+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday, 29 May 2014

Solat, sabar ubat ujian

Sabar kekuatan dalaman sementara solat yang dilakukan dengan sepenuh jiwa raga mampu mencegah diri daripada kemungkaran dan kemaksiatan
 
"Dalam kehidupan kita di Singapura, kita dibentuk menjadi orang yang perkasa, tetapi jangan putuskan hubungan kita dengan Allah."
- Mufti Negara Singapura, Dr Mohd Fatris Bakaram.
HIDUP banyak ujian dan cabaran, tetapi kita telah diberi ubat untuk mengatasinya iaitu dengan dua 'S' - sabar dan solat.
 
Sabar adalah kekuatan dalaman yang membuat kita tabah tetapi tidak sekadar diam, sebaliknya bertindak melakukan sesuatu.
 
Solat pula menjadi talian antara hamba dengan Tuhannya bagi mendapatkan kekuatan.
 
Demikian dijelaskan oleh Mufti Singapura, Dr Mohd Fatris Bakaram, ketika menyampaikan syarahan sempena Israk Mikraj bertajuk Talian Khas Kepada Pencipta Alam di Masjid Al-Iman, Sabtu lalu.
Menurutnya, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Antaranya:
  • Ia menunjukkan kasih sayang Allah - mengurangkan solat daripada 50 kepada hanya lima kali sehari (diskaun besar, lebih daripada Jualan Raksasa Singapura) tanpa mengurangkan pahalanya.
  • Menggambarkan nikmat syurga dan seksaan neraka.
  • Menceritakan kisah Nabi Muhammad saw bertemu dengan para nabi dan mengimamkan solat bersama mereka.
  • Menunjukkan kekuasaan Allah.
  • Ia menunjukkan bahawa syariat Allah berkait antara satu dengan yang lain. Sebelum puasa, kita diingatkan tentang solat - yang diwajibkan menerusi peristiwa Israk dan Mikraj - sebulan sebelum puasa.
Menurut beliau lagi, peristiwa tersebut boleh dilihat menerusi pelbagai cara.
 
Antaranya ialah untuk menghiburkan hati nabi, sekali gus memberi kekuatan dan tenaga baru kepadanya. Sebelum peritiwa itu, Nabi kematian dua yang dikasihi dan menjadi tulang belakangnya dalam berdakwah - isterinya, Sayidatina Khadijah, dan pak ciknya, Abu Talib. Beliau juga mendapat tentangan dan dilempari batu hingga tercedera ketika berdakwah ke Taif.
 
Peristiwa itu menunjukkan kepada Nabi dan umatnya bahawa kita tetap akan menghadapi kesulitan, tetapi kita ada talian pertolongan dengan Allah.
 
"Allah memberi taliannya iaitu menerusi solat," kata beliau sambil merujuk surah Al-Baqarah (ayat 45 dan 153). Dalam kededua ayat itu, Allah menyeru kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya meminta pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
 
"Ini ubat kuat kita, ini saluran kita - cari kekuatan daripada Allah untuk membantu kita dalam kehidupan, meminta dengan dua 'S' - iaitu sabar dan solat," kata beliau.
 
SABAR
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Fatris berkata sabar adalah kekuatan dalaman, kekuatan jiwa.
 
"Sabar tidak bermakna diam dan tidak berbuat apa-apa.
 
"Sabar ertinya gagah dan berani untuk maju ke hadapan," ujarnya.
 
Hati manusia tidak harus menjadi seperti bol lampu (pecah ketika terhempas) dan tidak juga seperi kayu (tak berubah walau terhempas), sebaliknya harus menjadi bak bola tenis (menganjal dan memantul; lebih kuat dihentak, lebih kuat juga reaksi pantulannya).
 
Sabar juga ada beberapa jenis - sabar ketika ditimpa musibah dan sabar ketika menerima nikmat. Hamba yang sabar tidak menjauhkan diri ketika diuji (musibah atau nikmat) sebaliknya semakin tawaduk dan bersyukur menerusi amal ibadahnya.
 
Melakukan amal ibadah dan ketaatan, meninggalkan maksiat, berusaha untuk maju (dengan atasi kelemahan dan melakukan perubahan dalam masyarakat) - semua memerlukan kesabaran.
 
 
SOLAT
"Namun sekuat mana pun, kita tetap manusia dengan tahap kesabaran boleh tergugat.
 
"Maka itu, kita perlukan satu lagi 'S' iaitu solat - hubungan kita dengan Allah, untuk perkukuh diri.
 
"Jika kurang satu, kita tidak akan ke mana.
 
"Dalam kehidupan kita di Singapura, kita dibentuk menjadi orang yang perkasa, tetapi jangan putuskan hubungan kita dengan Allah," kata beliau.
 
Dr Fatris menceritakan bagaimana suatu hari beliau menjadi risau semasa memandu sebaik menyedari bahawa beliau tertinggal telefon bimbit kerana ia merupakan talian penting dengan banyak pihak.
 
Beliau juga menyedari bahawa ramai yang berperasaan serupa.
 
"Apabila tertinggal atau hilang talian itu, kita cemas dan bimbang.
 
"Apakah kita tidak bimbang akan talian kita dengan Allah iaitu solat?
 
"Pagi-pagi lagi kita sudah disuruh menyambung talian kita dengan Allah.
 
"Allah sudah siapkan talian, tapi kita yang putuskan," kata beliau kepada jemaah yang penuh sesak di masjid.
 
Dr Fatris menekankan bahawa Allah tidak minta banyak daripada kita, tidak meminta membayar balik terhadap pelbagai nikmat (panca indera, rezeki, umur, tidur dan sebagainya) yang diberikan kepada kita, sekadar memerintahkan kita supaya mendirikan solat lima kali sehari sebagai tanda ingat dan syukur kepada-Nya.
 
Nabi sendiri solat hingga bengkak kaki sebagai cara melahirkan kesyukurannya.
 
"Nabi mengajar kita solat bukan untuk bayar balik, bukan untuk elak daripada neraka, tetapi juga untuk berterima kasih di atas pelbagai nikmat yang diberi kepada kita," jelas beliau.
 
Dalam ceramah itu, beliau juga mengingatkan perintah Allah supaya solat dan membaca Al-Quran sebagai peringatan, dengan memetik surah Al-Ankabut: ayat 45, bermaksud:
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al-kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
 
Beliau menjelaskan perbezaan antara solat dan mendirikan solat.
 
Solat, ujarnya, ialah sekadar bersembahyang yang mudah dilakukan, tetapi 'mendirikan solat' bermakna melakukan dengan penuh kefahaman, khusyuk dan sepenuh jiwa raga, berasa diri rendah dan sedar akan keagungan Allah - jiwai solat. Solat begini yang dapat mencegah diri daripada kemungkaran dan kemaksiatan," jelasnya.
 
Merumuskan, Mufti berkata bahawa banyak pengajaran boleh ditimba daripada peristiwa Israk dan Mikraj.
 
"Hidup banyak ujian dan kita boleh mengatasinya dengan sabar dan solat.
 
"Mari kita jadikan mikraj juga wujud dalam diri kita. Kita mikraj sekurang-kurangnya lima kali setiap hari - mengakui kelemahan kita dan berharap Allah memberi kekuatan kepada kita.
 
"Tidak ada orang yang beriman yang bertenang jika hubungannya dengan Allah terputus. Oleh itu, jaga solat kita," kata beliau lagi.
No comments

Wednesday, 28 May 2014

Bertelingkah kerana coklat Cadbury

KITA biasa dengar pesanan sesetengah orang tua supaya mengelak daripada makan makanan yang dibuat oleh orang bukan Islam, walaupun halal.
 
Bagi golongan yang mendalami tasauf, hal yang seperti ini amat dititikberatkan. Sebab musababnya jelas. Mengikut hadis, hukum mengelak daripada perkara syubhah sama seperti menjaga agama dan kehormatan.
 
Dengan cara itu, kita juga berupaya melindungi diri daripada terlibat dengan kemungkinan seperti yang sedang berlaku - kes coklat Cadbury.
 
 
Sumber atau asal usul makanan sangat penting. Jika ilmu moden sekadar memberitahu maksud frasa 'diri kita adalah apa yang kita makan' hanya dari aspek fizikal tetapi dari perspektif Islam, maknanya turut menjurus kepada hal-hal yang bersangkutan dengan mental dan spiritual.
 
Sebab itulah dalam aspek pemakanan Islam, konsep halalan toiyyiba sangat penting. Makanan bukan sahaja perlu suci, halal atau bersih dari segi fizikal tetapi asal usulnya juga harus daripada usaha yang dibenarkan. Ini kerana makanan yang bersih sahaja tidak cukup jika dibeli dengan wang pendapatan hasil kerja haram.
 
Ya, ini semua orang pun tahu! Kelmarin, dalam satu sidang media oleh sebuah NGO, seorang lelaki sebak ketika bercakap mengenai isu coklat Cadbury yang diisytiharkan mengandungi unsur DNA babi.
 
Lelaki itu sebak kerana berasa dirinya kotor lantaran telah makan coklat itu yang tidak disedari mengandungi bahan daripada najis mughallazah. Dia juga menyesal kerana turut memberi anak-anaknya makan coklat itu.
 
Benar dari segi hukum, dia, juga anda dan saya tidak berdosa kerana selama ini kita tidak tahu akan hal itu selain bersandar pada tanda halal Jakim. Dan mengikut hukum juga, bahan haram yang telah dimakan, tidak ada arahan kepada kita untuk menyamak mulut atau menyamak perut. Ini jelas! Akan tetapi, mengapa saudara kita itu sampai sebak?
 
Saya tidak pasti tetapi melihat dari sudut pandang yang positif bahawa tahap keprihatinan kita terhadap sesuatu perkara adalah berbeza, saya yakin itulah puncanya. Bagi kebanyakan kita, apabila dihukum tidak berdosa, kita tidak berasa apa-apa, apa lagi untuk rasa bersalah sampai menitiskan air mata.
 
Namun bagi sesetengah orang yang begitu ambil berat hal itu, terutama mereka yang meyakini bahawa apa yang dimakan itulah yang jadi darah daging, membentuk akhlak, peri laku juga ada kaitan dengan iman, mereka sangat sensitif. Lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan anak-anak.
 
Justeru mempersendakan orang yang seperti itu, apa lagi dengan menuduhnya mengada-ada, itu bukan hak kita!
 
Selain itu, kita dapat lihat betapa ramai orang mengecam Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Penyelarasan Badan-Badan Bukan Kerajaan Islam (ACCIN), Sabariah Abdullah berhubung kenyataannya berkaitan dengan tuntutan kos tukar darah atau cuci darah orang Islam yang sudah termakan coklat Cadbury.
 
Pada hemat saya, kenyataan itu tidak ada salahnya jika kita faham maksud yang tersirat meskipun jika dinilai secara harfiah, mesejnya agak janggal dan boleh dianggap ekstrem. Namun saya cuba memahami bahawa Sabariah membuat kenyataan itu dalam suasana perang psikologi!
 
Ironinya, kenyataan Sabariah telah meletakkan dirinya sebagai sasaran kecaman hingga menenggelamkan mesej sebenar yang cuba diketengahkan bahawa orang Islam perlu bersatu mengambil tindakan yang paling tegas terhadap syarikat pengeluar Cadbury.
 
Sebaliknya yang ditimbulkan ialah betapa Sabariah begitu ekstrem. Mengapa perlu dimomokkan atau diperlekehkan kenyataan Sabariah sampai begitu sedangkan yang berkata demikian adalah orang bijak pandai yang saya yakin tidak mempunyai sebarang masalah untuk memahami maksud kata-kata tersirat?
 
Saya dengar berulang kali kenyataan Sabariah dan amat jelas kata-katanya bahawa "kalau boleh saya nak semua orang Islam, diri saya, keluarga saya cuci darah, tukar darah ..." 
 
Kata-kata 'kalau boleh ...' secara terang membawa maksud ia adalah sekadar harapan, bukan kenyataan. Berkaitan babi, dalam Syarah Sahih Muslim ada disebut bahawa Imam Nawawi berkata, kesan terkena babi tidak perlu samak atau dibasuh sampai tujuh kali.
 
Jadi begitu jauh tindakan pihak yang menempelak Sabariah seolah-olah pemimpin NGO itu cuba mempengaruhi orang yang telah termakan coklat Cadbury supaya menyamak mulut dan perut mereka. Biasanya golongan bijak pandai beramal dengan ketelitian tetapi malangnya dalam isu ini, mereka abaikan disiplin itu.
 
Sebaliknya yang perlu diberikan perhatian adalah mesej Sabariah supaya tindakan diambil ke atas Cadbury harus berupaya memberi pengajaran yang paling berkesan, bukan tindakan yang katanya setakat membersinkan syarikat itu.
 
Saya juga yakin kenyataan Sabariah merujuk hal cuci darah atau tukar darah adalah berkaitan dengan kesan psikologi orang Islam yang merasakan dirinya kotor kerana telah termakan bahan yang haram walaupun bukanlah hukum syarak menuntut penganutnya tukar atau cuci darah.
 
Membersihkan psikologi sememangnya sangat penting untuk kita berasa lebih yakin dalam mengerjakan ibadat, juga berhadapan dengan orang ramai.
 
Tanpa kaitan isu di atas, saya yang jahil ini ambil contoh kesan mandi junub yang diwajibkan ke atas kita. Mengapa perlu diratakan air seluruh badan, dengan niat yang tertentu dan dihukumkan wajib pula? Mengapa tidak hanya disuruh basuh pada bahagian  'tercemar' atau terkena kesan dari perbuatan itu tanpa perlu berniat atau mewajibkan seluruh anggota zahir kita kena air?
 
Sememangnya selepas berjunub, psikologi kita terjejas untuk terus masuk ke majlis atau bercampur gaul dengan orang lain. Dan inilah bagi saya membersihkan psikologi itu penting dan psikologi memang ada perkaitan dengan apa yang berlaku pada fizikal kita.
 
Justeru, sedih sekali apabila melihat ada bijak pandai kita yang seperti sengaja menyempitkan motif yang sudah jelas. Sepatutnya dalam isu ini kita bersatu tetapi biasalah, kalau tidak bertelingkah hatta dalam situasi yang seperti ini, bukan Melayulah namanya. Wallahua'lam!
 
 

* Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 29 Mei 2014
No comments

GAJI DUNIA vs GAJI AKHIRAT

FB @ Ustaz Zahazan Mohamed menulis:
 
Renungan dari seseorang tentang ...
 
GAJI DUNIA vs GAJI AKHIRAT
 
Sesetengah manusia Muslim kelihatan TIDAK  KISAH jika angka ibadah atau PAHALA mereka yg menjadi SAHAM AKHIRAT berada pada tahap statik selama 20 tahun. Ikuti kisah ini:
 

Pada suatu hari Ustaz Zulkifli  menegur jemaah suraunya agar cuba membaca al-Quran setiap hari sehingga khatam kerana sebahagian besar jemaah HANYA MEMFOKUSKAN BACAAN YASIN SAHAJA PADA MALAM TERTENTU.
 
Zamri menjawab: " Apalah Ustaz! Yasin pun al-Quran juga, SEKURANG2NYA kami baca juga Yasin walau sekali seminggu!"
 
Ustaz Zulkifli:  " Saya kenal awak sejak tahun 1993 lagi. Sudah 20 tahun, sejak dari dulu itulah juga alasan awak. Bagaimana kalau awak kerja selama 20 tahun TAPI GAJI TAK PERNAH NAIK? Mesti awak tak berpuas hati!"
 
Zamri lalu tersenyum tawar.
 
 
Utamakan gaji akhirat!
 
Firman Allah:
وَابتَغِ فيما ءاتىٰكَ اللَّهُ الدّارَ الءاخِرَةَ ۖ وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا ۖ وَأَحسِن كَما أَحسَنَ اللَّهُ إِلَيكَ ۖ وَلا تَبغِ الفَسادَ فِى الأَرضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ المُفسِدينَ
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan
(al-Qasas[28:77]).
Juga firman Allah:
 
مَن كانَ يُريدُ حَرثَ الءاخِرَةِ نَزِد لَهُ فى حَرثِهِ ۖ وَمَن كانَ يُريدُ حَرثَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها وَما لَهُ فِى الءاخِرَةِ مِن نَصيبٍ
 
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak
(al-Qasas[42:20]).
 
 
 
 
No comments

Elakkan Berkata "Kalau"

Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan. ( Riwayat Muslim )
Huraian Hadith:
  1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
  2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
  3. Ucapan ˜kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
 

* Oleh Nasrudin Hassan
No comments

Tuesday, 27 May 2014

Sebarkan ayat-ayat cinta

"MASUK Islam maksudnya masuk Melayu kan…?"
"Tak boleh ke orang bukan Islam pegang al-Quran?" 
"Nama jer Islam, tapi perangainya teruk!"
"Jangan cakap soal agama. Ini isu sensitif"
Persoalan di atas menunjukkan betapa dangkalnya ilmu dan pemahaman sebilangan masyarakat Muslim mahupun bukan Islam di negara ini terhadap Islam. Apabila ini terjadi, maka timbullah salah faham dan berprasangka buruk sehingga mengeruhkan keharmonian rakyat beragama di negara ini.
 
Bak kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Dalami ilmu dan sebarkan ayat-ayat cinta ALLAH mungkin inilah antara langkah memberi pencerahan dan kefahaman dalam masyarakat umum terhadap persoalan seumpama itu.
Apabila ditanya mengenai kemelut Islam masa kini, pendakwah bebas, Ustaz Hussain Yee  berkata, Islam itu sama di mana-mana, hanya amalan Muslim agak berbeza dari satu tempat ke tempat lain.
 
"Agama jika hanya dengar dan ikut tanpa banyak tanya, ini bermakna amal tanpa ilmu. Ajaran Islam perlu berasaskan dalil al-Quran dan Sunnah.
 
"Tapi kebanyakan amalan kita bergantung kepada kefahaman guru tertentu yang kadangkala tidak berasaskan dalil yang jelas. Akhirnya Islam yang sempurna itu apabila ditokok tambah sehingga tidak dapat bezakan antara agama dan adat," katanya.
 
Pada zaman digital ini masyarakat terdedah dengan pelbagai maklumat dari dunia tanpa sempadan melalui internet seperti YouTube dan Facebook. Generasi baru lebih akrab dengan dunia teknologi maklumat (IT).
 
Sikap mereka yang suka bertanya dan berfikiran kritikal menyebabkan ada yang tak mudah mengikut agama nenek-moyangnya.
 
"Untuk mendekati golongan tersebut, perlu ada hikmah dan sampaikan kebenaran serta meyakinkan mereka mengenai kesempurnaan Islam. Islam adalah agama hak ALLAH. Dalam soal agama tidak boleh main-main. Perlu ada penjelasan rasional," katanya.
 
Beliau berharap pihak berkuasa mengadakan pertemuan secara tertutup dengan ahli ilmu untuk membincangkan isu semasa dengan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan majlis agama. Inisiatif tersebut sangat penting supaya kita dapat satu keputusan dan rumusan yang rasional, praktikal dan logikal untuk disampaikan masyarakat.
 
"Cukuplah tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, kata-mengata dan serang menyerang sesama kita melalui media massa demi kebaikan agama dan diri kita.
 
"Jika ada masalah, mestilah duduk berbincang dengan ilmu, bukan emosi supaya fitnah terhadap Islam dan umat Islam dapat diatasi dengan baik," katanya. 
 
Tertarik kisah Umar RA
Hussain Yee berdakwah sejak 1970an, telah lama tidak muncul di kaca televisyen, media cetak dan elektronik di tanah air untuk perkongsian ilmu agama. Apabila ditanya hal ini,beliau sendiri lupa bila kali terakhir bertemu pihak media. Namun, beliau sering menerima jemputan di luar negara dan ceramahnya boleh diikuti melalui YouTube.
 
Menyingkap latar belakang dirinya, anak kelahiran Kedah ini berasal daripada keluarga yang beragama Buddha. Ketika berumur 14 tahun, dia mendambakan dirinya di kuil.
 
"Setelah mendalami agama itu, saya dapati ada yang tak sesuai dengan fitrah saya seperti tak boleh makan daging dan pakaian ringkas. Sedangkan saya fikir masa tu hidup ini hanya sekali perlu berseronok. 
 
"Suatu hari saya ke rumah kakak saya yang beragama Kristian. Saya anuti agama itu kerana tertarik amalannya lebih praktikal. Saya sempat belajar di sekolah mubaligh di Pulau Pinang 
 
"Apabila mendalami Bible, saya rasa ragu-ragu terhadap konsep Trinity. Selepas itu saya baca buku mengenai Islam. Pada masa itu tak ada seorang pun rakan Muslim bercerita mengenai Islam. Malah mereka tak kisah pun soal dakwah," katanya ketika ditanya dalam sesi temu ramah di Peace TV yang boleh ditonton melalui YouTube.
Hussain Yee tertarik terhadap Islam setelah membaca buku kisah Sahabat Rasulullah SAW, Umar bin Al-Khatab RA yang bengis dan kejam tetapi tersentuh hatinya setelah membaca ayat al-Quran (Surah Toha: 1- 5).
 
"Ini menunjukkan betapa penting al-Quran itu ditunjukkan dan dikongsi dengan orang lain untuk mengetahui mukjizatnya yang mampu membuka hati seseorang kembali ke jalan benar," katanya yang giat menyebarkan ayat-ayat cinta ALLAH di merata tempat. 
 
Hussain Yee berhijrah kepada Islam pada 1968. Pada awal keislamannya, beliau tidak terlepas daripada dugaan apabila ibunya menentang kerana menyangka anaknya masuk Melayu. Namun setelah diberi penjelasan dan melihat perubahan diri Hussain Yee yang lebih positif, barulah ibunya menerimanya dengan hati terbuka.
 
"Pengalaman buruk saya ketika mula masuk Islam dan tinggal di masjid, pernah dihalau dan barang dicampak ke luar.
 
"Mereka kata saya pengacau. Sedangkan saya menjaga masjid dan membersihkan tandas. Tapi syukur ada penduduk mengajak saya tinggal bersamanya," ujar bapa dua anak ini.
 
Perkenalan Hussain Yee dengan dua saudara Islam dari Jerman membuatkan beliau mengambil keputusan untuk mengikuti mereka dan mempelajari pengajian Islam di Universiti Madinah.
 
Beliau pernah aktif jalankan dakwah, mengikut kumpulan tabligh sebelum bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) pada 1980. Hussain Yee kemudian mengasaskan Pertubuhan Al-Khaadem, Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya 1984 dan didaftarkan secara rasmi pada 1992.
 
"Al-Khadeem berslogankan Serving Mankind bertujuan berkhidmat kepada semua kaum tanpa mengira agama. Aktiviti dijalankan seperti lawatan ke rumah orang miskin dan perhimpunan keluarga, selain kelas agama serta kursus saudara baru.
 
"Aktiviti tersebut secara langsung dapat menunjukkan keperibadian Muslim. Kami menyampaikan dakwah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris," katanya yang juga pengasas Rumah Harapan Al-Khadeem.
 
 

* Oleh FOUZIAH AMIR, Sinar harian, 14 Februari 2014
No comments

Isu babi: Tiada 'bersih darah', tiada samak

BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut.
 
Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.
 
Sebagaimana firman ALLAH SWT:
 
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}
 
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)
 
Dan Nabi Muhammad salla 'allahu 'alaihi wasallam:
 
إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.
 
Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)
 
Justeru, tiada istilah 'membersihkan darah', atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.
 
Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama 'membersihkan darah' seolah ia tuntutan agama.
Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.
 
Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.
 
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014
 

*Artikel dipetik dari Facebook beliau. Beliau merupakan Presiden Murshid, Pensyarah Kanan UIAM, Penasihat Shariah Kewangan Islam Tempatan dan Antarabangsa, kolumnis, penulis buku, pendakwah.
No comments

Mutiara Kata : Takwa

Daripada Abi Zar Jundub Bin Junadah dan Abdi Rahman Muaz Bin Jabal R.A, daripada Rasulullah S.A.W, telah bersabda,
"Bertakwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia."
 
No comments

Monday, 26 May 2014

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya."
Riwayat Al-Tabrani
 
Huraian :
  1. Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  2. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  3. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
 
 
No comments

Keberkatan surah al-ikhlas

 
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
 
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,   seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
 
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
 
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
 
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
 
 
…Wallahu a'lam
 
 
No comments

Apa beza mata lelaki, wanita

"HARAPKAN abang cari, sampai besok pun tak jumpa!" ataupun "kalau cermin mata tu ular, dah lama abang kena patuk!"
 
Jangan tidak mengakulah,  saya percaya ramai suami pernah jadi sasaran kata-kata isteri yang seperti ini. Apa puncanya? Adakah ia semata-mata kerana lelaki selalunya tidak fokus, pemalas atau mengada-ada untuk mengharapkan isteri sahaja mencari barang hilang yang selalunya berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.
 
Yang peliknya, apabila isteri yang cari, mudah pula barang itu ditemui.
 
Sebenarnya, ramai yang tidak perasan bahawa apa yang berlaku ini bukan kebetulan tetapi disebabkan mata juga fokus otak lelaki dan wanita ketika memandang sesuatu sememangnya berbeza. Mata lelaki dan wanita dijadikan bukan sahaja tidak serupa malah tidak sama. Ini dinyatakan dalam buku Why Men Do Align Leftn't Listen and Women Can't Read Maps. 
 
Pengkaji dan penulis buku itu, pasangan  Allan dan Barbara Pearce  menyatakan bahawa perbezaan itu bukan sahaja dari sudut biologi ataupun fizikal tetapi juga dalam bentuk kebiasaan yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun lalu.
 
Satu lagi contoh, lelaki biasanya akan menoleh dan memberikan masa yang lama untuk melihat wanita cantik yang lalu di hadapannya. Adakah wanita sebaliknya 'terpelihara' daripada berkelakuan seperti itu jika mereka dilintasi oleh lelaki kacak?
 
Sebenarnya tidak. Seperti lelaki, mereka juga ada keinginan yang serupa namun tindakan mereka disembunyikan oleh keupayaan mata mereka yang mampu melihat dalam liputan pandangan lebih 180 darjah.
 
Ini disebabkan mata wanita mempunyai lebih banyak sel jenis kon dalam retinanya yang tidak memerlukan mereka untuk menoleh untuk melihat sesuatu yang menarik perhatian.
 
Justeru dalam keadaan ini, wanita boleh menyembunyikan kenakalan mereka.
 
Dalam kes mencari barang hilang pula, sejak zaman primitif, tugas lelaki adalah memburu untuk mencari makanan manakala wanita menjaga anak-anak di tempat tinggal. Sebagai pemburu, lelaki dipersiapkan mata dan otaknya untuk melihat banyak objek dalam persekitaran yang sempit.
 
Dengan itu, otak mereka secara automatik akan menyempitkan penglihatan untuk menumpu kepada binatang buruan. Wanita pula yang menjaga tempat tinggal, otak mereka diprogramkan untuk memproses semua maklumat visual yang masuk di dalam lingkungan yang lebih luas.
 
Inilah yang memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih mudah temui barang hilang berbanding lelaki.
 
Satu perkara lagi, mata lelaki mempunyai sel M yang lebih banyak berbanding mata wanita. Sel M adalah sel mata yang sensitif terhadap pergerakan manakala sel P adalah sel mata yang sensitif terhadap fokus mata.
 
Ini juga membantu kita untuk lebih memahami mengapa lelaki sering gagal mencari barang hilang terutama barang 'mati' yang tidak bergerak seperti dompet, kunci kereta dan sebagainya. Mereka sebaliknya lebih cekap mengesan binatang buruan yang bergerak sepantas kilat!
 
Sel P pula mendorong wanita untuk tertarik pada warna terutama warna yang terang, begitu juga corak hingga mereka menjadi begitu teliti dalam pemilihan warna dan corak pakaian.
 
Demikianlah. ALLAH menjadikan lelaki dan wanita sememangnya terlalu banyak perbezaannya jika mahu diteliti, sama ada yang kita sedari atau tidak sedari. Dan perbezaan ini sudah tentu ada sebab musabab dan hikmahnya yang tersendiri.
 
Kepada suami-suami, kalaulah anda dileteri lagi kerana gagal mencari barang yang hilang, beritahu isteri, itu bukan masalah anda seorang tetapi semua lelaki di dunia ini. Jurang perbezaan bukan untuk dilebarkan tetapi untuk kita saling memahami, memenuhi dan juga berkasih sayang.
 
 

* Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 28 Februari 2014
No comments

Mengapa Allah bezakan antara halal dan haram?

Pernahkah Allah menyuruh umatnya menghapuskan segala yang haram?
Atau sekadar menghindarkan benda yang haram?
 
Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama umat Islam boleh diuji akalnya untuk mendekati yang halal dan menjauhi yang haram?
Ingatlah, benda haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah. Setiap yang dicipta ada tujuannya, ada sebagai sumber makanan, ada sebagai ujian kepada manusia, menguji iman dan sama ada kita akan ingkar pada ajaran Allah dan sebagainya.
 
Pemimpin dan pengikut Islam boleh berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jangan sesekali meletakkan objektif untuk menghapuskannya sama sekali, kerana ia tidak mungkin berlaku.
 
Sebagai contoh, anggota badan seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah - dan Allah melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut Islam yang ingkar arahan-Nya - mulut digunakan untuk menipu, tangan diguna untuk mencuri, kaki digunakan untuk melukakan orang lain, alat kelamin digunakan untuk berzina dan sebagainya.
 
Seperti juga seorang bapa yang takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sebagainya - si anak sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dari rumah, anak ini tidak mengenal apa yang bahaya dan tidak kerana bapanya tidak pernah mengajarnya, dan hanya melindunginya secara buta-buta.
 
Sebagai satu contoh lagi, antara memilih untuk menonton wayang atau menghadirkan diri ke kursus agama, anak kita perlu dididik membuat keputusan yang betul, daripada hanya memaksanya menghadiri kursus agama sahaja.
 
Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri juga boleh berlaku hubungan yang haram sekiranya bisikan syaitan menguasai minda kerana kekuatan agama yang nipis.
 
Hanya didikan agama yang cukup sahaja dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam membezakan yang halal daripada haram, dan yang haram daripada yang halal.
 
Yang perlu ditekankan ialah cara pemimpin dan pengikut Islam untuk mengenal dan membezakan apa yang haram, dan belajar menguatkan iman dengan didikan agama yang cukup untuk menghindarinya. Itu adalah lebih baik sebenarnya.
 
Mengetahui halal bukan bermakna melakukannya, mengetahui yang haram, bukan bermakna menjauhinya. Kerana tahu sahaja tiada beza dengan tidak tahu, kalau tidak diiringi dengan tindakan.
 
 

* Oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
 

* Sumber
 
 
No comments

Sunday, 25 May 2014

Setakat 20 Feb, 2 produk Cadbury masih halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury secara serta-merta selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.
 
"Dalam masa yang sama, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut," kata ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata, sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine).
 
DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.
Dalam kenyataannya hari ini, Jakim juga berkata, pengguna yang menggunakan produk berlogo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
 
Katanya, jika terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan,  Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta-merta.
 
Menurutnya lagi, pensijilan halal Malaysia melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan digunakan.
 
Ini juga termasuk pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, tambahnya.
 
"Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim," kata Othman.
 
Dalam isu dua produk Cadbury itu pula, jelasnya, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk telah dibuat dan pemeriksaan terakhir pada 20 Februari lalu mendapati ia mematuhi piawaian pensijilan halal.
No comments

Thursday, 22 May 2014

Aurat wanita Islam

Ramai yang menyatakan wanita arab agak kasar perlakuan mereka. Sekasar-kasar wanita arab, kebanyakan mereka berkelubung seluruh badan termasuk muka apabila berjalan keluar rumah.
 
Ramai yang menyatakan wanita melayu lemah lembut dan bersopan. Selembut-lembut wanita melayu, kebanyakan mereka tidak malu menyarung pakaian tidak sopan apabila berjalan keluar rumah.
Allahu Akbar! Takutlah kepada kemurkaan Allah sebelum kita melihat hukumanNya. Sungguh, kita tidak akan sanggup menghadapinya.
 
Renunglah diri sendiri dan sekeliling kita - sesuatu kepincangan menjadi kebiasaan apabila ramai orang yang melakukannya. Kita? Jadilah kumpulan segelintir yang berbeza. Kita? Turutlah perintah dan larangan Allah serta RasulNya.
 
 
No comments

Aurat Wanita Ketika Bersalin Yang Wajib Kita Ketahui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca.
 
Salah satu perkara wajib yang di perintahkan  oleh Allah SWT kepada  para hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.
 
Hal ini mungkin telah diketahui ramai. Namun ramai golongan wanita iaitu isteri mahupun suami mengambil mudah hal aurat ketika si isteri mengandung hingga melahirkan anak. Jadi disini kami kongsikan sebuah artikel berkenaan Aurat Wanita Ketika Bersalin. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. InShaaAllah.
  1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
  2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
  3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
  4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
  5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.
Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9… dalam keadaan isteri dah sakit sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :-
 
1. PERANAN SUAMI sangat-sangat penting dan mustahak.
Suami yang kena buat keputusan untuk menjaga aurat dan maruah isteri. Kalau suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan. Amat mengecewakan (merujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan)
2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. Labor Room dan lain-lain…
jangan dah masuk wad semua terbang… tudung tak pakai, kain terselak sana sini, berlengan pendek sahaja, menyusu ikut dan… sebab kena ingat kadang-kadang ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dan lain-lain yang keluar masuk wad.
3. WAJIB…. WAJIB…. WAJIB…. ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka.
Pertama SUAMI… kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan seterusnya. Macamana pun keutamaan adalah SUAMI.
Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA:
 
1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil iaitu ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita. Baca Hukum Dan Penjelasan Doktor Lelaki Menyambut Bayi Wanita Bersalin yang Dr Fuh pernah kongsikan sebelum ini.
 
2. DOA – ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
 
3. AMALAN – Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.
 
4. YAKIN – Insyaallah… bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.
 
 
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
 
 
 
 
No comments

Kaedah memahami makna larangan dalam agama

ALLAH menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. - Gambar hiasan
 
LARANGAN adalah tuntutan berlawanan dengan suruhan. Larangan didefinisikan sebagai tuntutan supaya tidak melakukan sesuatu. Nas syarak biasanya menggunakan perkataan 'jangan' atau 'jauhilah'.
 
Apa jua larangan dalam al-Quran dan Sunnah secara asasnya membawa maksud haram, kecuali jika ada pengkhususan atau nas lain yang memalingkan maksud haram itu kepada maksud makruh.
 
Syeikh Salim bin 'Eid Al-Hilali dalam kitab syarahnya - Riyadhus Salihin menyebutkan kaedah untuk memahami larangan dalam agama.
 
Kaedah pertama: Larangan adalah tuntutan supaya menjauhi hal yang dilarang itu sepenuhnya.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Jika aku melarang kamu akan sesuatu, maka jauhilah ia. Dan jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah sedaya yang kamu mampu." (Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Beza larangan dan suruhan
Dapat dilihat perbezaan antara larangan dan suruhan. Dalam larangan, Rasulullah SAW mengatakan hendaklah kamu jauhi. Baginda tidak mengatakan 'sedaya yang kamu mampu', Baginda tidak memberi apa-apa pengecualian dalam hal yang dilarang. Berbeza dengan suruhan, ia dikaitkan dengan kemampuan.
 
Contoh jelas adalah larangan berjudi. Kita dilarang berjudi sepenuhnya, tanpa ada kelonggaran, pengecualian atau situasi di mana kita dibolehkan berjudi. Berbeza suruhan, misalnya suruhan solat. Secara prinsipnya kita disuruh solat fardu secara berdiri. Tetapi kewajipan itu gugur jika tidak mampu berdiri, dibolehkan duduk. Jika tidak mampu duduk, dibolehkan baring.
 
Hikmah dibezakan antara suruhan dan larangan, adalah kerana larangan tidak menuntut apa juga perbuatan, sebaliknya ia adalah tuntutan supaya tidak melakukan apa-apa. Tuntutan tidak melakukan apa-apa sebenarnya tiada yang lebih mudah daripada itu. Berbeza dengan suruhan, kita dituntut untuk melakukan sesuatu.
 
Kaedah kedua: Larangan ada kalanya disebabkan faktor lain.
 
Perbuatan itu asalnya diharuskan, tetapi menjadi haram disebabkan faktor lain. Ia dinamakan 'haram lighairihi'. Haram terbahagi kepada dua; haram lidzatihi (haram secara zatnya) dan haram lighairihi (haram kerana faktor yang lain).
 
Haram lighairihi termasuk dalam kaedah Saddu Al-Dzari'ah iaitu menutup pintu yang membawa kepada haram (lidzatihi). Ia bertujuan langkah pencegahan dengan menutup jalan dan sebab yang membawa kepada haram lidzatihi. Contohnya zina. ALLAH berfirman: "Jangan kamu dekati zina" (Surah al-Isra: 32). ALLAH tidak mengatakan, "Jangan kamu berzina".
 
Larangan dekati zina lebih luas skopnya berbanding larangan melakukan zina. Syariat Islam bukan sahaja melarang persetubuhan haram. Lebih daripada itu, segala pintu yang membawa kepada persetubuhan haram juga dilarang. Penyair Arab berkata, "Zina bermula dengan pandangan, senyuman, memberi salam, percakapan, dan pertemuan." Ini adalah mukadimah zina,.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Telah termaktub atas anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia akan mendapatkannya dan tidak ada jalan lari.
 
Kedua mata berzina dan zinanya melihat, telinga berzina dan zinanya mendengar, lidah berzina dan zinanya percakapan, tangan berzina dan zinanya menyentuh, kaki berzina dan zinanya berjalan, hati berkeinginan dan bersyahwat, dan kemaluan akan membenarkan semua itu atau mendustakannya." (Riwayat Bukhari)
Bagaimanapun, ada beza antara haram lidzatihi dan haram lighairihi. Haram lizatihi yang tidak ada pengecualian (mesti ditinggalkan sepenuhnya), sebaliknya haram lighairihi dalam keadaan tertentu ada pengecualian. Contohnya, antara mukadimah zina adalah melihat.
 
Maka kita dilarang melihat lawan jenis yang bukan mahram bahkan disuruh menundukkan pandangan,
"Katakanlah kepada lelaki beriman supaya menundukkan pandangan mereka." (Surah al-Nur: 30)
Dalam keadaan tertentu, pandangan itu dibolehkan, misalnya ketika hendak merisik, kita disuruh melihat perempuan yang ingin dinikahi, sedangkan hukum asalnya dilarang.
 
Ini kerana ia adalah haram lighairihi, dan ia membawa tujuan yang murni di sebaliknya iaitu hendak berkahwin, bertentangan sama sekali dengan zina. Kerana itu ia dibolehkan.
 
Kaedah ketiga: Keumuman larangan pada sesuatu membuatkan semua bahagian dan elemennya turut dilarang.
 
Contohnya larangan minum arak. Apabila ada larangan minum arak, ia merangkumi semua jenis dan kuantiti arak.
 
Walaupun kuantitinya sikit, walaupun tidak mabuk, hukumnya haram. Begitu juga riba. Apabila agama melarang riba, maka riba adalah haram keseluruhannya, walau 1 peratus. Tidak ada pengecualian, sedikit atau banyak tidak ada beza.
 
Kaedah keempat: Istilah 'makruh' (dibenci) dalam firman ALLAH, sabda Rasulullah, dan perkataan salaf secara umum digunakan bagi menunjukkan makna haram.
 
Dalam al-Quran, ALLAH SWT menggunakan perkataan makruh dalam Surah al-Isra ayat ke-38, di mana dalam ayat sebelumnya ALLAH menyebut perbuatan haram seperti membunuh, mendekati zina, mendekati harta anak yatim, lalu di hujungnya ALLAH berkata: "Semua itu di sisi Tuhan mu adalah makruh". Sedangkan yang disebutkan itu jelas haram berdasarkan nas-nas yang lain.
 
Kaedah kelima: Tidaklah apa jua larangan dalam agama melainkan ada maslahat di sebaliknya, dan tidaklah suatu larangan itu dicerobohi melainkan kemudaratan yang lebih besar akan menimpa. ALLAH tidak menyuruh sesuatu melainkan kepada hal yang membawa kebaikan, dan tidak melarang sesuatu, kecuali kerana kerosakannya lebih besar terhadap kita.
 
Dalam al-Quran, ALLAH mengatakan arak itu ada manfaat, tetapi mudaratnya lebih besar:
"Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya'." (Surah al-Baqarah:219)
Contoh lain adalah riba. Subhanallah, apa yang dikatakan orang Yahudi dulu seperti yang disebut dalam al-Quran seolah-olah dipraktikkan orang Islam pada hari ini.
"Mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama seperti riba." (Surah al-Baqarah: 275).
Lalu ALLAH menyanggah perkataan mereka dengan firman-Nya,
"Dan ALLAH menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." (Surah al-Baqarah: 275)
Sekiranya sistem itu dijalankan tanpa riba, betapa rancak pembangunan akan berjalan, dan hakikatnya riba itu merosakkan. Namun piawaian manusia hari ini sudah terbalik akibat tidak kembali kepada panduan syariat. Apa yang mereka nampak adalah riba bagus, dan tanpa riba kita akan rugi.
 
Contoh lain adalah larangan melawan pemerintah secara terbuka. Yang dimaksudkan di sini adalah mengkritik secara terbuka, dan kita memang tegaskan perlu ada nasihat dan amar makruf dengan pemerintah secara tertutup.
 
Apabila larangan melawan pemerintah dilanggar, implikasinya rakyat benci kepada pemerintah.
 
Rakyat tidak taat kepada pemerintah, kerajaan menjadi lemah, akan timbul kekacauan. Apabila timbul kekacauan dan keadaan tidak tenteram, apa juga maslahat yang ingin dicapai tidak akan diperoleh. Ini seperti yang berlaku di negara-negara lain yang boleh kita lihat pada hari ini.
 
Kaedah keenam: Larangan membawa maksud bahawa perbuatan itu terbatal (tidak sah) jika ia dilakukan.
 
Contoh, larangan jual beli selepas azan. Jika berlaku jual beli, jual beli itu terbatal dan tidak sah.
 
Contoh lain adalah larangan berpuasa pada hari raya. Jika seseorang berpuasa, puasanya tidak tidak diterima dan dia berdosa jika tidak berbuka.
 
Penting untuk kita ketahui dan fahami kaedah ini kerana kehidupan seharian umat Islam amat terikat dan berputar pada suruhan dan larangan dalam agama.
 
Sekiranya masing-masing memahami suruhan dan larangan mengikut logik masing-masing, kesudahannya hukum-hakam agama akan jadi celaru dan keliru. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa kembali kepada panduan syarak.
 
 
 

* Oleh USTAZ IDRIS SULAIMAN (AHLI SYURA ILMUWAN MALAYSIA), Sinar Harian, 31 Januari 2014
No comments

Inilah tanda kasih sayang isteri...

KITA masing-masing tentu pernah hadapi situasi tertekan atau terdail nombor telefon orang lain secara tidak sengaja. Dan selalu juga kita akan dihubungi semula oleh orang yang terima panggilan itu.
 
Walaupun mereka mungkin berasa terganggu oleh panggilan kita, namun apabila kita minta maaf, biasanya hal itu boleh selesai dengan mudah.
 
Akan tetapi ada juga ketikanya hal ini sampai mencetuskan masalah lain. Sebagai contoh apa yang berlaku pada diri saya sendiri beberapa bulan lepas. Pada suatu hari, selepas solat Zuhur saya dapati ada banyak panggilan yang tidak berjawab daripada isteri. Pesanan suara pun banyak yang kesemuanya bernada cemas.
 
Saya segera hubunginya untuk bertanya mengapa dia telefon saya dan bertanya soalan seperti itu. Sebaik panggilan  dijawab, saya dengar suaranya  teresak-esak menangis.
 
Rupa-rupanya semasa saya solat, dia terima panggilan daripada telefon saya. Oleh kerana saya tidak bercakap dan dia pula hanya mendengar suara saya menyebut  'ALLAH'  berkali-kali, dia langsung menyangka saya dalam kecemasan.
 
Sangkanya telah berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap saya dan ini sudah tentu ada kaitan dengan kasih sayang!
 
Isteri saya (dan tentunya isteri orang lain juga) tidak akan jadi begitu kalau bukan kerana kasih sayang.
 
Walaupun masih tidak jelas akan apa yang sebenarnya berlaku, rasa bimbang mendahului. Ya, hal yang seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja!
 
Apa yang berlaku kepada diri saya, meskipun ia hanya sekadar salah faham, namun dalam hati tetap rasa bangga dan bersyukur malah masih boleh tertawa selepas menjelaskan kepada isteri bahawa saya tidak apa-apa, selamat dan sihat walafiat.
 
Isteri-isteri biasanya begitulah. Ketika suami di luar, kebanyakan mereka di rumah. Kalau pun yang bekerja, habis waktu kerja mereka biasanya terus balik rumah. Suami pula habis waktu kerja belum tentu ke mana. Ramai yang menyinggah di kedai mamak, kelab sosial  dan sebagainya untuk berjumpa kawan-kawan.
 
Sementelahan pula Piala Dunia kurang lebih 20 hari sahaja lagi. Ramailah suami yang tidak nampak pintu rumah berminggu-minggu selepas ini.
 
Seperti pandangan ramai orang, saya juga bersetuju bahawa tengok bola seorang diri di rumah memang tidak cukup 'stim' banding layan beramai-ramai di kedai mamak.
 
Lagi sebab musababnya kerana kita tidak mahu tidur isteri dan anak-anak terganggu.
 
Namun ketika di luar, mungkin kita jarang berfikir bahawa ada seseorang yang hatinya sentiasa memikirkan keselamatan kita. Justeru apabila berlaku insiden yang sekadar terdail nombor telefon, dan tiada pula suara kita yang kedengaran, mereka akan mudah terfikir hal yang bukan-bukan. Kadang-kalanya, apabila kebimbangan sudah menguasai, apa yang diperjelaskan pun mereka susah nak faham, seperti kes ini:
 

 
Isteri: Kenapa abang call?
 
Suami: Abang tertekan la sayang.
 
Isteri: Tertekan? Apa masalahnya bang?  Citer la kat sayang...
 
Suami: Abang tertekan jer...
 
Isteri: Kalau abang ada masalah cerita laa....
 
Suami: Masalah apanya? Tak ada masalah apa pun, abang cuma tertekan jer
 
Isteri: Ye la... Kalau abang tertekan.. abang kenalah cerita kat sayang.
 
Suami: Adoi la! Ini abang betul-betul tertekan. Dah kata tak ada masalah, cuma tertekan, sayang nak suruh abang cerita jugak kat sayang. Nak cerita apanya?
 
Isteri: Cerita masalah abang la, apa yang buat abang tertekan?
 
Suami: Adoi la! Adoi... Tertekannya! Nak cerita macam mana lagi ni??? Tertekan nombor telefon sayang la, nak cerita apa lagi?
 
Isteri: Oooo... tertekan nombor telefon sayang! Cakap la terdail.
 

 
Kepada suami-suami, kalau tidak mahu jadi kecoh seperti ini, pastikan anda tidak terdail nombor telefon isteri ketika di luar rumah.
 
Untuk mengelak hal sebegini, lebih selamat jika nombor telefon isteri anda hafal sahaja, jangan simpan dalam telefon.
 
Kalau tertekan nombor telefon orang lain, mungkin tidak akan sampai jadi begini kerana isteri memanglah prihatin akan hal ehwal suami dan pasti banyak soal-jawabnya pula nanti.
 
 
 

* Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 23 Mei 2014
No comments

Monday, 19 May 2014

Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!

Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri Lanka.


Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.

Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai 'Adam Bridge'.

Dianggarkan berukuran sepanjang 30 kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.

Ekoran penemuan itu, ia mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama.


Adam Bridge in Mahabhrata and Ramayana

Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini mendapati kewujudan jambatan tersebut dibuktikan melalui penelitian terhadap sebuah kitab kuno yang dikenali sebagai Mahabhrata dan Ramayana.

Mengikut rekod kajian mereka, usia jambatan tersebut mungkin mencecah satu hingga dua juta tahun. Uniknya, jambatan berkenaan didakwa telah dibina oleh manusia yang hidup ketika itu.

Namun, timbul persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Lebih mengelirukan, bagaimana manusia ketika itu mampu membina sebuah jambatan yang berukuran sepanjang 30 kilometer? Sesuatu yang sangat mustahil!

Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut sebenarnya tidak sesuai dengan zamannya. Penemuan jambatan purba ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi pembinaannya menyebabkan artifak ini dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ianya ditemui.

Bagaimanapun, penemuan artifak seperti ini banyak ditemui dan masih belum mampu dijelaskan sehingga ke hari ini.

Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar sebagai Out of Place Artifact (OOPART).


Adam Bridge [2]

Menurutnya lagi, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.

Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada zaman dan tempatnya. Ia dilihat bertentangan dengan sejarah, masa dan teori kewujudan.

Selain 'Adam Bridge', terdapat dua lagi penemuan arkeologi yang terkenal yang dikategorikan sebagai OOPART.

Crystal Skull


Crystal Skull

Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau 'Crystal Skull' yang merupakan artifak peninggalan bangsa Maya di Yakatan, Mexico.

Seperti yang sudah diketahui ramai, bangsa Maya merupakan salah satu bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan Bumi yang bakal berlaku pada tahun 2012 yang lalu. Ramalan ini berlandaskan kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini.

Namun, selepas penemuan Tengkorak Kristal, ramai ahli arkeologi merasakan terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak ketahui.

Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini, ramai pengkaji mengandaikan adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna kerana tengkorak ini dihasilkan daripada batu permata Amesthyst.

Soalnya, sejauh manakah bangsa Maya ketika itu mampu membentuk batu keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia sedangkan manusia di zaman teknologi sekarang pun amat sukar untuk mengukir batu permata ini?

Tulisan Hiroglif Mesir Kuno


Tulisan Hiroglif Mesir Kuno

Selain artifak purba Maya, satu lagi penemuan yang dianggap sebagai OOPART adalah tulisan Hiroglif yang menggambarkan peradaban kuno Mesir Sebelum Masihi.

Yang peliknya, di dalam tulisan ini terkandung pelbagai jenis kenderaan udara pada zaman ini seperti helikopter, kapal terbang dan lain-lain figura yang mungkin wujud pada masa hadapan.

Namun, kemunculan tulisan ini kekal menjadi tanda tanya kerana pesawat pertama yang dicipta di muka bumi hanya berlaku pada abad ke 16 yang dicipta oleh dua orang adik-beradik, Orville dan Wilbur Wright.

Bagaimanapun, istilah OOPART yang dikemukakan oleh Sanderson disangkal oleh sesetengah ahli sejarah yang skeptikal. Mereka berpendapat teknologi untuk menghasilkan artifak itu telah pun wujud sezaman dengan perkembangan sesuatu tamadun.

Jadi, dakwaan yang mengatakan teknologi pembuatan artifak yang mendahului zaman sebenarnya tidak wujud.

Golongan ini berpendapat, perkara ini adalah tipu helah semata-mata dan ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman.


* Sumber diambil dari weblog Sentiasapanas.com

No comments