+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday 15 August 2013

Tamatkan episod tidur masa khutbah

8/15/2013 09:22:00 pm

Share it Please

S

etahun ada 52 minggu. Bayangkan berapa ribu kali kita sudah mendengar khutbah jika jika kita menunaikan solat Jumaat selama 20 tahun.

 

Sejauh mana mesej menyerap ke dalam jiwa dan menjadi amalan hidupnya setelah mendengar ayat ittaqullah?

 

Hari ini, taraf pemahaman ajaran Islam dalam kalangan umat Islam sendiri menjadi persoalan. Itu belum bukan Islam.

 

Pembaca budiman boleh tinjau di mana-mana masjid.

 

Apa yang dapat disaksikan semasa khutbah Jumaat boleh menitiskan air mata. Masih ada yang lelap, bersembang dan berSMS.

 

Kalau tak salah, ada masjid yang solatnya diadakan di tingkat atas pernah mengeluarkan kenyataan melarang jemaah menunaikan solat di tingkat bawah, tetapi sehingga ini beribu-ribu masih terus solat di tingkat bawah. Apakah solat begitu sah?

 

Pernah berlaku imam membaca qunut pada solat Jumaat, tetapi jemaah di tingkat bawah sujud dan beri salam kerana tidak nampak perbuatan imam di tingkat atas.

 

Yang selamba makan, minum, bahkan menghisap rokok dan bergayut di telefon bimbit, di tepi masjid, ketika khutbah disampaikan bukan perkara baru; sedangkan setiap kali sebelum khatib naik mimbar, bilal membaca hadis: “Jika kamu berkata kepada kawanmu diam ketika khatib menyampaikan khutbah, maka tiada pahala Jumaat bagimu,”?

 

 

Siapa salah? Khatib? pihak masjid? Atau jemaah?

J

ika dalam perkara asas seperti ini pun payah dipatuhi, maka apalah hendak dihairankan kalau masih ada yang keliru mengenai banyak perkara lain.

 

Kes-kes kontroversi baru-baru ini yang menimbulkan polemik dan kemarahan adalah bukti ketidak-fahaman itu.

 

Yang terbaru adalah kes pihak pengurusan resort di Kota Tinggi, Johor, membenarkan surau digunakan untuk upacara sembahyang agama lain.

 

Kes ini timbul selepas kes-kes seperti orang Islam berhari raya bersama anjing dan  orang bukan Islam mengaitkan hari raya dengan makanan haram.

 

Berapa ramai yang sedar Islam agama yang sangat adil kerana ia bukan sekadar tidak menerima Islam dihina, bahkan tidak membenarkan umatnya menghina agama lain. Islam memegang kepada ‘Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” (Al-Kaafiruun 109:6).

 

Dalam kekalutan seperti ini, antara platform yang paling berkesan untuk memberi kefahaman ialah khutbah Jumaat.

 

Kerana penting dan istimewanya khutbah Jumaat itulah jemaah dituntut memberi tumpuan penuh kepada isi khutbah yang disampaikan.

 

Mereka yang jarang atau langsung tidak ke masjid dan surau untuk solat harian pun menunaikan solat Jumaat.

 

Sebab itulah pihak berkaitan perlu mengguna peluang terbaik ini untuk menyampaikan mesej kepada jemaah.

 

Alangkah berkesannya impak mesej yang dibawa dalam khutbah jika ia disampaikan dengan baik, lancar dan jelas.

 

Khutbah tidak menjadi baik jika ia sarat dengan perkataan bombastik, panjang dan dengan suara tinggi atau disampaikan dengan lancar tetapi mendatar.

 

Khutbah yang baik ialah yang disampaikan dengan intonasi, yang diselitkan dengan cerita ringkas yang meninggalkan kesan di hati pendengar.

 

Khutbah yang baik ialah yang disampaikan oleh khatib yang mempunyai suara yang mantap, kemahiran berpidato dan persembahan yang baik.

 

Teringat saya bagaimana seorang khatib menarik minat jemaah dengan cerita bagaimana seorang pemuda Islam, kerana kepintarannya bersoal jawab dengan seorang ketua agama, menjadi asbab menarik semua penganut dalam rumah ibadah itu memeluk Islam. Doakanlah moga-moga khutbah yang menarik dapat menamatkan episod tidur dan lain-lain tabiat buruk semasa khutbah.

 

Kita percaya pada zaman IT canggih ini, pihak berkaitan tidak memilih khatib secara tangkap muat, tetapi yang terbaik daripada yang baik.

 

Kita juga yakin ramai khatib secara ikhlas sudah memberi jalan kepada muka-muka baru yang mampu menyampaikan khutbah dengan berkesan.

 

Moga mereka mendapat ganjaran daripada ALLAH atas keikhlasan itu. Amin.

 

 


*Oleh FARUSH KHAN, Sinar Harian, 14 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment