara perkara yang akan saya sentuh adalah peralatan berkaitan dengan berus seperti berus cat rumah, berus blusher, berus cat lukisan dan sebagainya.

 

Jom kita tinjau berus yang berunsurkan bulu khinzir atau babi.

 

 

K

ebanyakan berus yang murah dari China diperbuat daripada bulu khinzir. Ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

 

Ciri-ciri bulu khinzir:

·         Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)

·         Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.

·         Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.

·         Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

 

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

 

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

 


Maha suci Allah telah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain dan inilah salah satu hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya oleh kerana sebahagian besar daripada kita mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal kecil seperti ini. Walaupun ia kelihatan kecil tetapi kesannya begitu besar kepada diri kita tanpa kita menyedarinya.

 

Jadi, mulai hari ini berhati-hatilah dengan peralatan yang berasakan bulu. Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.

No comments

Gambar-gambar tragik dari Mesir

E

koran pertempuran di Mesir, negara tersebut mengisytiharkan darurat selama sebulan ekoran keganasan yang tercetus di negara itu berikutan tindakan keras kerajaan sementara ke atas penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi.

 

Berita terkini yang kami perolehi dari sumber Astro Awani, sekurang-kurangnya 600 orang terbunuh di Mesir setakat hari ini, termasuk 202 penunjuk perasaan di Kaherah. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Mesir itu kini dalam proses mengemas kini angka terbaru dan kemungkinan angka kematian yang lebih tinggi dicatatkan.

 

Di sini, kami memaparkan gambar-gambar situasi serta kesan daripada serangan yang dilakukan oleh pihak polis serta tentera di sekitar Kaherah dan bandar-bandar berhampiran.

 

 


*foto ihsan dari dailymail dan aljazeera

 

No comments

Thursday 15 August 2013

Tamatkan episod tidur masa khutbah

S

etahun ada 52 minggu. Bayangkan berapa ribu kali kita sudah mendengar khutbah jika jika kita menunaikan solat Jumaat selama 20 tahun.

 

Sejauh mana mesej menyerap ke dalam jiwa dan menjadi amalan hidupnya setelah mendengar ayat ittaqullah?

 

Hari ini, taraf pemahaman ajaran Islam dalam kalangan umat Islam sendiri menjadi persoalan. Itu belum bukan Islam.

 

Pembaca budiman boleh tinjau di mana-mana masjid.

 

Apa yang dapat disaksikan semasa khutbah Jumaat boleh menitiskan air mata. Masih ada yang lelap, bersembang dan berSMS.

 

Kalau tak salah, ada masjid yang solatnya diadakan di tingkat atas pernah mengeluarkan kenyataan melarang jemaah menunaikan solat di tingkat bawah, tetapi sehingga ini beribu-ribu masih terus solat di tingkat bawah. Apakah solat begitu sah?

 

Pernah berlaku imam membaca qunut pada solat Jumaat, tetapi jemaah di tingkat bawah sujud dan beri salam kerana tidak nampak perbuatan imam di tingkat atas.

 

Yang selamba makan, minum, bahkan menghisap rokok dan bergayut di telefon bimbit, di tepi masjid, ketika khutbah disampaikan bukan perkara baru; sedangkan setiap kali sebelum khatib naik mimbar, bilal membaca hadis: “Jika kamu berkata kepada kawanmu diam ketika khatib menyampaikan khutbah, maka tiada pahala Jumaat bagimu,”?

 

 

Siapa salah? Khatib? pihak masjid? Atau jemaah?

J

ika dalam perkara asas seperti ini pun payah dipatuhi, maka apalah hendak dihairankan kalau masih ada yang keliru mengenai banyak perkara lain.

 

Kes-kes kontroversi baru-baru ini yang menimbulkan polemik dan kemarahan adalah bukti ketidak-fahaman itu.

 

Yang terbaru adalah kes pihak pengurusan resort di Kota Tinggi, Johor, membenarkan surau digunakan untuk upacara sembahyang agama lain.

 

Kes ini timbul selepas kes-kes seperti orang Islam berhari raya bersama anjing dan  orang bukan Islam mengaitkan hari raya dengan makanan haram.

 

Berapa ramai yang sedar Islam agama yang sangat adil kerana ia bukan sekadar tidak menerima Islam dihina, bahkan tidak membenarkan umatnya menghina agama lain. Islam memegang kepada ‘Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” (Al-Kaafiruun 109:6).

 

Dalam kekalutan seperti ini, antara platform yang paling berkesan untuk memberi kefahaman ialah khutbah Jumaat.

 

Kerana penting dan istimewanya khutbah Jumaat itulah jemaah dituntut memberi tumpuan penuh kepada isi khutbah yang disampaikan.

 

Mereka yang jarang atau langsung tidak ke masjid dan surau untuk solat harian pun menunaikan solat Jumaat.

 

Sebab itulah pihak berkaitan perlu mengguna peluang terbaik ini untuk menyampaikan mesej kepada jemaah.

 

Alangkah berkesannya impak mesej yang dibawa dalam khutbah jika ia disampaikan dengan baik, lancar dan jelas.

 

Khutbah tidak menjadi baik jika ia sarat dengan perkataan bombastik, panjang dan dengan suara tinggi atau disampaikan dengan lancar tetapi mendatar.

 

Khutbah yang baik ialah yang disampaikan dengan intonasi, yang diselitkan dengan cerita ringkas yang meninggalkan kesan di hati pendengar.

 

Khutbah yang baik ialah yang disampaikan oleh khatib yang mempunyai suara yang mantap, kemahiran berpidato dan persembahan yang baik.

 

Teringat saya bagaimana seorang khatib menarik minat jemaah dengan cerita bagaimana seorang pemuda Islam, kerana kepintarannya bersoal jawab dengan seorang ketua agama, menjadi asbab menarik semua penganut dalam rumah ibadah itu memeluk Islam. Doakanlah moga-moga khutbah yang menarik dapat menamatkan episod tidur dan lain-lain tabiat buruk semasa khutbah.

 

Kita percaya pada zaman IT canggih ini, pihak berkaitan tidak memilih khatib secara tangkap muat, tetapi yang terbaik daripada yang baik.

 

Kita juga yakin ramai khatib secara ikhlas sudah memberi jalan kepada muka-muka baru yang mampu menyampaikan khutbah dengan berkesan.

 

Moga mereka mendapat ganjaran daripada ALLAH atas keikhlasan itu. Amin.

 

 


*Oleh FARUSH KHAN, Sinar Harian, 14 Ogos 2013

No comments