S |
atu kajian terbaru yang dijalankan Pusat Kajian Pew menunjukkan 72 peratus penduduk Islam Indonesia menyokong pelaksanaan undang-undang syariah di negara itu jika diberi pilihan.
Kajian itu yang memberi tumpuan pada 39 negara dan membabitkan 38,000 responden mendapati sebahagian besar Muslim, penganut agama kedua terbesar dunia mahukan agama itu bukan setakat membentuk kehidupan peribadi mereka tetapi juga interaksi sosial dan politik mereka.
Menurut Buku Fakta Dunia CIA, Indonesia didiami oleh 216 juta penganut Islam atau 86.1 peratus daripada populasi penduduk negara itu, menjadikannya negara paling ramai penduduk Islam di dunia.
“Kebanyakan Muslim percaya undang-undang Islam adalah ketetapan Allah, bukan dicipta oleh manusia berdasarkan firman Allah,” menurut laporan itu.
Di Indonesia, separuh daripada mereka yang menyokong pelaksanaan hukuman itu berkata, ia perlu dikuatkuasakan kepada penduduk Islam dan juga bukan Islam dan hanya 18 peratus percaya bahawa mereka yang murtad perlu dihukum mati.
Dalam pada itu, 81 peratus menyatakan, seorang wanita perlu diberi kebebasan untuk menutup aurat, khususnya rambut.
Dalam pada itu, 45 peratus responden yang bersetuju terhadap pelaksanaan syariah berpendapat hukuman potong tangan kerana mencuri tidak wajar dilaksanakan.
Seorang penyelidik kanan di Institut Untuk Demokrasi dan Keamanan Setara, Ismail Hasani bagaimanapun sangsi mengenai hasil kajian Pew itu.
Menurutnya, meskipun kajian dilakukan oleh sebuah pertubuhan berprestij, beliau yakin ia tidak mewakili pendapat rakyat Indonesia.
0 comments:
Post a Comment