+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Sunday, 22 September 2013

Hutang mengikut perspektif Islam

Naib Yang Dipertua 1 Persatuan Ulama Malaysia, Dr Fauzi Draman (kanan) membentangkan kertas kerjanya sempena Seminar Maqasid Syariah di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, kelmarin. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki


 

B

erikut sambungan ucaptama Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam seminar Maqasid Syariah, Isu-isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.

 

ii) Hutang dari perspektif Islam

P

erspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28)

 

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

 

Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

 

Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: Ya ALLAH, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, “Apakah tuan menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?, “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat an-Nasaie, 2/316, Ahmad, 3/38, al-Hakim berkata, sahih dan disepakati oleh az-Zahabi, menurut Albani: Dhaif)

 

Berhutang dari perspektif Islam adalah perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi, kecuali dalam keadaan kesempitan yang amat sangat. Namun, sekarang kita dapati industri perbankan, termasuk sektor perbankan Islam, amat menggalakkan budaya berhutang. Akibat aktiviti mereka yang ingin berkembang, tahap hutang masyarakat menjadi bertambah.

 

iii) Peningkatan hutang isi rumah di Malaysia

D

ata menunjukkan tahap dan tren hutang isi rumah di Malaysia sedang meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan Bank Negara, hutang isi rumah di negara kita telah meningkat selama 10 tahun berturut-turut pada kadar tahunan sebanyak 12.5 peratus pada Disember 2011. Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara adalah 76.6 peratus.

 

Malah, hampir 50 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai bebanan hutang. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan bersih yang tertinggi.

 

Maka, tidak hairanlah jika fenomena permasalahan hutang akan meningkat dalam kalangan orang Islam walaupun mereka peka berkenaan isu halal dan haram. Meskipun sebenarnya hutang mereka adalah halal, namun ianya tetap hutang dan jika bertambah, bahayanya tidak jauh berbeza dengan keadaan hutang haram.

 

Jika masyarakat kita mempunyai sikap konsumerisme yang tinggi, ia akan lebih mudah bagi sektor perbankan Islam mencapai strategi perniagaan untuk menambah jumlah masyarakat yang berhutang. Ini sudah tentu bertentangan dengan matlamat dakwah dan tarbiah Islam.

 

iv) Fenomena kahwin lambat

P

erkahwinan adalah antara aspek yang melibatkan kebendaan dan kepenggunaan. Soalnya, fenomena kahwin lambat ini berlaku kerana maqasid syariah yang sewajarnya tidak diutamakan.

 

Disebabkan terikut-ikut dengan budaya semasa dan sikap bermegah dalam mengatur majlis perkahwinan menyebabkan kos majlis menjadi terlalu mahal dan membebankan.

 

Ini termasuklah nilai hantaran yang melambung tinggi dan belanja perkahwinan yang melampaui kadar munasabah menyebabkan maqasid syariah untuk mencapai tujuan perkahwinan itu disyariatkan tidak tercapai. Sebagai jalan mudah untuk keluar dari masalah ini ialah dengan berhutang.

 

Antara faktor utama menyumbang kepada kahwin lambat ialah kestabilan. Selain itu, faktor kepentingan kerjaya yang berkait rapat dengan kebendaan turut mempengaruhi kahwin lewat. Sementara itu, 30 peratus daripada mereka yang belum berkahwin berpendapat kerjaya adalah segala-galanya.

 

Sedangkan dalam tuntutan perkahwinan, antara maqasid syariah yang dapat dikenal pasti ialah untuk mengelakkan gejala sosial selain membina zuriat Muslim bagi kelangsungan umat. Jika kahwin lambat jadi tren, pasti sukar memenuhi tujuan syarak tentang perkahwinan.

 

Cabaran mewujudkan halal living menuntut komitmen besar semua pihak dan  perkara penting  yang perlu diberi perhatian dalam usaha mewujudkan halal living:

§  Menyempurnakan misi kehambaan dan kekhalifahan sepanjang aktiviti kepenggunaan.

§  Menjadikan aktiviti kepenggunaan sehari-hari sebagai ibadah.

§  Memanfaatkan sumber kepenggunaan sebaik mungkin.

§  Menjalani gaya hidup sihat berdasarkan tingkat keperluan dan kemampuan.

§  Mengutamakan matlamat kepenggunaan jangka panjang berbanding jangka pendek.

§  Menggiatkan promosi halal living melalui proses bimbingan dan pendidikan.

§  Menggubal undang-undang mesra pengguna.

§  Menguatkuasakan akta dan undang-undang sedia ada.

 

 

Rumusan dan Kesimpulan

 

a.    Di peringkat pengguna: Pengguna berhak diberi perlindungan berikut:-

A.  Melindungi pengguna daripada bahaya kesihatan dan keselamatan.

B.  Melindungi kepentingan ekonomi pengguna.

C.  Menyalurkan maklumat dan penerangan yang mencukupi agar pengguna dapat buat keputusan secara bertanggungjawab.

D.  Memperoleh ganti rugi yang murah, efektif dan cepat.

E.  Mendidik pengguna secara meluas dalam isu kepenggunaan.

F.  Memelihara alam sekeliling pengguna

G.  Memberi kebebasan dan kesejahteraan kepada pengguna.

 

b.    Di peringkat agensi:

      I.     Penguatkuasaan undang-undang sedia ada dan pemantauan ketat Bank Negara terhadap institusi kewangan dalam soal pemberian pinjaman.

     II.     Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) harus berperanan lebih agresif dalam meningkatkan khidmat nasihat kewangan dan bantuan penstrukturan semula hutang dalam usaha menggalakkan pengurusan kewangan berhemat dan meningkatkan tahap celik kewangan.

   III.     AKPK juga perlu meneruskan usaha menganjurkan taklimat dan pameran di seluruh negara bagi pelbagai kumpulan sasar.

     IV.     AKPK perlu lebih dinamik dalam memberikan kaunseling kewangan kepada individu dan membantu penstrukturan bayaran balik hutang melalui Program Pengurusan Hutang.

 

c.    Lain-lainnya:

1.  Usaha perlu digiatkan untuk mendidik rakyat, umat Islam, khususnya untuk memiliki ilmu perancangan kewangan peribadi.

2.  Peranan sistem perbankan dalam ekonomi perlu diteruskan dengan urus tadbir yang baik, amalan pengurusan risiko yang berkesan dan pembiayaan yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem ekonomi negara keseluruhannya teguh dan mampan.

 

S

ebagai kesimpulan, kami ingin menyebutkan langkah utama ke arah memperkasakan masyarakat Islam dalam bidang ekonomi tidak seharusnya dilihat semata-mata dengan memperkukuhkan sektor perbankan Islam. Sebaliknya, kita juga harus menekankan aspek untuk merubah nilai masyarakat Islam supaya tidak terlampau mengejar kebendaan tetapi mengejar kejayaan akhirat dengan menambahkan ketakwaan mereka.

 

 


*Oleh Wartawan Sinar Harian, 23 September 2013

No comments

Mengurus harta mengikut syariah

Dari kiri, Naib Yang Dipertua I Persatuan Ulama Malaysia, Dr Fauzi Draman; Pengarah Urusan KMK, Datuk Hussamuddin Yaacob; Abdul Halim dan Timbalan Pengerusi KMK, Mohd Nasir Hamzah.


 

U

captama Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam seminar Maqasid Syariah, Isu-isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

 

Pengenalan Maqasid Al Syariah

S

ebelum membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini, kami bawakan pengenalan umum kepada maqasid al syariah itu sendiri supaya lebih jelas kepada kita. Para ulama terdahulu menyatakan maqasid al syariah dari sudut hasil dan tujuannya sahaja. Ini dapat dilihat seperti berikut:

  I.     Al Ghazzali menyatakan: ‘Matlamat syarak terhadap manusia ialah lima, iaitu penjagaan agama, diri, akal, keturunan dan harta.’

II.     Al Amidi menyatakan bahawa : ‘Matlamat dari pensyariatan hukum sama ada untuk mencapai kemaslahatan atau menolak kemudaratan ataupun kedua-duanya sekali.’

III.     Al Shatibi menyatakan bahawa: ‘Pentaklifan-pentaklifan syarak semuanya bertujuan memelihara matlamatnya terhadap manusia.’

 

Sesungguhnya maksud syarak terhadap sesuatu pensyariatan ialah mencapai kemaslahatan di akhirat dan di dunia.”

 

Maqasid al syariah terbahagi pula kepada dua iaitu masalah ammah dan masalah khassah. Masalah ammah terbahagi pula kepada lima yang utama, iaitu bertujuan untuk menjaga (al-hizf atau al-muhafazah) agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.

 

ALLAH telah menyediakan segala-galanya di alam ini untuk kemudahan manusia mentadbir dan memakmurkannya, yang antara lain, berupa harta. Justeru, tergolong di dalam kelompok istilah harta juga termasuk produk dan perkhidmatan yang dapat memberikan manfaat kepenggunaan kepada manusia untuk penambahbaikan taraf hidup mereka. Sehubungan itu, manusia disuruh berusaha mendapatkannya dan menjaganya agar dibelanjakan ke arah memakmurkan kehidupan ini dalam acuan yang dikehendaki ALLAH SWT.

 

Firman ALLAH: “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa ALLAH telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?.” (Surah Luqman,31:20)

 

Kehidupan yang sempurna bagi seseorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan, penguasaan dan kepenggunaan terhadap harta. Islam mengakui kepemilikan individu atas harta dan menghargainya. Lantaran itu, Islam melarang memperoleh harta melainkan dengan cara dan transaksi yang sah, baik dan saling redha-meredhai.

 

ALLAH berfirman: “Dan janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan jalan yang batil.” (Surah al-Baqarah, 2:188)

 

Untuk menyempurnakan perintah-perintah tersebut, Islam mensyariatkan akad-akad yang membolehkan perpindahan harta dan hak milik dengan cara berniaga, bekerja dan mewarisi. Bagi memastikan harta diperoleh dan diuruskan dengan baik, maka Islam turut menggariskan perkara-perkara berhubung:

a)  Panduan mencari rezeki atau harta yang halal

b)  Cara menafkahkan harta pada jalan yang disyariatkan

c)  Hak-hak ALLAH terhadap harta yang perlu ditunaikan

d)  Larangan memanfaatkan (makan, minum atau menggunakan harta secara batil)

 

Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Misalnya, syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba. Syariah Islam juga mengharamkan perjudian, rasuah dan penipuan dalam timbangan.

 

Syariah Islam turut menetapkan kaedah tersendiri membelanjakan harta seperti mewajibkan zakat kepada harta tertentu dan menggalakkan sedekah serta pemberian hadiah dalam keadaan tertentu.

 

Maqasid Syariah dan Kepenggunaan (harta)

K

epenggunaan dalam masyarakat Islam menjadi lebih cantik jika realitinya dapat dipakejkan bersama dengan mengawal aspek pengendalian dan pengurusan kewangan – sama ada berbentuk peribadi atau keluarga – bagi mewujudkan suasana kehidupan yang menepati maksud maqasid syariah, yang bukan saja berlegar dalam skop halal living tetapi juga dalam ufuk kehidupan lestari. Beberapa kriteria kepenggunaan yang perlu diteliti daripada perspektif Islam:

 

i)    Konsep pengguna

Hakikat kejadian manusia yang memiliki jasad, roh, hati, nafsu dan akal tidak boleh dinafikan. Justeru, jasmani dan kebendaan seperti harga dan kos barangan, serta perkhidmatan dan kehendak kerohanian seperti kebebasan, ketenangan dan keharmonian perlu diseimbangkan. Hanya kehendak yang tidak bertentangan dengan syarak dan memenuhi maqasid syariah wajar dituruti.

 

ii)    Konsep kepenggunaan dalam Islam

Kepenggunaan dalam Islam difahami sebagai aktiviti penggunaan barangan atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan manusia yang disyariatkan. Ia meliputi dua skop utama, iaitu penggunaan secara hakiki dan maknawi. Penggunaan secara hakiki merujuk kepada aktiviti mengguna fizikal barang secara langsung, sama ada secara pakai habis atau berterusan. Manakala, penggunaan secara maknawi pula merujuk aktiviti mengguna secara tidak langsung. Ia mampu mendedahkan seseorang kepada ancaman jika tidak dilindungi dan dibendung.

 

Kepenggunaan juga merujuk kepada sesuatu usaha menjamin kepentingan pengguna melalui pergerakan pengguna, penggubalan undang-undang, program pendidikan dan lain-lain.

 

Sejajar itu, perlindungan pengguna dalam Islam juga mencakupi dua bentuk perlindungan iaitu hakiki dan maknawi. Perlindungan hakiki menyentuh perihal melindungi pengguna daripada ancaman kerosakan, keselamatan dan penipuan daripada barangan dan perkhidmatan yang diperolehi. Perlindungan maknawi pula melindungi pelanggan daripada kesan penggunaan barangan dan perkhidmatan secara visual atau intelektual.

 

iii)    Falsafah kepenggunaan dalam Islam

Kepenggunaan dalam Islam bukan sekadar memenuhi keperluan individu saja tetapi lebih kepada memenuhi tanggungjawab diri untuk beribadat kepada ALLAH SWT. Dalam konteks ini, falsafah tauhid dalam kepenggunaan perlu mencakupi tiga dimensi utama iaitu:

§  Aqidah, syariah dan akhlak

§  Hubungan menegak dan mendatar

§  Kawalan dalaman dan luaran

 

iv)    Tingkat kepenggunaan dalam Islam

Kepenggunaan barangan dan perkhidmatan dalam kalangan pengguna Islam mempunyai tingkat tertentu yang ditetapkan iaitu:

o   Dharuriyyat (asas) iaitu keperluan asas manusia

o   Hajiyyat (keperluan) iaitu keperluan manusia bagi menghilangkan kesulitan

o   Tahsiniyyat (pelengkap) iaitu kemudahan yang memberi keselesaan dan memenuhi keperluan yang terdesak

 

v)    Matlamat kepenggunaan dalam Islam

Matlamat untuk mencapai kebaikan dan mengelak kerosakan di dunia dan akhirat. Selain itu, matlamatnya juga untuk mencapai kepuasan kerohanian yang seterusnya membawa keredhaan ALLAH.

 

vi)    Manhaj kepenggunaan dalam Islam

Tiga manhaj yang perlu dijadikan keutamaan sepanjang aktiviti penggunaan iaitu kepenggunaan sebagai ibadah, peraturan dalam kepenggunaan serta kepenggunaan dan kezuhudan.

 

 

Realiti Mewujudkan Kehidupan Lestari Mengikut Maqasid Syariah Tanpa Bebanan Hutang

 

i)    Perbankan menggalakkan hidup berhutang?

S

enario hari ini menunjukkan ramai umat Islam di Malaysia melibatkan diri dengan perkhidmatan kewangan yang dibekalkan oleh bank-bank Islam, terutama dalam perkara pinjaman atau berhutang. Persoalan yang timbul adakah kebajikan Islam dan umatnya dalam keadaan yang lebih baik akibat daripada pertumbuhan pesat sektor perbankan Islam dalam memudahkan urusan pinjam meminjam. Di samping bahaya berlakunya krisis kewangan akibat tahap hutang yang tinggi, banyak gejala sosial yang berlaku juga berkait rapat dengan masalah kadar hutang yang tinggi.

 

ii)  Hutang dari perspektif Islam

P

erspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28)

 

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH pun akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

 

Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:

 

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

 

Di dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: Ya ALLAH, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, “Apakah tuan menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?, “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat an-Nasaie, 2/316, Ahmad, 3/38, al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh az-Zahabi, menurut Albani: Dhaif)

 

Aktiviti berhutang dari perspektif Islam adalah aktiviti yang tidak baik dan perlu dijauhi kecuali dalam keadaan tersangat kesempitan. Namun, sekarang kita dapati industri perbankan amat menggalakkan budaya berhutang. Termasuk sektor perbankan Islam. Akibat aktiviti mereka yang ingin berkembang, tahap hutang masyarakat telah bertambah.

 

iii) Peningkatan hutang isi rumah di Malaysia

D

ata menunjukkan tahap dan tren hutang isi rumah di Malaysia sedang meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan Bank Negara, hutang isi rumah di negara kita telah meningkat selama 10 tahun berturut-turut pada kadar tahunan sebanyak 12.5 peratus pada Disember 2011. Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara adalah 76.6 peratus.

 

Malah, hampir 50 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai bebanan hutang. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan bersih yang tertinggi.

 

Maka, tidak hairanlah jika fenomena permasalahan hutang akan meningkat dalam kalangan orang Islam walaupun mereka peka berkenaan isu halal dan haram. Meskipun sebenarnya hutang mereka adalah halal, namun ianya tetap hutang dan jika bertambah, bahayanya tidak jauh berbeza dengan keadaan hutang haram.

 

Jika masyarakat kita mempunyai sikap konsumerisme yang tinggi, ia akan lebih mudah bagi sektor perbankan Islam mencapai strategi perniagaan untuk menambah jumlah masyarakat yang berhutang. Ini sudah tentu bertentangan dengan matlamat dakwah dan tarbiah Islam.

 

iv)  Fenomena kahwin lambat

P

erkahwinan adalah antara aspek yang melibatkan kebendaan dan kepenggunaan. Soalnya, fenomena kahwin lambat ini berlaku kerana maqasid syariah yang sewajarnya tidak diutamakan.

 

Disebabkan terikut-ikut dengan budaya semasa dan sikap bermegah dalam mengatur majlis perkahwinan menyebabkan kos majlis menjadi terlalu mahal dan membebankan. Ini termasuklah nilai hantaran yang melambung tinggi dan belanja perkahwinan yang melampaui kadar munasabah menyebabkan maqasid syariah untuk mencapai tujuan perkahwinan itu disyariatkan tidak tercapai. Sebagai jalan mudah untuk keluar dari masalah ini ialah dengan berhutang.

 

Antara faktor utama menyumbang kepada kahwin lambat ialah kestabilan. Selain itu, faktor kepentingan kerjaya yang berkait rapat dengan kebendaan turut mempengaruhi kahwin lewat. Sementara itu, 30 peratus daripada mereka yang belum berkahwin berpendapat kerjaya adalah segala-galanya.

 

Sedangkan dalam tuntutan perkahwinan, antara maqasid syariah yang dapat dikenal pasti ialah untuk mengelakkan gejala sosial selain membina zuriat Muslim bagi kelangsungan umat. Jika kahwin lambat jadi tren, pasti sukar memenuhi tujuan syarak tentang perkahwinan.

 

 

Cabaran Mewujudkan Kehidupan Halal Living

R

ealisasi mewujudkan halal living menuntut komitmen besar semua pihak. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam usaha mewujudkan halal living:

 

§  Menyempurnakan misi kehambaan dan kekhalifahan sepanjang aktiviti kepenggunaan

§  Menjadikan aktiviti kepenggunaan sehari-hari sebagai ibadah

§  Memanfaatkan sumber kepenggunaan sebaik mungkin

§  Menjalani gaya hidup sihat berdasarkan tingkat keperluan dan kemampuan

§  Mengutamakan matlamat kepenggunaan jangka panjang berbanding jangka pendek

§  Menggiatkan promosi halal living melalui proses bimbingan dan pendidikan

§  Menggubal undang-undang mesra pengguna

§  Menguatkuasakan akta dan undang-undang sedia ada

 

Rumusan dan Kesimpulan

 

a.    Di peringkat pengguna: Pengguna berhak diberi perlindungan berikut:

v    Melindungi pengguna daripada bahaya kesihatan dan keselamatan

v    Melindungi kepentingan ekonomi pengguna

v    Menyalurkan maklumat dan penerangan yang mencukupi agar pengguna dapat buat keputusan secara bertanggungjawab

v    Memperoleh ganti rugi yang murah, efektif dan cepat

v    Mendidik pengguna secara meluas dalam isu kepenggunaan

v    Memelihara alam sekeliling pengguna

v    Memberi kebebasan dan kesejahteraan kepada pengguna

 

b.    Di peringkat agensi:

ü  Penguatkuasaan undang-undang sedia ada dan pemantauan ketat Bank Negara terhadap institusi kewangan dalam soal pemberian pinjaman

ü  Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) harus berperanan lebih agresif dalam meningkatkan khidmat nasihat kewangan dan bantuan penstrukturan semula hutang dalam usaha menggalakkan pengurusan kewangan berhemat dan meningkatkan tahap celik kewangan.

ü  AKPK juga perlu meneruskan usaha menganjurkan taklimat dan pameran di seluruh negara bagi pelbagai kumpulan sasar.

ü  AKPK perlu lebih dinamik dalam memberikan kaunseling kewangan kepada individu dan membantu penstrukturan bayaran balik hutang melalui Program Pengurusan Hutang.

 

c.    Lain-lainnya:

      Usaha perlu digiatkan untuk mendidik rakyat, umat Islam, khususnya untuk memiliki ilmu perancangan kewangan peribadi.

      Peranan sistem perbankan dalam ekonomi perlu diteruskan dengan urus tadbir yang baik, amalan pengurusan risiko yang berkesan dan pembiayaan yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem ekonomi negara keseluruhannya teguh dan mampan.

 

Sebagai kesimpulan, kami ingin menyebutkan langkah utama ke arah memperkasakan masyarakat Islam dalam bidang ekonomi tidak seharusnya dilihat semata-mata dengan memperkukuhkan sektor perbankan Islam. Sebaliknya, kita juga harus menekankan aspek untuk merubah nilai masyarakat Islam supaya tidak terlampau mengejar kebendaan tetapi mengejar kejayaan akhirat dengan menambahkan ketakwaan mereka.

 


*Oleh Wartawan Sinar Harian, 22 September 2013

No comments

Thursday, 19 September 2013

Cara elak mengantuk waktu khutbah

S

etiap kali khutbah Jumaat disampaikan, pasti ada jemaah yang terangguk-angguk, bukan kerana khusyuk, tetapi mengantuk.

 

Pelik. Ramai yang payah lena walaupun atas tilam empuk, tapi masa khutbah, mudah sangat melayang ke alam impian.

 

Kata orang, yang buat jemaah mengantuk adalah syaitan yang bergayut di mata. Wallahualam!

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan ini mudah sahaja; tidak perlu tubuhkan jawatankuasa penyiasat pun untuk mengenal pasti kenapa jemaah boleh terlelap masa khutbah, sedangkan di majlis hiburan, ramai boleh tahan berjaga tengah malam.

 

Yang pastinya, selain daripada isu dalam khutbah, persembahan khatib memainkan peranan menjamin kesegaran pemikiran dan pendengaran jemaah.

 

Kalau khutbah menarik, isinya baru, intonasinya baik dan bahasa yang mudah difahami, siapa yang nak tidur?

 

Di surau Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, setiap Jumaat, sejak 10 Mei lalu, khutbah yang disampaikan tidak pernah membuat jemaah mengantuk.

 

Ada khatib dari Karangkraf sendiri, ada tiga empat ustaz diundang dari luar. Setiap khatib menyampaikan dengan bahasa mudah lagi menarik.

 

Jumaat lalu, Syed Norhisyam Tuan Padang, anak Terengganu, berkelulusan Ijazah Pengajian Islam, Universiti Sains dan Teknologi, Yaman,  menyampaikan khutbah.

 

Muda tapi penyampaiannya mantap. Beliau banyak pengalaman menyampaikan ceramah dan khutbah di banyak tempat, termasuk Singapura, Indonesia, Arab Saudi, Kemboja, Dubai dan Thailand.

 

Surau Karangkraf hari itu dipenuhi hampir 1,000 jemaah Jumaat itu, hingga 'melimpah' ke luar, dengan 95 peratus bawah usia 50 tahun. Memang kena dengan mesejnya yang menyentuh sekitar kehidupan era siber yang biasanya dialami anak muda.

 

Ramai yang terkelip-kelip, terkena batang hidung agaknya.

 

Ustaz Syed Norhisyam, tanpa membaca teks, mengupas isu-isu berkaitan takwa, haram halal dalam amalan hidup dan tabiat yang lagho (sia-sia).

 

Di zaman Nabi SAW, katanya, ada jemaah bermain dengan kerikil sambil dengar khutbah.

 

Kalau itu dianggap Nabi SAW sebagai sia-sia, apakah tabiat menghantar SMS dan membaca laman sosial, apa lagi bercakap, masa khutbah tidak lagho?

 

Doa yang beliau baca mengenai tanggungjawab ibu bapa pun cukup menusuk jiwa:-

·         Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali Mu;

·         Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menunaikan solat;

·         Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna;

·         Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka;

·         Jadikan mereka zuriat yang sentiasa rajin menunaikan solat;

·         Jadikanlah mereka zuriat yang menutup aurat dengan sempurna;

·         Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepadaMu;

·         Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur.

 

Yang beliau cerita dalam khutbah lebih kurang sama sahaja dengan yang pernah didengar dalam ceramah atau khutbah di banyak tempat lain. Apa yang berbeza adalah penyampaiannya yang meresapi jiwa, bahasanya yang mudah difahami dan intonasinya yang terkawal membuat apa yang diluahkan seolah-olah lain daripada lain.

 

Sebagai contoh mesej mudah, dalam satu ceramahnya, beliau menceritakan tentang kesilapan ibu bapa. Antara tabiat buruk yang dilakukan ibu bapa, katanya,  ialah 'bikin tidak serupa cakap'.

 

Mereka suruh anak solat, tetapi mereka tidak solat, mereka larang anak hisap rokok, tapi mereka suruh anak beli rokok, mereka ingatkan anak-anak jangan bergaduh, tapi suami isteri bergaduh depan anak-anak.

 

Inilah antara perkara, katanya, yang membuat anak-anak tertekan dan memberontak.

 

Balik kepada khutbah yang lalu. Ketika bilal iqamat, waktu menunjukkan pukul 2 petang, namun jemaah terus segar.

 

Semuanya kerana penyampaian khutbah yang mudah tapi menarik, bukan yang berat tapi tersekat-sekat.

 

Jadi saranan saya, lantiklah khatib yang berkemampuan, bukan yang terbukti tidak mampu menawan hati dan jiwa jemaah.

 

Jangan dikira sangat khatib itu orang 'sebelah sini' atau 'sebelah sana'. Yang penting mereka tidak politikkannya dan apa yang disampaikan beri kesan mendalam kepada  pendengar.

 

Khutbah Jumaat adalah perantaraan yang signifikan untuk sampaikan mesej berkesan kepada umat, apa lagi untuk yang ke masjid dan surau seminggu sekali, atau yang menunaikan solat secara bermusim.

 

 


*Oleh FARUSH KHAN, Sinar Harian, 18 September 2013

 

No comments

Mengambil wuduk sambil mandi shower

Soalan;

S

aya mandi shower, sambil mandi itu saya terus ambil wuduk. Adakah sah wuduk saya?

Jawapan;

S

ah ambil wuduk bersama mandi itu jika diratakan air ke seluruh anggota wuduk dengan niat wuduk dan mengikut tertib, iaitu bermula dengan membasuh muka, diikuti tangan ke siku dan seterusnya. Namun mengambil wuduk sebegitu makruh hukumnya kerana menyebabkan penggunaan air yang banyak (pembaziran).

 

Abdullah bin ‘Amru RA menceritakan; “Rasulullah SAW telah terserempak dengan Saad RA yang sedang mengambil wuduk (dengan menggunakan air yang banyak). Lantas baginda menegurnya; ‘Pembaziran apakah ini wahai Sa’ad?’. Sa’ad menjawab; ‘Apakah dalam mengambil wuduk juga dikira pembaziran?’. Rasulullah menjawab; ‘Ya! Sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir’.” (Musnad Imam Ahmad; 7065. Sunan Ibnu Majah; 425. Status hadis; dhaif).

 

*Sumber dari http://ilmudanulamak.blogspot.com

No comments

Tuesday, 17 September 2013

Amalan yang dapat menyakiti Iblis, amalkan...

Rasulullah: "Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

Iblis: "Aku merasa panas sejuk dan gementar. "

 

Rasulullah : "Kenapa? "

Iblis: " Sebab, setiap seorang hamba bersujud satu kali kepada Allah, Allah mengangkatnya satu darjat."

 


Rasulullah: " Jika seorang umatku berpuasa ? "

Iblis: " Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka. "

 


Rasulullah: " Jika ia berhaji?"

Iblis: " Aku seperti orang gila. "

 


Rasulullah: " Jika ia membaca Al- Qur'an? "

Iblis: "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api. "

 


Rasulullah: " Jika ia bersedekah? "

Iblis: " Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji . "

 

Rasulullah: " Mengapa boleh begitu? "

Iblis: " Sebab, dalam sedekah ada empat keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai , sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala musibah akan terhalau dari dirinya. "

 


Raulullah : "Apa yang dapat mematahkan pinggangmu? "

Iblis: " Suara kuda perang di jalan Allah."

 


Rasulullah: " Apa yang dapat melelehkan tubuhmu? "

Iblis: " Taubat orang yang bertaubat. "

 


Rasulullah: " Apa yang dapat membakar hatimu? "

Iblis: " Istighfar di waktu siang dan malam."

 


Rasulullah: " Apa yang dapat mencoreng wajahmu? "

Iblis: "Sedekah yang diam- diam."

 


Rasulullah: " Apa yang dapat menusuk matamu? "

Iblis: "Solat Fajar. "

 


Rasulullah: " Apa yang dapat memukul kepalamu? "

Iblis: "Solat berjemaah. "


Rasulullah: " Apa yang paling mengganggumu? "

Iblis: " Majlis para Ulama. "

 


Rasulullah: " Bagaimana cara makanmu? "

Iblis: " Dengan tangan kiri dan jariku. "

 


Rasulullah: " Di mana kau menaungi anak-anakmu di musim panas? "

Iblis: " Di bawah kuku manusia. "

 


Lalu Rasulullah bertanya: " Siapa temanmu wahai Iblis? "

Iblis menjawab: " Pemakan riba."

 


Rasulullah: " Siapa sahabatmu? "

Iblis: " Pezina. "

 


Rasulullah: " Siapa teman tidurmu? "

Iblis: " Pemabuk. "

 


Rasulullah: " Siapa tamumu? "

Iblis: " Pencuri. "

 


Rasulullah: " Siapa utusanmu? "

Iblis: "Tukang sihir. "

 


Rasulullah: " Apa yang membuatmu gembira? "

Iblis: " Bersumpah dengan cerai. "

 


Rasulullah: " Siapa kekasihmu? "

Iblis: "Orang yang meninggalkan solat Jumaat."

 


Rasulullah: " Siapa yang paling membahagiakanmu? "

Iblis: " Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja. "

 


D

iriwayatkan dari Ma'adz bin Jabal ra bahwa Ibnu Abbas ra Dikutip dari Syajaratul Kaun, doktrin tentang peribadi manusia pilihan, Muhammad SAW, yang ditulis oleh Asy -Syaikh Al-Akbar Muhyidin Ibnu Arabi Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Ali Al- Hatimi At - Tha'i Al - Andalusia ) ,

 

 

Wallahu a'lam.

 

No comments

Friday, 13 September 2013

Satu wuduk untuk berapa solat?

Soalan;

Berapa lamakah kita boleh masih berada dalam wuduk, selagi tidak melanggar perkara2 yg boleh membatalkan wuduk, bolehkah terus dari Zuhur ke Asar, atau Maghrib ke Isyak?

Jawapan;

Selagi tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk, selagi itu boleh mengerjakan solat dengan wuduk yang sama seberapa banyak solat sekalipun. Namun disunatkan memperbaharui wuduk setiap kali ingin mengerjakan solat fardhu kerana ia menjadi amalan Nabi SAW sebagaimana diceritakan oleh Anas bin Malik RA; "Nabi SAW mengambil wuduk setiap kali baginda mengerjakan solat (fardhu). Adapun kami, kami mengerjakan semua solat dengan wuduk yang sama selagi tidak berhadas" (Soheh al-Bukhari; 214. Jami' at-Tirmizi; 60).

 

Ada juga diriwayat Nabi SAW bersabda; "Sesiapa mengambil wuduk ketika dalam suci (tidak berhadas), Allah menulis untuknya 10 kebajikan." (Jami' at-Tirmizi; 59, dari Ibnu 'Umar RA. Status hadis; dhaif).

No comments