P |
ada suatu hari Ali didatangi Idris. Idris adalah kawan Zaki tetapi sejak Idris mengenali Ali, Idris yang turut terlibat dalam urusan jual beli barang mistik terus menghubungi Ali.
“Ada apa Idris?” tanya Ali.
“Nak ikut ke Karak?” tanya Idris pula kepada Ali.
“Ada apa?” soal Ali.
“Nak pi ambil emas di kampung bunian,” kata Idris.
“Bila?” soal Ali lagi.
“Pagi esok. Beritahu Zaki kot-kot dia nak ikut,” kata Idris.
“Zaki sekarang kerja. Susah nak ikut. Tapi kita tak boleh tinggalkan dia. Walaupun dia tak pergi tapi dia yang support duit minyak kereta, makan minum dan tol kita,” kata Ali.
Malam itu Ali menerangkan hajat Idris siang tadi kepada Zaki. Seperti biasa sebagai funder Zaki keluarkan RM100 kepada Ali untuk bayar duit minyak, duit tol dan makan minum mereka esok.
Pagi itu Zaki menaiki kereta Proton Saga Idris warna merah ke Kampung Jambu Rias, Karak. Mereka pergi ke rumah Pak Omar seorang bomoh. Sudah ramai yang berkumpul di rumah Pak Omar.
Tunggu
“K |
ita sedang menunggu Kiyai Baharuddin dari Puchong,” kata Pak Omar.
“Dia boleh ambil ke emas di kampung bunian?” tanya Idris.
“Dia kata boleh,” ujar Pak Omar.
Ali yang turut berada dalam jemaah seramai 10 orang itu tidak cakap banyak. Maklum sajalah orang lain dia tak kenal. Yang dia kenal Idris sorang. Malah Pak Omar baru dia kenali hari itu.
Setengah jam kemudian Kiyai sampai dari Puchong bersama kawannya. Mereka naik Storm. Kiyai terus bersalam dengan Pak Omar.
“Semua yang ada tak perlu masuk ke sana. Saya pun tak pergi. Hanya Pak Omar dua orang yang pergi. ”
“Siapa sorang lagi Pak Omar?” tanya Kiyai.
“Idris,” kata Pak Omar.
“Ingat pesanan saya. Saya sudah berhubung dengan orang di sana. Mereka tidak halang kita nak ambil emas. Tapi setakat 10 ketul sahaja. Tak boleh ambil lebih dari itu,” pesan Kiyai kepada Pak Omar dan Idris.
“Baik Kiyai,” kata Pak Omar dan terus bersalam dengan Kiyai. Idris pun turut bersalam dengan Kiyai.
Mereka berlepas ke Janda Baik yang lebih kurang 30 minit dari Karak. Ali menunggu kepulangan Pak Omar dan Idris di rumah Pak Omar bersama Kiyai Baharuddin.
Janda Baik
S |
ampai di Janda Baik, Pak Omar yang sudah biasa masuk ke kampung bunian itu terus masuk ke alam bunian. Idris kagum kerana betapa indahnya padang yang menghijau yang terdapat di kampung tersebut.
Tiba-tiba datang lelaki naik kuda menuju ke arah mereka. Tetapi lelaki itu tidak menegur pun mereka. Mereka hairan juga. Rupanya Kiyai sudah beritahu hajat kedatangan mereka berdua, jadi lelaki berkuda itu tidak ganggu mereka.
Setengah jam berjalan di kampung yang cantik itu, mereka bertemu dengan timbunan emas. Tetapi oleh kerana pesanan guru mereka dapat ambil setakat 10 ketul sahaja, maka mereka patuhi pesanan itu. Mereka bimbang jika ambil lebih sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada mereka.
Bila tiba di sempadan perkampungan bunian, Pak Omar dan Idris menggalas guni yang mengandungi 10 ketul emas itu. Bayangkanlah harga pasaran emas sekarang bagi satu ketul emas yang beratnya 1 kilogram.
Bila Pak Omar sampai di rumahnya, Kiyai, Ali dan jemaah lain kelihatan tidur di atas rumah kecilnya itu.
“Assalamualaikum,” kata Pak Omar. Mendengar ucapan salam itu, semua yang tertidur pun bangun.
“Macam mana misi berjaya?” soal Kiyai.
“Alhamdulillah berjaya,” jawab Pak Omar.
“Ada gangguan tak?” soal Kiyai lagi.
“Ada lelaki berkuda datang tapi dia tak kacau kami,” cerita Pak Omar.
Cantik pemandangan
“S |
eronok ke sana Idris?” tanya Kiyai.
“Cantik pemandangannya. Rasa nak pergi lagi. Banyak lagi ketul emas yang boleh kita ambil,” kata Idris.
“Kita dah janji dengan dia orang ambil 10 ketul sahaja jadi kita tidak boleh mungkir janji,” kata Kiyai.
“Nah ini ketulan emas yang kami dapat,” kata Pak Omar. Ahli jemaah terkejut lihat ketulan emas yang Pak Omar serahkan kepada Kiyai.
“Oleh kerana emas ini adalah hak milik kita maka semua ahli jemaah akan dibahagi sama rata hasil jualan emas nanti,” kata Kiyai.
“Kami serah kepada Kiyai untuk uruskan jualannya,” kata Pak Omar.
“Saya akan bawa pulang emas ini ke Puchong. Minggu depan saya datang beri duit kepada kalian semua,” kata Kiyai.
“Baik Kiyai,” jawab serentak ahli jemaah.
Kiyai pun balik ke Puchong, Selangor dengan storm kawannya. Bila Kiyai beredar, Idris tanya Pak Omar, “Kiyai tu boleh percaya ke?”
“Dia orang yang tak tinggal solat lima waktu takkan nak tipu kita,” kata Pak Omar.
Alamat
“R |
umah dia di Puchong pun kita tak kenal,” kata Idris.
“Alamatnya ada dengan saya,” kata Pak Omar.
Genap seminggu, semua ahli jemaah berkumpul di rumah Pak Omar. Masing-masing menunggu kedatangan Kiyai untuk membahagikan duit jualan emas itu. Kiyai berjanji mahu sampai jam 10 pagi tetapi sampai ke petang Kiyai tak sampai-sampai.
Bila Pak Omar call, Kiyai asyik jawab on the way, on the way.
“Takkan dari Puchong ke Karak sampai lapan jam perjalanan,” kata Idris.
“Mungkin dia singgah di mana-mana tu,” jawab Pak Omar.
Malam itu Pak Omar call lagi Kiyai, tapi handphonenya menjawap nombor yang anda dail sudah tiada dalam perkhidmatan.
“Kita dah kena kencing ke?” soal Ali.
“Sabar. Esok kita pergi ke rumahnya di Puchong,” kata Pak Omar.
Sampai di Puchong Permai, Pak Omar, Ali dan Idris jumpa cari alamat rumah Kiyai.
Tiada jawapan
“A |
ssalamualaikum,” kata Pak Omar tetapi tiada jawapan.
Jiran di sebelah rumah mendengar ucapan salam itu terus mendapatkan Pak Omar.
“Ada apa Encik? “ tanya Pak Taufik.
“Ini rumah Kiyai Baharuddin ke?” tanya Pak Omar.
“Ya itu memang rumah Kiyai. Kenapa?” tanya Pak Taufik.
“Kami nak jumpanya. Ada hal,” jelas Pak Omar.
“Kiyai dah seminggu pindah. Minggu lepas dia balik dari Karak dia terus pindah,” kata Pak Taufik.
“Pindah? Alamak matilah aku,” kata Idris yang terkejut lalu jatuh pengsan. Idris yang ada penyakit lemah jantung terus meninggal dunia di situ.
“Celaka punya kiyai. Sanggup dia tipu kita?” kata Pak Omar.
“Siapa yang tak gelap mata dengan duit? Makin besar serban, makin kuat godaan iblis. Kalau kita, yang datang ialah iblis pangkat prebet saja tapi bagi kiyai yang datang menggodanya ialah iblis yang berpangkat jenderal,” kata Ali.
Ali menangis dalam hati kerana asyik ada halangan untuk menjadi kaya. Apa alasan yang akan diceritakan kepada Zaki sekembalinya ke rumah nanti.
*Oleh Alang Buana, SUMBER
0 comments:
Post a Comment