B |
agaimana nak tegur kesalahan seseorang dengan baik? Kita selalu tersilap langkah ketika menegur kesalahan orang lain.
Dekat dalam dunia ni ada orang yang boleh menerima pendapat orang lain dan ada kerjanya nak membangkang orang saje. Tapi bergantung jugak bagaimana cara kita menegurnya. Bila ada yang terasa mulalah hidup rasa tak tenang, hilang kawan, ada musuh, disisihkan dan sebagainya.
Mengkritik atau menegur kesilapan orang tidak semudah disangka. Hubungan baik perlu dijaga supaya matlamat sampai dan tiada orang yang terluka. Jangan sesekali menegur seseorang bila dia dalam keadaan yang tidak okay, pasti anda akan terkena tempias. Nak menegur orang pun ada caranya, walau dengan kenalan rapat anda. Jangan main terjah je!. Jadi nak tahu macam mana agaknya cara nak menegur seseorang dengan baik :)
1) Perhatikan Mood, sebelum menegur tentukan anda peka dengan keadaan emosinya. Pastikan dirinya dalam keadaan tenang, tidak sedih atau terlalu gembira.
2) Anda dinasihatkan tidak menegur mereka pada saat mereka sedang gembira, kerana silap hari bulan moodnya boleh berubah sekelip mata.
3) Tiada Orang Sekeliling, pastikan juga anda menegur ketika dia berseorangan. Jangan menegurnya di hadapan orang ramai khususnya sewaktu dia bersama teman-teman rapat. Jika di tempat awam pula tentukan suasananya tidak terlalu bising atau sesak dengan orang ramai.
4) Mulakan Dengan Pujian, manusia memang suka dipuji, oleh kerana itu sebelum memberi komen apa kata anda berikan sedikit puji-pujian. Namun biarlah pujian tersebut berasas dan kedengaran ikhlas. Dan mestilah berpada-pada dan kena dengan tempat juga.
5) Perlu Ada Penyelesaian, pabila menegur tentukan anda mempunyai penyelesaian kepada kritikan atau teguran. Janganlah tahu menegur kesilapan orang semata tetapi anda tiada cadangan atau buah fikiran untuk memperbaiki atau menyelesaikan masalah. Teguran tanpa penyelesaian boleh dianggap sebagai kritikan tidak berasas atau bahasa mudahnya ‘kondem’.
* Sumber
0 comments:
Post a Comment