+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday, 9 May 2013

Menilai fakta, bukan menyebar dusta

      Agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah.

 

I

slam adalah satu-satunya agama yang diredai ALLAH SWT. Islam bukanlah milik mana-mana individu atau mana-mana kumpulan. Islam adalah hak milik ALLAH SWT. Oleh itu segala syariat dan isi kandungannya ditentukan oleh ALLAH Azza wa Jalla sendiri, Pemilik agama ini.

 

Tiada ruang untuk manusia yang terbatas akal fikiran dan kemampuannya untuk menentukan atau memutuskan walaupun sedikit apa-apa perkara yang berkaitan agama, kecuali dengan dipaksikan kepada hujah dan dalil yang kukuh.

 

Justeru, agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, apa saja hukum, pendapat dan fakta yang berkaitan agama mesti didirikan di atas dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

 

Mana-mana pendapat atau fakta yang dikaitkan dengan agama, tetapi tidak dibuktikan dengan hujah al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya tidak boleh disandarkan kepada agama, walaupun yang memberi pendapat dan fakta tersebut memakai pelbagai gelaran agama.

 

Biarpun yang memberi pendapat tersebut ustaz, tok guru, kadi hatta mufti, maka pendapatnya berhak untuk dinilai dan ditolak sekiranya tidak menepati al-Quran dan al-Sunnah.

 

Panduan al-Quran, al-Sunnah

 

A

l-Quran dan al-Sunnah telah menggariskan beberapa panduan umum dalam kita menerima dan menilai sesuatu fakta khasnya yang berkaitan agama dan berkenaan perkara lain secara umumnya.

 

Antaranya ialah seperti di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Surah al-Hujurat:6)

 

Oleh itu, bertitik tolak dari ayat ini, ahli sunnah wal jamaah menjadikan konsep al-tathabbut (mencari kepastian di dalam sesuatu perkara) sebagai asas utama dalam menilai sesuatu maklumat atau pun dalam menghukum orang lain.

 

Hal ini bertujuan agar kita tidak melakukan tokok tambah di dalam urusan agama; dan agar kita tidak menghukum orang lain secara zalim, tanpa bersandarkan fakta yang benar.

 

Imam al-Tabari ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan: “Apabila datang kepada kamu orang fasiq dengan sesuatu berita maka hendaklah kamu selidiki kesahihannya, pastikannya dan jangan tergesa-gesa dalam menerimanya.

 

Ini agar kamu tidak menuduh sesuatu kesalahan ke atas golongan yang tidak bersalah disebabkan kejahilan kamu”.(Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: taqrib wa tahzib (Damsyik: Dar al-Qalam), 7/33).

 

Maka dapat difahami bahawa sesiapa yang telah nyata dan pasti kefasiqannya, maklumat yang disampaikannya perlu ditolak. Al-Qadhi Abu Bakr ibn al-‘Arabi berkata: “Sesiapa yang pasti kefasiqannya maka batallah perkataannya (hilang kredibilti) di dalam menyampaikan berita.

 

Ini adalah ijma’. Sebabnya adalah berita itu suatu amanah dan kefasiqan pula adalah sebab yang membatalkannya al-‘Arabi, Ahkam al-Quran (Bierut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah), 4/147).

 

Prinsip lain yang diajarkan oleh al-Quran ialah seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH SWT; Sesungguhnya ALLAH SWT Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Hujurat: 12)

 

Dari ayat ini pula al-Quran mengajarkan bahawa, adalah menjadi kesalahan jika kita membuat hukuman berdasarkan sangkaan semata-mata. Oleh itu, untuk mengelakkan kita terjatuh di dalam kesalahan ini, maka konsep al-tathabbut merupakan langkah pertama yang mesti dilaksanakan.

 

Al-Sunnah juga telah memberikan beberapa panduan asas dalam kita memberikan pendapat, menerima atau menilai sesuatu fakta berkaitan agama. Antaranya Rasulullah memberikan amaran keras dan janji neraka bagi sesiapa yang menyandarkan kepada Baginda  apa-apa yang tidak dikatakan Baginda. Perbuatan ini merupakan pendustaan terhadap agama dengan menyandarkannya kepada Rasulullah.

 

Sekali gus ia dikira melakukan pendustaan dengan menggunakan nama Rasulullah, dan ia merupakan jenayah di dalam agama yang amat besar. Maka, memang layak mereka ini dijanjikan neraka.

 

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

 

Di dalam hadis lain, Rasulullah SAW melarang kita untuk menyampaikan semua cerita yang kita dengar tanpa diselidiki terlebih dahulu. Bahkan, perbuatan seperti ini termasuk sebahagian daripada pendustaan. “Cukuplah seseorang itu berdusta dengan dia menceritakan setiap apa yang dia dengar”. (Riwayat Muslim)

 

Tidak taklid buta, ikut dalil

 

S

ering kali disebutkan bahawa agama Islam tertegak di atas dalil dan hujah yang sahih. Kita boleh mendengar tentang agama ini daripada siapa sahaja kerana hari ini ramai orang dari pelbagai profesion suka untuk bercakap tentang agama. Tetapi biar siapa pun yang bercakap, biar siapa pun yang mengulas, namun yang kita terima, pegang dan amalkan ialah percakapan yang disertai dengan dalil yang sahih.

 

Oleh itu, setiap orang berhak untuk kita nilai, terima dan tolak pendapatnya kecuali kata-kata Rasulullah yang sahih. Jangan latih diri kita hanya mengikut sahaja secara membabi buta, tetapi sentiasalah bertanya mana dalil dan juga fakta. Agama ini bukan milik datuk nenek kita, tapi milik Yang Maha Mencipta. Jangan pekakkan telinga, bukalah mata, untuk melihat kebenaran yang nyata.

 

Manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri padaNya semata-mata. Pengabdian ini mestilah ditunaikan sepertimana yang dikehendaki oleh Yang Maha Mencipta. Tiada siapa di kalangan manusia ini mengetahui apakah dan bagaimanakah kehendak ALLAH SWT terhadap makhluknya, kecuali seorang manusia biasa yang disampaikan wahyu kepadanya, Muhammad SAW. Tiada jalan lain untuk memenuhi kehendak Ilahi kecuali hanya dengan mengikuti jejak langkah Nabi ini.

 

Rasulullah telah pun wafat. Apa yang ditinggalkan hanyalah al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan syariat. Kewafatan Baginda bukti bahawa telah sempurna agama ini untuk ikutan umat. Usah berdalih lagi, hanya patuh dan juga taat. Nilailah setiap fakta supaya kita menjadi penyebar dusta

 


* Oleh ABD RAZAK MUTHALIB, Sinar Harian, 10 Mei 2013

* Penulis ialah pensyarah di International Islamic College.

No comments

Wednesday, 8 May 2013

Fakta PRU-13 :: Jumlah Undi

BN mendapat 5,237,699 undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang mengumpulkan 5,623,984 undi.

 

Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP itu juga mengalahkan BN dalam undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti itu (BN) yang mendapat 4,513,977 undi.

 

 

No comments

Tuesday, 7 May 2013

PM - PAS - PR

PM

·         Mengapa najib mengata berlaku tsunami perkauman 'tsunami cina'?, tidakkah terfikir olehnya sebab mengapa keputusan ini berlaku!

·         Ini menunjukkan masyarakat cina lebih berani dari melayu dalam membuat keputusan politik!

·         Mengapa najib sebagai Perdana Menteri mempamirkan sikap PERKAUMAN?, padahal dia adalah PM kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan politik!

·         UMNO, MCA, MIC adalah parti berasaskan kaum = racis!

PAS - PR

·         Pas jangan tamak kuasa, tolong muhasabah diri, sudah 2 buah negeri terlepas,

·         Pas banyak krisis dalaman yang kecil, tetapi membesar apabila dikumpulkan.

·         Tolong jangan keluarkan lagi perkataan KERAjaan PERPADUANG.

·         Pemimpin Umno sudah menuduh PAS adalah parti ajaran sesat, mengapa nak bersatu dengan orang sesat?

·         di selangor, pas tolong jangan gila kuasa, tolong berbincang elok-elok dengan sahabat, MB yang lepas sudah elok pentadbirannya, Pas boleh sokong dia sebab tidak bercanggah dengan islam.

·         Pas jangan melatah dengan batu api kat luar sana.

No comments

Wednesday, 1 May 2013

72% sokong hukum syariah

S

atu kajian terbaru yang dijalankan Pusat Kajian Pew menunjukkan 72 peratus penduduk Islam Indonesia menyokong pelaksanaan undang-undang syariah di negara itu jika diberi pilihan.

 

Kajian itu yang memberi tumpuan pada 39 negara dan membabitkan 38,000 responden mendapati sebahagian besar Muslim, penganut agama kedua terbesar dunia mahukan agama itu bukan setakat membentuk kehidupan peribadi mereka tetapi juga interaksi sosial dan politik mereka.

 

Menurut Buku Fakta Dunia CIA, Indonesia didiami oleh 216 juta penganut Islam atau 86.1 peratus daripada populasi penduduk negara itu, menjadikannya negara paling ramai penduduk Islam di dunia.

 

Kebanyakan Muslim percaya undang-undang Islam adalah ketetapan Allah, bukan dicipta oleh manusia berdasarkan firman Allah,” menurut laporan itu.

 

Di Indonesia, separuh daripada mereka yang menyokong pelaksanaan hukuman itu berkata, ia perlu dikuatkuasakan kepada penduduk Islam dan juga bukan Islam dan hanya 18 peratus percaya bahawa mereka yang murtad perlu dihukum mati.

Dalam pada itu, 81 peratus menyatakan, seorang wanita perlu diberi kebebasan untuk menutup aurat, khususnya rambut.

 

Dalam pada itu, 45 peratus responden yang bersetuju terhadap pelaksanaan syariah berpendapat hukuman potong tangan kerana mencuri tidak wajar dilaksanakan.

 

Seorang penyelidik kanan di Institut Untuk Demokrasi dan Keamanan Setara, Ismail Hasani bagaimanapun sangsi mengenai hasil kajian Pew itu.

 

Menurutnya, meskipun kajian dilakukan oleh sebuah pertubuhan berprestij, beliau yakin ia tidak mewakili pendapat rakyat Indonesia.

 

No comments

Monday, 29 April 2013

Alkisah seekor kuda.

K

uda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…

 

Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur jika Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…

 

Pencipta membalas, “Saya sedia menjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”

 

Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…

 

Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat…

 

30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…

 

Kuda terkejut… siapa unta itu?

 

Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”

 

Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”

 

Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”

 

Pencipta itu menjawab: “Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.

 

Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”

 

Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.

 

Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…

 

 

Senyum

 

 

* Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Harakahdaily, 16 Jamadil Akhir 1434 H.

No comments

Thursday, 25 April 2013

Pemimpin

S

irah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

 

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata :

 

“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

 

 

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:

 

“Dari mana diperolehi ini?”.

"Daripada unta yang kita sembelih hari ini".

 

Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

 


* Sedutan sebahagian dari Artikel "Bingkisan Perjalanan Buat Yang Demam ‘Kuasa’", oleh Dr. MAZA

No comments

Wajib pakaian Islam setiap Jumaat

Jakarta, 25 April 2013 - Pentadbiran Tangerang Selatan akan mewajibkan semua penjawat awam beragama Islam memakai pakaian Islam pada hari Jumaat bagi mengiktiraf apa yang dikatakan datuk bandar sebagai identiti keagamaan di perbandaran itu.

 

Kami sudah lama bercadang untuk mewajibkan semua penjawat awam muslim memakai pakaian Islam setiap Jumaat agar suasana keagamaan majlis perbandaran dapat dilaksanakan di semua pejabat pentadbiran,” kata Datuk Bandar Airin Rachmi Diany semalam.

 

 

Tangerang Selatan mendakwa ia pentingkan agama tetapi bukti apa yang kita ada bagi menunjukkan kepada pelawat yang dapat menyokong kenyataan itu?,” katanya.

 

Airin berkata, penjawat awam bukan Islam akan dikecualikan daripada polisi itu dan setiauasa majlis perbandaran Dudung S Direja masih menjalankan penyelidikan sebelum pelaksanaannya.

 

Menurutnya, penjawat awam lelaki perlu memakai baju koko (berkolar tinggi serta berlengan panjang) dan songkok, manakala kakitangan wanita perlu mengenakan tudung, baju kurung merah dan skirt labuh putih atau seluar panjang putih. Bagaimanapun, kakitangan bebas memilih gaya atau stail yang selesa dengan mereka.

 

“Kebanyakan penjawat awam wanita di sini sudah pun memakai pakaian Islam setiap hari, malah, sebelum polisi itu dilaksanakan. Jadi, saya tidak rasa ada bantahan terhadap polisi itu selagi ia bertujuan baik,” katanya. - Jakarta Post

No comments