SERI BEGAWAN, BRUNEI, 23 April 2014 - Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei akan mengadakan Majlis Pengisytiharan Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 (hudud) fasa pertama pada 30 April sekali gus mencatatkan detik bersejarah bagi negara itu.
Media tempatan Media Permata melaporkan, sejak perintah berkenaan berkuat kuasa Oktober tahun lalu kini tiba masanya untuk melaksanakan fasa pertama.
"Majlis akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Berakas, manakala majlis doa selamat serta kesyukuran akan diadakan di sebelah malam di masjid, surau dan rumah ibadat di seluruh negara dengan tumpuan utama di Jame Asr Hassanil Bolkiah," menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dipetik Media Permata
0 comments:
Post a Comment