Masjid Dua Kiblat merupakan satu daripada tujuh buah masjid yang perlu dikunjungi jika ke Madinah.
MADINAH, 26 Julai - Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Madinah, selain melawat Masjid Nabi, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat masjid-masjid kecil yang dikenali sebagai 'Tujuh Masjid'.
Masjid tersebut adalah Masjid Dua Kiblat, Masjid Al-Fath, Masjid Salman Al-Farisi, Masjid Abu Bakar Al-Siddeeq, Masjid Umar ibn Al-Khattab, Masjid Ali ibn Abi Talib dan Masjid Fatimah Al-Zahra.
Pengunjung kebiasaannya akan melawat enam buah masjid kecil di wilayah itu dan menambah satu lagi masjid, bagi melengkapkannnya menjadi tujuh iaitu 'Masjid Dua Kiblat' yang terletak kira-kira satu kilometer dari yang lain.
Masjid terbesar daripada tujuh masjid itu adalah Al-Fath yang dibina pada zaman pemerintahan Gabenor Madinah, Umar ibn Abdul Al-Aziz dari 87 Hijrah hingga 93 Hijrah (705 Masehi hingga 711 Masehi)) dan dibina semula pada 575 Hijrah (1179 Masehi).
Masjid Fatimah Al-Zahra yang dikenali sebagai Masjid Mus'ad ibn Mo'az adalah masjid yang terkecil daripada kumpulan itu dengan keluasan empat meter panjang dan tiga meter lebar.
Ia mempunyai struktur yang sama dengan masjid lain di kawasan itu dan dibina semasa era Uthmaniyyah, kemungkinan besar semasa pemerintahan Sultan Abd Al-Majid pada 1851. - Agensi
Kangar: Sos kanser perut. Begitu penemuan terbaru Jabatan Kesihatan negeri ke atas sos ikan import dari negara jiran yang didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya seperti ‘chloropropanols’, sekali gus dibimbangi boleh mengakibatkan kanser perut.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri (JKN) Datuk Dr Ghazali Othman berkata, sos ikan dari Thailand itu antara tiga produk yang dikenal pasti dibawa masuk ke negara ini tanpa mendapatkan kelulusan termasuk dua produk lain yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Menurutnya, kedua-dua barangan berkenaan ialah jejari ikan dan kuih ikan sudah dikenal pasti melalui ujian yang dilakukan pada April lalu sebelum laporannya dikeluarkan pada Julai lalu bahawa ia mempunyai DNA babi. Katanya, sos ikan berkenaan dikesan digunakan di beberapa restoran dan kedai makan di negeri ini sebagai bahan penambah perisa makanan.
“Barangan makanan dari Thailand bukan saja mengandungi DNA babi, malah mempunyai bahan kimia yang boleh mengakibatkan kanser perut. Kebanyakannya produk jenis sejuk beku berkisar seperti daging, ikan, ketam dan ayam yang diseludup masuk melalui jalan tikus bagi dipasarkan, di sini.
“Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan bahan dari negara Thailand walaupun dijual pada harga murah kerana dibimbangi mendatangkan mudarat kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, ujian berkenaan dilakukan ke atas produk sejuk beku berasaskan ikan dan isi ketam yang diperoleh daripada hasil rampasan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) pada Disember tahun lalu.
“Berdasarkan ujian berkenaan, satu laporan keputusan dikeluarkan pada April lalu mengesahkan produk terbabit positif kandungan DNA babi,” katanya.
Menurutnya, pengguna tidak mengetahui kandungannya kerana label bahan terbabit menggunakan tulisan Thailand sepenuhnya.
Katanya, penterjemahan tidak dilakukan kerana barangan itu diseludup masuk dan ujian hanya dilakukan ke atas produk terbabit selepas rampasan dibuat.
MADINAH, 25 Julai 2013 - Kerajaan Arab Saudi akan membangunkan Madinah seperti apa yang dilakukan di Makkah pada masa ini bagi memberikan khidmat terbaik kepada umat Islam di seluruh dunia yang datang ke dua tanah suci itu bagi menunaikan haji, umrah dan ziarah.
Proses menaik taraf besar-besaran bandar Madinah terutama Masjid Nabawi akan bermula sebaik sahaja selepas musim haji tahun ini.
Timbalan Pengurus Besar (Madinah) Kementerian Haji, Mohammad Al-Arabi berkata berikutan usaha pembangunan tiga tahun bermula di Makkah selepas musim haji tahun lalu, proses menaik taraf yang sama akan dijalankan di Madinah.
" Seperti yang anda semua tahu ada projek hebat di Makkah, pembesaran Masjidil Haram, kini tiba masa bagi Madinah (Masjid Nabawi). Projek pembesaran itu sudahpun diluluskan Raja Abdullah.
Melalui projek pembesaran itu, Masjid Nabawi akan dapat menampung 1.6 juta jemaah berbanding 800,000 orang sebelum ini.
" Ia berterusan secara selari. Ia merupakan pembesaran sepenuhnya. Proses awal sebenarnya telah bermula. Ia akan diteruskan tanpa mengganggu mereka yang tinggal di Madinah," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Sebelum itu, beliau mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.
Makkah kini dibangunkan secara besar-besaran. Ini membabitkan pembesaran Masjidil Haram termasuk meruntuhkan sebahagian masjid itu bagi memperbesar ruang solat.
'Mataf', satu kawasan sekitar Kaabah, juga akan diperluaskan bagi membolehkan bilangan jemaah melakukan tawaf sekeliling Kaabah ditingkatkan kepada 130,000 berbanding 48,000 sebelum ini.
Berikutan kerja menaik taraf kemudahan haji di Makkah, Arab Saudi terpaksa mengurangkan bilangan jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini sebanyak 20 peratus dan 50 peratus jemaahnya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji.
Sementara itu, Al-Arabi berkata Kementerian Haji mendapatkan pandangan dari jemaah haji sebelum ini dan akan berusaha meningkatkan khidmatnya bagi musim haji tahun ini.
" Tahun ini kami beri perhatian terutamanya bagaimana kita mahu jemaah haji benar-benar berpuas hati. Kami mahu berada lebih dekat dengan jemaah..terutamanya mengenai hal ehwal haji. Kami akan memberi perhatian kepada mereka sebagai pelanggan kami.
" Kami benar-benar mahu perjalanan mereka selamat. Kami juga tidak mahu mereka menghabiskan masa berkenaan prosedur terutama di lapangan terbang dan kaunter pertanyaan. Kami mahu mereka terus sahaja ke tempat penginapan mereka.Kami hanya mahu mereka berasa begitu dekat dengan Allah. Jemaah yang datang dari seluruh dunia hanya mahu mencapai matlamat ini," katanya.
Katanya sebagai sebahagian daripada proses meningkatkan perkhidmatan, mereka mahu berada dekat dengan jemaah haji dan juga ingin tahu kesan dan nilai perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah selain mendengar pandangan jemaah haji.
Mengenai kerjasama di antara kementerian dan Tabung Haji, Al-Arabi berkata beliau benar-benar bangga dengan kerjasama antara kedua pihak itu yang telah dapat membantu ramai rakyat malaysia menunaikan ibadah haji.
" Kami dengar pandangan mereka (Tabung Haji) dan mereka mendengar pandangan kami," katanya. - Bernama
D |
unia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi.
Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia.
Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks.
Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan.
Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000.
Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan.
Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga.
Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China.
Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital.
Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil ‘makanan’ tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya.
Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu ‘waiting list’ yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.
Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai ‘prime human part’.
Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka.
Pihak polis juga pernah menjumpai mayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua kepada, dua badan, empat tangan, dan enam kaki.
Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak.
Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?
Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun.
Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi, kanibalisme.
I |
slam ialah agama ilmu. Ia juga adalah agama dakwah dan tarbiah. Ilmu yang ingin disampaikan memerlukan cara.
Proses pengilmuan dan tarbiah dalam Islam ada kaedahnya sendiri. Ia tidak sekadar proses hafazan atau pengingatan, tetapi menuntut proses faham (tafahum) dan proses artikulasi (fikir).
Proses yang sangat penting dalam tradisi Islam ialah proses internalisasi (penyerapan) supaya wujud kesan penghayatan antara fikir dan zikir.
Faktor akal dan hati berada di suatu titik-temu yang menyerasikan faktor manifestasi iaitu faktor amal yang menjadi natijah akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses hafazan dan ingatan adalah tradisi Rasulullah SAW sejak di Madinah lagi. Tradisi halaqah dan suffah di masjid Nabawi memberi fokus kepadanya.
Menghafaz Al Quran mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Kalimah dan ayat yang dihafaz adalah firman ALLAH.
Setiap kalimah dan ayat terkandung makna dan petunjuk. Mengingat firman ALLAH memberi kesan kepada mengingat perkara-perkara prinsip yang berkaitan dengan keimanan, ketakwaan dan pedoman mengurus diri dan sistem.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas, belajar mengingati sesuatu, apa lagi al-Quran memberikan latihan dan kemahiran pelajar untuk mengingat teori dan formula disiplin ilmu yang lain.
Pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains umpamanya amat memerlukan kaedah hafazan ini supaya sains dan matematik mudah dipelajari dan difahami.
Tentu proses hafazan dan pengingatan ini adalah proses awal untuk mendapatkan dan memahami ilmu.
Proses seterusnya ialah proses faham. Guru atau pensyarah mempunyai peranan penting bagaimana sukatan pendidikan atau pun ilmu difahami oleh para pelajar.
Teori pengajaran dan pembelajaran menyatakan, apabila tidak berlaku kefahaman dalam proses pengajaran-pembelajaran learning does not take place – pembelajaran tidak mengambil tempat.
Sebab itu dari tradisi Islam tradisi tafasir atau memberi makna dan kefahaman terhadap apa yang terkandung dalam surah dan ayat mahupun kalimah menjadi antara perkara pokok dalam mendekati al-Quran.
Memahami sesuatu dalam tradisi Islam tidak saja yang bersifat luaran atau empiris atau saintifik semata.
Dalam Islam faktor ghaibiyyah membawa sama faktor tidak nampak dan kaitannya dengan faktor nyata dijadikan asas tadabbur (kaji, selidik dan renung).
Dalam tradisi Islam pemahaman terhadap Pencipta ada kaitan dengan kewujudan. Mengkaji benda-benda yang wujud hasil ciptaan ALLAH memberikan hikmah di sebalik kejadian itu. Kefahaman secara saintifik dan Quran beri asas keselarian.
Air dalam perspektif saintifik menemukan elemen hidrogen dan oksigen sebagai sesuatu yang penting tetapi al-Quran menyebutkan sebab air diciptakan adalah sebagai sumber kehidupan. Ia tidak bercanggah dengan faktor saintifik.
Proses artikulasi atau fikir adalah proses yang teramat penting dalam pengembangan kefahaman. Pemikiran adalah suatu proses penjanaan ilmu. Ilmu dan kajian tidak akan berkembang tanpa adanya pemikiran.
Tamadun silam memperlihatkan tampilnya ahli fikir dalam bidang falsafah, sains, perubatan, matematik dan teknologi. Hasil adanya tradisi pemikiran yang didorong oleh usaha kaji-selidik menyebabkan lahirnya benda-benda baru yang menyumbang untuk tamadun.
Perkara paling pokok dalam tradisi pengajaran-pembelajaran Islam ialah proses internalisasi.
Proses penyerapan ini amat penting bagi seseorang pelajar kerana dari proses ini kesan penghayatan berlaku.
Upaya kognitif atau akal memikir menjana ilmu. Ilmu ibarat cahaya. Sifatnya menyuluh dan menerangkan sesuatu.
Apabila ilmu yang benar dan bermanfaat difikirkan oleh akal secara fitrahnya ia terhubung dengan hati.
Hati yang melalui proses tazkiah an nafs atau penyucian dengan sendirinya menemukan pemikiran yang benar dan bermanfaat dan menghasilkan akal-budi yang menjadi pedoman kepada amalan.
Perkara sering terjadi apa yang difikirkan oleh manusia bercanggah dengan apa ada dalam hati.
Bila proses penyerapan tidak terjadi membawa kejanggalan dan penyimpangan kepada amal. Melainkan wujud sinergi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mencetuskan integrasi atau hubung kait antara faktor kognitif (akal) dengan faktor afaktif (dalaman diri manusia) dan faktor psikomotor yang menghubungkan amalan dan perbuatan.
Sebab itu faktor fikir dan zikir harus berjalan seiring supaya akal budi manusia terbangun dan amal buat manusia jadi seimbang.
*Oleh CIKGU SIDEK BABA, Sinar Harian, 25 Julai 2013
SYDNEY – Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam. Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.
Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit. Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.
Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.
Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas. Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.
“Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib,” kata Kate.
Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku
JAKARTA, 22 Julai 2013 - Seramai 63 juta penduduk Indonesia didapati masih membuang air besar di merata tempat, termasuk di sungai, laut dan darat kerana tidak mempunyai tandas sempurna.
“Kurang daripada 100 juta penduduk negara ini belum memiliki tandas sempurna dan 63 juta dikesan masih membuang air besar di merata tempat,” kata Naning Adiwoso dari Persatuan Tandas Indonesia, semalam.
Menurutnya, setakat ini, 55 peratus penduduk di negara itu memiliki kemudahan tandas yang sempurna. Tandas awam di lapangan terbang, pusat beli-belah dan stesen minyak juga kebanyakannya didapati belum mencapai standard bersih yang sempurna.
“Keadaan ini mendorong kepada jangkitan pelbagai penyakit,” katanya.
Persatuan berkenaan bersama Organisasi Tandas Sedunia (WTO) bakal mengadakan persidangan Tandas Sedunia di Solo, Jawa Tengah pada 2 hingga 4 Oktober depan.
Perwakilan dari negara anggota dijangka hadir dalam persidangan yang mendapat sokongan kerajaan itu. - Antara
Jeddah, 21 Julai 2013 - Projek air Zamzam yang dilhamkan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah, di Kadi berdekatan Makkah, kini mampu menyediakan 5,000 meter padu air Zamzam dan 200,000 bekas plastik seberat 10 liter setiap hari.
Loji berkenaan dibina pada kos SR700 juta (RM596.39 juta) pada Ramadan 2010 dan memiliki 42 pusat agihan dikendalikan dari ibu pejabatnya. Hasilnya, bekas air Zamzam boleh diperoleh 24 jam.
Sistem canggih projek itu boleh menghasilkan sehingga lima juta liter air menerusi satu penapis linear.
Akhbar Arabnews melaporkan, ia memiliki tangki simpanan utama dengan kapasiti 10 juta liter dengan empat pam ke dataran Masjid Agung menerusi jaringan paip keluli tahan karat 200 milimeter.
“Kilang pengeluaran dibina di atas kawasan seluas 13,405 meter persegi dan terdiri daripada beberapa bangunan dengan pemampat udara, sebuah gudang dan jaringan pengeluaran,” kata akhbar itu.
Ia memiliki penjana elektrik 10 megawatt dan bekerja menggunakan sistem SCAD, yang membenarkan kawalan dan pengawasan semua fasa projek termasuk pengepaman air dari telaga dan pembungkusan.
Projek itu juga memiliki gudang pusat dengan pendingin hawa serta sistem amaran dan kebakaran bernilai SR75 juta (RM63.89 juta).
Ada 15 tingkat simpanan dan agihan sebanyak 1.5 juta bekas sebanyak 10 liter. Kilang itu dihubungkan menerusi jaringan paip dan jambatan bagi memastikan pengeluaran dan pengagihan lebih murah antara bangunan.
Air Zamzam terbaik atas muka bumi
T |
elaga air Zamzam di Makkah memiliki air minuman terbaik di muka bumi ini.
Jemaah di Masjidil Haram memastikan mereka minum sebanyak mungkin air itu dan membeli beberapa bekas untuk diberi kepada rakan dan keluarga.
Ada bekalan air Zamzam tanpa henti walaupun penggunaan besar di kalangan jemaah haji dan umrah sepanjang tahun.
Air itu adalah anugerah daripada Allah kepada Nabi Ismail, apabila baginda menangis kehausan ketika ibunya Siti Hajar mencari air dengan berlari-lari anak antara bukit Safa dan Marwa.
Baginda melakukannya sehingga Allah mengeluarkan air dari bawah kakinya dan Hajar mula bergerak untuk menadah air itu sambil menyebut, “Zamzam, Zamzam, Zamzam, Zamzam,” menurut satu laporan diterbitkan Agensi Saudi Press.
Ia menjadi satu tradisi untuk melindungi telaga berkenaan, bagi memastikan ia terus membekalkan air kepada penduduk, jemaah dan pelawat. - Agensi
Othman menunjukkan minuman buah kantau yang dijual di gerainya.
KUALA KANGSAR, 19 Julai 2013 - Mungkin ramai golongan muda tidak pernah merasai keenakan buah ‘kantau’ yang khasiatnya dipercayai mampu menyejukkan badan, membuatkan ia menjadi pilihan ketika tibanya bulan Ramadhan.
Namun, di kalangan ‘orang lama’ di sekitar Kuala Kangsar, khasiatnya sudah lama diketahui dan selalu menjadi minuman pilihan ketika berbuka puasa.
Menurut seorang peniaga buah kantau, Othman Basri, 44, dia setiap tahun menjual buah tersebut bagi menambah pendapatan keluarganya.
Tambahnya, sebelum Ramadhan dia bekerja sebagai nelayan tetapi menjual buah kantau sepenuh masa setiap kali tibanya bulan puasa.
“Pendapatan saya memang meningkat setiap kali saya jual buah kantau ini. Macam tahun lepas, saya peroleh lebih RM7,000 sebulan dengan jual buah ini saja,” jelasnya.
Katanya, bukan mudah untuk mengambil buah tersebut kerana dia dan isterinya perlu meredah hutan tebal kerana buah tersebut biasanya berada di tengah hutan ataupun di tepi sungai.
Malah getah pokok kantau boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan tidak ramai yang mampu bertahan dengan keadaan itu.
“Keluarga saya sudah 18 tahun berniaga buah kantau ini dan memang setiap kali bulan Ramadhan kami akan berniaga buah ini.
“Kalau kami tak berniaga, memang ramai orang kampung akan datang ke rumah kami dan tanya kenapa kami tidak jual buah kantau lagi,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Momin Mohamad, 42, gemar membeli buah kantau untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Menurutnya, dia sejak dari dulu menggemari buah itu kerana rasanya yang unik dan mampu menyejukkan badan setelah seharian berpuasa.
“Kalau ikutkan buah kantau ni rasanya tawar saja tapi bila campur dengan air macam air sirap, memang rasanya sedap sangat,” katanya. - Sinar Harian
* Jika di negeri-negeri pantai timur, buah ini dikenali dengan nama buah Kabung
I |
slam adalah agama yang lengkap yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W.. Banyak pihak yang mengaku kehebatan Islam.. Tony Blair sendiri mengaku bahawa beliau membaca Al-Quran setiap pagi kerana kagum dengan kandungannya cuma mereka tidak menunjukkan secara terang kerana takut dengan kata-kata orang.. Rasulullah sendiri sehingga sekarang masih dikatakan sebagai Pemimpin Yang Paling Berpengaruh Sepanjang Zaman..
Tetapi banyak benda lagi yang mereka cuba sembunyikan dari kita.. Salah satunya berkenaan tempat suci Islam, Kaabah.. Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu-tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yang bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dengan “Ka’bain” yangg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Makkah Pusat Bumi
P |
rof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.
Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.
Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.
Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.
Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.
Makkah atau Greenwich
B |
erdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.
Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit
A |
da beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)
1. Islam hanya tinggal namanya sahaja
K |
elak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam melanggar syariat.
Solat mengikut ‘mood’, ada seminggu sekali, ada sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu digelar ‘pak haji’ namun masih lagi melepak di kedai judi dan menghabiskan masa.
Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang mengubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan nas.
Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada golongan orang munafik sebagaimana Sahabat Nabi yang bernama Abu Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab:
“Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya”. (Masnad ar-Rabi’)
2. Al Quran hanya tinggal tulisannya
D |
alam banyak hadis Rasulullah SAW, Baginda menganjurkan kita umatnya agar membudayakan pembacaan Al Quran, ia bukan sekadar penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan penyakit-penyakit dntakan dunia secara berlebihan.
Tujuan Al Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dalam soal aqidah, iman, beribadah kepada Allah dengan membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang dan perintah Allah yang ada di dalamnya.
Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, Al Quran dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan Al Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa Al Quran hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah
I |
nilah kebenaran kenyataan Baginda Rasulullah SAW bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi daripada pengunjungnya.
Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup tinggi, namun kadang-kadang apa yang menduka-citakan kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.
4. Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada bercakap tentang Islam
T |
idak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim seperti yang disabdakan oleh Baginda, justeru itulah yang diingatkan oleh Baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama seperti Bal’am bin Ba’ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat 176 surah Al ‘Araf.
“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.
Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, Imam Tabari dan ramai mufassirin bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.
Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab]. Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hampir sampai dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa AS.
Pada mulanya Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.
Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa AS, doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Teh (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.
Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di ladang Teh ini?”.
Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”
Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”.
Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing.
“Minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”.
Wallahua’lam
(Kisah ini isra’iliyyat yang wajar dijadikan pengajaran kepada kita).
Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili maka dialah yang merasa bahang pedasnya.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat
F |
itnah terhadap Islam sudah semakin menular yang tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini berlaku adalah kerana ulama-ulama yang jahat mendiamkan diri tidak mahu bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup.
From: Hashim, Fasriana
Sent: Wednesday, July 10, 2013 8:00 AM
To: TemanHidup@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com ; chainz_of_frenz@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Apabila Islam Hanya Tinggal Nama