+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Monday 29 April 2013

Alkisah seekor kuda.

K

uda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…

 

Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur jika Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…

 

Pencipta membalas, “Saya sedia menjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”

 

Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…

 

Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat…

 

30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…

 

Kuda terkejut… siapa unta itu?

 

Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”

 

Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”

 

Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”

 

Pencipta itu menjawab: “Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.

 

Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”

 

Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.

 

Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…

 

 

Senyum

 

 

* Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Harakahdaily, 16 Jamadil Akhir 1434 H.

No comments

Thursday 25 April 2013

Pemimpin

S

irah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

 

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata :

 

“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

 

 

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:

 

“Dari mana diperolehi ini?”.

"Daripada unta yang kita sembelih hari ini".

 

Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

 


* Sedutan sebahagian dari Artikel "Bingkisan Perjalanan Buat Yang Demam ‘Kuasa’", oleh Dr. MAZA

No comments

Wajib pakaian Islam setiap Jumaat

Jakarta, 25 April 2013 - Pentadbiran Tangerang Selatan akan mewajibkan semua penjawat awam beragama Islam memakai pakaian Islam pada hari Jumaat bagi mengiktiraf apa yang dikatakan datuk bandar sebagai identiti keagamaan di perbandaran itu.

 

Kami sudah lama bercadang untuk mewajibkan semua penjawat awam muslim memakai pakaian Islam setiap Jumaat agar suasana keagamaan majlis perbandaran dapat dilaksanakan di semua pejabat pentadbiran,” kata Datuk Bandar Airin Rachmi Diany semalam.

 

 

Tangerang Selatan mendakwa ia pentingkan agama tetapi bukti apa yang kita ada bagi menunjukkan kepada pelawat yang dapat menyokong kenyataan itu?,” katanya.

 

Airin berkata, penjawat awam bukan Islam akan dikecualikan daripada polisi itu dan setiauasa majlis perbandaran Dudung S Direja masih menjalankan penyelidikan sebelum pelaksanaannya.

 

Menurutnya, penjawat awam lelaki perlu memakai baju koko (berkolar tinggi serta berlengan panjang) dan songkok, manakala kakitangan wanita perlu mengenakan tudung, baju kurung merah dan skirt labuh putih atau seluar panjang putih. Bagaimanapun, kakitangan bebas memilih gaya atau stail yang selesa dengan mereka.

 

“Kebanyakan penjawat awam wanita di sini sudah pun memakai pakaian Islam setiap hari, malah, sebelum polisi itu dilaksanakan. Jadi, saya tidak rasa ada bantahan terhadap polisi itu selagi ia bertujuan baik,” katanya. - Jakarta Post

No comments

PRU13 : Kajian Pilihan Pengundi

Pengundi mahu Najib, Anwar debat manifesto PRU13

 

KUALA LUMPUR, 25 April 2013 - Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini - Sinar Harian

 

 

Umcedel: Pengundi cenderung pilih Anwar jadi PM

 

KUALA LUMPUR, 25 April 2013 - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

 

Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

 

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

 

Baki adalah mereka yang tidak pasti pendirian.

 

"Populariti Anwar ini meningkat apabila beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara," ujar beliau.

 

Menurut hasil kajian itu lagi katanya, 54 peratus daripada pengundi Melayu turut memilih Anwar sebagai perdana menteri manakala 34 peratus pula memilih Najib.

 

Anwar turut popular di kalangan pengundi kali pertama yang cenderung memilih beliau sebagai perdana menteri.

 

Berdasarkan hasil kajian yang membabitkan pelbagai latar belakang umur, kaum, pekerjaan dan pendidikan itu di Semenanjung Malaysia, Najib mengungguli aspek pemimpin yang rapat dan mesra pengundi atau rakyat.

 

Sementara kajian membabitkan manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan kecenderungan pengundi lebih kepada manifesto pembangkang.

 

"Manifesto yang diterima rakyat, BN 38 peratus, PR 42 peratus sementara 22 peratus tidak pasti," kata Mohammad Redzuan.

 

Kajian itu juga menunjukkan 61 peratus pengundi Cina percaya kepada manifesto PR.

 

Kajian Umcedel turut meliputi sama ada isu politik semasa seperti  video seks turut mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik menunjukkan 62 peratus daripada mereka merasakan ia tidak memberi sebarang kesan.

 

Sebanyak 11 peratus menyatakan "ya" manakala 27 peratus lagi mengatakan "tidak pasti" sama ada ia memberi kesan atau mempengaruhi mereka.

 

Kajian juga menunjukkan 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya, 22 peratus mengatakan tidak, sementara 39 peratus lagi tidak pasti.

 

"Kajian terbaru kita menunjukkan pengundi Cina sudah membuat pilihan berbanding orang Melayu," katanya.

 

Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai sengit, kedua-dua parti popular, BN dan PR katanya, hanya dipisahkan oleh lima peratus dan 10 hari yang terakhir ini adalah peluang untuk merebut hati pengundi.

 

"Peratusan pengundi atas pagar telah menurun daripada 21 peratus pada Mac kepada sembilan peratus pada bulan ini.

 

"Kita lihat pengundi Cina, yang sebelum ini majoriti pengundi atas pagar, sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka undi," ujar beliau.

 

Namun katanya, hari-hari terakhir akan memberikan impak besar sama seperti pada Mac 2008.

 

"Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, apa-apa pun boleh berlaku. Dalam 10 hari ini macam-macam boleh berlaku," kata beliau.. - Sinar Harian

 

No comments

Pelan Sharansky bakal memusnahkan Al-Aqsa!

 

BaitulMaqdis, 24 April - Yayasan Al-Aqsa memberi amaran terhadap usaha Netanhayu untuk melaksanakan Pelan Sharansky di kawasan Tembok Buraq, Masjid Al-Aqsa.

 

Yayasan Al-Aqsa menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk campur tangan dalam apa-apa usaha terang-terangan terhadap mana-mana bahagian Masjdil-Aqsa, terutamanya Tembok Buraq.

 

Tambahan lagi, akhbar Haaretz mengatakan bahawa Netanhayu memberitahu Pengerusi Agensi Yahudi, Natan Sharansky yang merancang proposal tersebut, untuk membuat 'project timeline' (garisan masa projek) bagi melaksanakan pelan tersebut.

 

Yayasan itu menambah lagi, pelan tersebut akan memberi KESAN SERIUS pada Al-Aqsa dan sekelilingnya! Pelan tersebut bertujuan melenyapkan elemen-elemen monumen arab dan islam di Al-Aqsa!

 

Amaran juga diberi kepada sebarang bentuk kerjasama dengan pelan itu, di mana tiada hak langsung untuk melaksanakannya!

 

 

*Sumber dari Facebook Aqsa Syarif

 

No comments