+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday 19 June 2014

Kajian Terbaru: Hafal Al-Quran Mencegah Pelbagai Penyakit

Sebuah kajian terbaru membuktikan semakin seseorang menghafal Al-Quran Al-Karim, maka semakin bertambah baik kesihatan. Dr. Soleh Bin Ibrahim As-Shani', pensyarah psikologi di Universiti Al-Imam bin Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, meneliti dua kumpulan responden iaitu mahasiswa Universiti King Abdul Abdul Aziz yang jumlahnya 170 responden, dan kumpulan mahasis Al-Imam Asy -Syathibi yang juga berjumlah 170 responden.
 
 
Penyelidik mendefinisikan kesihatan psikologi sebagai keadaan di mana berlaku keselarasan psikologi individu daripada tiga faktor utama: agama, spiritual, sosiologis dan jasmani. Untuk mengukurnya, penyelidik menggunakan parameter kesihatan psikologinya Sulaiman Duwairiat, yang terdiri daripada 60 unit.
 
Kajian ini mendapati adanya korelasi positif antara peningkatan kadar hafalan dengan tahap kesihatan psikologi dan mahasiswa yang unggul di bidang hafalan Al-Quran itu mempunyai tahap kesihatan psikologi dengan perbezaan yang sangat jelas.
 
Ada lebih dari tujuh puluh kajian, baik Islam atau barat, semuanya menegaskan kepentingan agama dalam meningkatkan kesihatan psikologi seseorang, kematangan dan ketenangannya. Sebagaimana kajian-kajian yang telah dibuat di Arab Saudi dan hasilnya menunjukkan peranan Al-Quran Al-Karim dapat meningkatkan kemahiran asas pelajar-pelajar sekolah rendah dan pengaruh yang positif dari hafalan Al-Quran untuk mencapai IP yang tinggi bagi mahasiswa.
 
Kajian tersebut memberi gambaran yang jelas tentang hubungan antara keberagamaan dengan pelbagai bentuknya terutama menghafal Al-Quran Al-Karim dan pengaruh-pengaruhnya terhadap kesihatan fizikal individu dan keperibadian berbanding dengan individu-individu yang tidak disiplin dengan ajaran-ajaran agama atau tidak menghafal Al-Quran, sedikit atau seluruhnya.
 
 
Komen terhadap Kajian:
Setiap orang yang menghafal sebahagian dari Al-Quran dan mendengar bacaan Al-Quran secara berterusan itu pasti merasakan perubahan yang besar dalam hidupnya. Hafalan Al-Quran juga berpengaruh pada kesihatan fizikalnya. Melalui pengalaman dan pengamatan, dapat dipastikan bahawa hafalan Al-Quran dapat meningkatkan sistem imun tubuh pada seseorang dan membantu melindungi dari pelbagai penyakit.
 
Berikut adalah manfaat-manfaat hafalan Al-Quran,
  1. Fikiran yang jernih.
  2. Kekuatan memori.
  3. Ketenangan dan kestabilan psikologi.
  4. Senang dan bahagia.
  5. Bebas dari perasaan takut, sedih dan cemas.
  6. Mampu bercakap di depan awam.
  7. Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan dari orang lain.
  8. Terbebas dari penyakit akut (acute illness).
  9. Dapat meningkatkan IQ.
  10. Memiliki kekuatan dan ketenangan psikilogis.
Kerana itu Allah berfirman,
"Sebenarnya, Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. " (QS Al-'Ankabut [29]: 49)
Ini adalah sebahagian dari manfaat di dunia. Ada manfaat-manfaat yang jauh lebih besar di akhirat, iaitu kebahagiaan ketika berjumpa dengan Allah, memperolehi keredhaan dan nikmat yang abadi, mendapatkan tempat dekat kekasih mulia Muhammad Saw.
 
 

* Sumber diambil dari Detik Islam yang diterjemahkan dari sumber eramuslim.com
No comments

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu "terima kasih" dan "maaf". Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.
 
Mengucapkan 'maaf' mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
 
Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata 'maaf' dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
 
 
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
 
Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.
 
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
 
Jadi, sayangilah pasangan kalian. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.
No comments

Tahap Rasulullah SAW Berlapar dan Hikmahnya

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Tarmidzi dari Nu'man bin Basyir r.a bahawa ia berkata
"Bukankah kamu sekarang boleh hidup bermewah-mewah dengan makan dan minum, apa saja yang kamu mahu, kamu mendapatkannya. Aku pernah melihat Rasulullah Muhammad SAW hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!"
Atau ada kisah juga seperti berikut ini.
Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a menyebut apa-apa yang boleh dinikmati manusia sekarang ini dari dunia. Maka dia berkata
"Aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Pernah juga kisah yang lain datang dari sahabat Abu Hurairah r.a , ia berkata
"Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang solat sambil duduk, maka akupun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu solat sambil duduk, apakah engkau sakit?  jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia."
Subhanallah, inilah teladan agung dari seorang pemimpin yang harus menjadi contoh bagi kita semua.
 
 

Nota :
Apa yang Rasulullah SAW lakukan akan membuktikan Baginda memiliki kedudukan tertinggi, tiada lagi insan yang lebih lapar dan bersabar demi menunaikan Perintah ALLAH SWT. Insan lain tidak boleh menjadikan alasan miskin dan susah sebagai batu loncatan untuk meninggalkan perintah ALLAH SWT seperti berpuasa kerana Rasulullah SAW lebih kuat kesabaran dan lapar tetapi tetap menjunjung Perintah ALLAH SWT.
 
Walaupun sedemikian kehidupan Rasulullah SAW, namun umat Baginda adalah juara makan, sehingga mengadakan pertandingan makan dan sebagainya.
 
Bayangkan jika Rasulullah SAW hidup seperti kita dan Rasulullah SAW memilih Al Khamr semasa ALLAH SWT meminta Rasulullah SAW memilih di antara Susu dan Al Khamr di saat Israk dan Mikraj. Al-Hamdulillah, Rasulullah SAW memilih Susu, tetapi kini umat Baginda lebih berani daripada Baginda dan telah menukar Susu kepada Arak (Al Khamr)  dan Lemak Khinzir  dalam makanan mereka seharian.
 
Nauzubillah Min Zalik.
 
 

* Sumber 2 dari Detik Islam
No comments

Selfie: Dunia kena lihat aku

SELFIE, iaitu mengambil gambar sendiri menggunakan telefon bimbit, telah dilarang oleh University of South Florida semasa konvo mengambil diploma. Kalau dibenarkan, sudah tentu setiap graduan akan asyik berselfie di atas pentas tanpa memikirkan graduan-graduan lain yang masih menunggu giliran naik pentas kerana DUNIA KENA LIHAT AKU.
 
Semasa menghadiri majlis jenazah Nelson Mandela, Obama berselfie dengan rakan-rakannya. Kelihatan Obama tersenyum riang dalam posenya sambil memegang telefon bimbit sendiri. Selfielogi bukan lagi satu seni kelakuan. Ia sudah menjadi satu ideologi, budaya dan ritual yang paling popular. Perkataan selfie adalah perkataan baru dimasukkan ke kamus bahasa Inggeris dan Oxford University Press telah menobatnya sebagai perkataan paling banyak digunakan pada tahun 2013.
 
Untuk menjadi penganut selfielogi, AKU kena fikir bahawa DUNIA KENA LIHAT AKU. Akulah hero dunia.
 
Walaupun suasana sekeliling meratapi kematian Nelson Mandela, DUNIA KENA LIHAT AKU. Walaupun graduan-graduan menunggu giliran mengambil diploma, sekarang adalah giliran AKU di pentas. DUNIA KENA LIHAT AKU. Biar mereka yang lain tunggu lama, yang paling utama ialah gambar selfie AKU.
 
Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pada tahun 2013, sepasang suami isteri bercerai setiap 10 minit. Sebab cerai? AKU adalah suami. AKU adalah isteri. DUNIA KENA LIHAT AKU, dengar AKU, tekan like pada Instagram AKU. Keluar makan bersama dengan keluarga maknanya ialah setiap ahli keluarga bersama-sama asyik melayari internet dengan telefon bimbit masing-masing. Seorang ahli keluarga mungkin terpaksa berWhatsapp dengan ahli keluarga yang lain walaupun mereka duduk semeja!
 
Seorang agamawan memberitahu pengikut-pengikutnya, "Bersalamanlah dengan orang yang bersalaman dengan Nabi, nescaya kamu masuk syurga. Maka, bersalamanlah dengan AKU. Dunia kena bersalaman dengan AKU. DUNIA KENA LIHAT AKU."
 
Seorang agamawan yang lain pula giat memperjuangkan konsep wala'. Pengikut yang beriman mesti wala' pada pemimpin agama. Kebetulan agamawan ini adalah seorang pemimpin agama. Wala'lah pada AKU. DUNIA KENA LIHAT AKU.
 
Terdengar suara segolongan kecil ustaz, "Apa jasa kau kepada negara sehingga kau pula yang layak mendapat keistimewaan-keistimewaan yang begitu banyak, sehingga kau jadi kaya-raya? Kau bukan beragama Islam pun. Aku beragama Islam. DUNIA KENA LIHAT AKU. Dunia kena iktiraf jasa-jasa AKU. Dunia kena hormati AKU."
 
Terdengar juga suara-suara yang tak puas hati dengan kenyataan ustaz-ustaz di atas, "AKU bayar cukai. Kau bayar dengan air liur sahaja. DUNIA KENA LIHAT AKU. AKU bayar kau untuk iktiraf jasa-jasa AKU."
 
Mengapa perlu mengetengahkan isu hudud sekarang? Kerana AKU dah bersedia untuk melaksanakannya sekarang. Sama ada kau faham atau tidak, sama ada kau bersedia atau tidak, kita boleh berbincang kemudian.
 
Yang lebih penting ialah AKU nak berselfie sekarang. DUNIA KENA LIHAT AKU. Hudud adalah undang-undang Tuhan. AKUlah pembelanya dan inilah perspektif AKU, pelan AKU, keyakinan AKU, draf undang-undang AKU.
 
AKU post, kau tekan like je! Jangan banyak soal."
 
Hudud bertentangan dengan Malaysian Dream. Apa itu Malaysian Dream? Itu mimpi AKU. AKU bermimpi bahawa semua agama adalah benar seolah-olah AKU pula yang menjadi tuhan kerana hanya AKU layak menghukum apa yang benar dan apa yang salah.
 
Kalau kamu kata hanya satu agama yang benar, AKU hukum kamu salah. Kalau kamu kata semua agama adalah benar, AKU hukum kamu benar. Itulah sebab DUNIA KENA LIHAT AKU, dengar AKU, iktiraf mimpi AKU. Malaysia hanya mampu menjadi negara maju jika mimpi AKU menjadi 'rukun iman' semua.
 
Seorang lelaki berselfie dan sambil melihat dirinya, dia berkata, "AKU terperangkap dalam jasad ini. Perasaan AKU adalah wanita. AKU adalah gay kerana AKU rasa AKU adalah gay walaupun tuhan sudah menciptakan AKU sebagai lelaki. Tetapi hakikatnya apabila AKU berselfie, AKU tak nampak tuhan. AKU hanya nampak AKU."
 
 
 

* Oleh Xifu Naser (Abdul Naser Abdul Rahman) ialah tokoh pendakwah Perak, Sinar Harian, 20 Jun 2014
No comments

Thursday 12 June 2014

Salah guna logo halal: Denda RM1 juta- RM5 juta

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2014 - Individu yang didapati menyalahgunakan logo halal pada produk mereka berdepan dengan denda RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, manakala syarikat pula boleh didenda tidak kurang RM5 juta.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata perkara itu diperuntuk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
 
"Sebenarnya yang tetapkan barangan halal ataupun tidak halal itu tanggungjawab Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia), namun jika produk itu tidak halal tetapi dicetak logo halal pada pembungkusannya maka pengeluar akan didakwa menurut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai produk 'Bihun Istimewa Cap Masjid' keluaran sebuah kilang di sini yang mengguna pakai logo halal pada pembungkusannnya sedangkan syarikat tidak mempunyai pensijilan halal Jakim.
 
Isu itu terbongkar susulan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun yang dibuat dalam keadaan kotor dan jijik menerusi laman sosial.
 
Sementara itu, mengulas barangan kawalan sempena Aidilfitri, Hasan berkata pihaknya sedang meneliti senarai barangan yang berkenaan.
 
"Kami akan umumkan secepat mungkin selepas senarai dimuktamadkan," katanya yang ditemui selepas  melancarkan buku 'Patent Drafting Manual for Beginners' yang diterbitkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). - Bernama
 
No comments

Wednesday 11 June 2014

Selamatkan Lidahmu

Suatu  hari  seorang  lelaki  datang  kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah!  Sungguh  si fulanah  itu terkenal  banyak sembahyang,  puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ".
 
Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".
 
Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah  menyakiti tetangganya."
 
Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "
(HR.Muslim) .
 

Kisah dalam hadis tersebut memberi pelajaran akan bahaya lidah. Betapa jika tidak dikawal iman, lidah boleh menjerumuskan ke dalam neraka. Walaupun seseorang itu ahli ibadah, banyak solat, puasa, akan tetapi apabila tidak mampu menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong dan hasad - amalannya tersebut sia-sia.
 
Oleh sebab itu, lidah boleh menjadi media taat kepada Allah, dan boleh pula untuk memuaskan hawa nafsu. Lidah boleh digunakan untuk membaca al-Quran, hadis dan menasihati, lidah juga berubah  seperti  layaknya  penyalaan  api.  Memfitnah,  bersaksi  palsu, ghibah, namimah, dan memecah  belah  umat.  Jika  seperti  ini  seberapa  banyak  pun  ibadah  kita tak ada gunanya, semuanya gugur gara-gara lidah yang lancang.  
 
Rasulullah  SAW  memberi  amaran, bahawa bahaya lidah adalah salah satu perkara yang paling beliau khuatirkan. Sebabnya, semua amal akan berguguran jika lidah kita jahat.
 

Suatu kali salah seorang sahabat Sufyan al-Thaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, katakan kepadaku  tentang  satu  perkara  yang  aku  akan  berpegang   dengannya!" 
 
Beliau  menjawab: "Katakanlah,  Tuhanku   adalah   Allah , lalu  istiqomahlah". 
 
Aku  berkata:  " Wahai  Rasulullah, apakah  yang  paling  anda  khuatirkan  atasku? ".
 
Beliau  memegang  lidah  beliau  sendiri, lalu bersabda: " Ini . "
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

 
Antara kejahatan lidah adalah lidah yang banyak bicara dengan kebatilan. Jenayah lidah memang boleh  setajam  pedang.  Jika  kita tidak berhati-hati menggunakannya, maka ketajamannya boleh menumpahkan darah, sebagaimana pedang menusuk tubuh manusia. Boleh juga lidah itu menjadikan 'api' yang membakar semakin besar.
 
Imam Abu 'Ali Ad-Daqqaq pernah mengatakan: "Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu."
 
Gara-gara lidah, seseorang terjebak masuk ke neraka.  Menjadi hamba  yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita boleh menjadi hamba yang muflis (muflis).
 
Rasulullah SAW bersabda:
" Orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain . "
(HR.Muslim)
Oleh sebab itu, jika kita tidak tahu terhadap suatu persoalan sebaiknya diam terlebih dahulu sebelum  mendapatkan  jawapan  dari  ahlu  dzikri (orang yang ahli/mengetahui). Jika tidak, ucapan kita yang tidak berdasarkan ilmu itu boleh menyesatkan.
 
Rasulullah SAW bersabda:
" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam . "
(HR. Bukhari Muslim).
Lebih baik diam jika dihadapkan terhadap persoalan yang belum kita ketahui. Firman Allah SWT :
"Janganlah kamu bersikap terhadap sesuatu yang kamu tidak ketahui."
(al-Isra ': 36).
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang paling jelek akhlaknya, orang yang banyak bicara, orang yang bercakap dengan mulut yang dibuat-buat (mereka-reka cerita) dan orang yang sombong . "
(Jami 'al-Shaghir).
 
Kesimpulannya, berhati-hatilah semoga Allah selamatkan lidah dan jari jemari kita daripada segala fitnah di luar sana.
 
Amin.
 
 

From: Fairlady Shania [ fairlady.shania@yahoo.com / fairlady.shania@gmail.com ]
Sent: Monday, July 11, 2011 12:47 AM
Subject: [Mahligai] ~~~Selamatkan Lidah~~~
 
No comments

Bashar al-Assad dahului senarai penjenayah perang

GENEVA, 11 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad menduduki tempat teratas dalam satu senarai 20 individu yang akan didakwa terbabit dengan jenayah perang melibatkan pegawai kerajaan dan pemberontak yang dirangka pakar pendakwaan, kata seorang bekas pendakwa raya jenayah perang antarabangsa, semalam.
Senarai itu telah dihantar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyebut setiap kejadian membabitkan pencabulan secara khusus piagam Rom di mana seseorang suspek itu boleh didakwa di ICC, menurut David Crane, seorang bekas ketua pendakwa raya Mahkamah Khas bagi Sierra Leone dan kini mengetuai Projek Akauntabiliti bagi Syria.
 
Satu pasukan penyiasat berasingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan empat senarai sulit suspek jenayah perang daripada semua pihak di Syria, namun enggan mendedahkan nama mereka yang terlibat.
 
Crane berkata, senarai itu disusun oleh kumpulannya yang terdiri daripada mereka yang pakar termasuk beberapa anggota tentera Syria dan anggota politik elit serta kumpulan pemberontak Islam ISIS dan barisan al-Nusra, walaupun dia tidak memberikan nama lain selain Assad.
 
"Kita mempunyai kira-kira 20 dakwaan membabitkan mereka yang paling bertanggungjawab. Ini merupakan satu usaha berkecuali. Kami bukan hanya mengejar Assad dan orang kanannya, kami sebenarnya mendokumenkan semua kejadian jenayah perang daripada kedua-dua pihak," kata Crane kepada Reuters.
 
Crane berkata demikian selepas mengambil bahagian dalam satu perbincangan panel mengenai penderaan dan jenayah lain yang dilakukan di pusat-pusat tahanan semasa perang saudara di Syria yang bermula dengan demonstrasi aman anti-Assad pada Mac 2011.
 
Beberapa imej yang dirakamkan oleh seorang jurugambar polis tentera Syria yang diterbitkan pada Januari lalu menunjukkan berlaku penyeksaan yang sistematik dan pembunuhan kira-kira 11,000 tahanan yang menyamai kem maut Nazi, kata beberapa bekas pendakwa raya termasuk Crane.
 
Crane yang merupakan seorang profesor di Kolej Universiti Undang-Undang Syracuse di New York, Amerika Syarikat, melancarkan Projek Akauntabiliti bagi Syria pada 2011 untuk mendokumenkan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh semua pihak dalam konflik di Syria.
 
Ia kini mempunyai 1,400 muka surat membabitkan dakwaan yang boleh dipercayai, dengan tarikh, tempat dan jumlah mereka yang disyaki terlibat melakukan jenayah, katanya. - Reuters
 
 
No comments

Ireland negara paling Islamik

LONDON, 11 Jun - Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam Indeks Keislaman berbanding negara-negara Kerjasama Pertubuhan Islam (OIC) lain berdasarkan kajian yang dijalankan oleh dua ahli akademik dari Universiti George Washington, Amerika Syarikat.
 
Kajian yang mengambil kira faktor negara-negara yang berpegang teguh kepada nilai-nilai ajaran al-Quran itu meletakkan Malaysia di tangga ke-33 berbanding negara-negara OIC lain seperti Arab Saudi dan Qatar, yang masing-masing berada pada kedudukan ke-93 dan ke-111.
 
Tidak ada sebuah pun negara yang majoriti penduduknya beragama Islam berada pada kedudukan 50 teratas, melainkan Malaysia serta Kuwait yang berada di tangga ke-42.
 
Malah yang menarik perhatian tentang Indeks Keislaman itu, Israel berada di tangga ke-27, manakala Singapura di tangga ke-8.
 
Menurut BBC, kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Perniagaan Antarabangsa Universiti George Washington, Profesor Hossein Askari dan rakannya, Scheherazade S. Rehman itu mengesan bagaimana negara-negara di dunia mengaplikasikan pengajaran al-Quran dalam kehidupan bermasyarakat.
 
Hossein yang merupakan ahli akademik kelahiran Iran berkata, Indeks Keislaman itu meletakkan Ireland pada kedudukan pertama negara paling berpegang teguh kepada ajaran al-Quran, diikuti Denmark, Sweden dan United Kingdom.
 
"Kami melihat sama ada benar atau tidak negara-negara itu buat apa yang sepatutnya mereka buat. Kami turut melihat pada faktor tadbir urus, politik dan hak asasi manusia serta hubungan antarabangsa, katanya.
 
Hossein berkata, faktor utama negara-negara Islam mendapat kedudukan terendah dalam indeks itu adalah disebabkan tadbir urus negara-negara berkenaan yang menjadikan agama sebagai alat untuk berkuasa.
 
Al-Quran mengajar kemakmuran ekonomi adalah perkara yang baik untuk masyarakat, namun laporan Hossein mendapati, kemakmuran tidak menjadi perkara yang diutamakan oleh kebanyakan negara Islam.
 
Pada November lalu, Hossein berkata, perlu diberi penekanan bahawa kebanyakan negara yang mengaku mengamalkan ajaran Islam dan digelar sebagai negara Islam tidak melaksanakan keadilan, mengamalkan rasuah, serta mundur dan pada hakikatnya tidak sebenar-benar mengamalkan Islam. – AFP
 
 

 
London, 11 Jun - Seorang ahli akademik Amerika Syarikat kelahiran Iran menganggap Ireland negara paling Islamik di dunia.
 
Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) baru-baru ini, Profesor Perdagangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti George Washington, Profesor Hossein Askari itu berkata, Denmark, Sweden dan United Kingdom menyusuli Ireland.
 
Menurut Hossein, kajian yang dilakukan bersama rakannya Dr Scheherazde S Rehman juga mendapati Israel berada di tangga ke-27 senarai negara yang melaksanakan nilai yang terdapat dalam al-Quran, berbanding negara yang ramai penduduk Islam.
 
Tidak ada satu pun negara yang mempunyai majoriti penganut Islam berada di 25 tempat teratas senarai itu dan tidak ada negara Arab termasuk dalam senarai 50 teratas.
 
Katanya, apabila 'indeks keislaman' mereka diguna pakai, hanya Malaysia (33) dan Kuwait (42) sebagai negara Islam tersenarai dalam 50 negara teratas.
 
Amerika Syarikat menduduki tangga ke-15, Belanda juga di tempat ke-15 dan Perancis, 17.
 
Saudi berada di kedudukan ke-91 dan Qatar, 111.
 
Dalam menjalankan kajian itu, kedua-dua penyelidik mengguna pakai kesempurnaan dalam Islam terhadap pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran, hak asasi manusia dan politik serta hubungan antarabangsa sesebuah negara.
 
"Dalam indeks itu, pencapaian negara Islam amat buruk," katanya sambil menuduh negara berkenaan mengguna agama sebagai alat untuk berkuasa.
 
Hossein berkata: "Kami perlu menegaskan bahawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak 'Islamik' dalam semua perkara.
 
"Melihat kepada indeks Keislaman Ekonomi atau bagaimanapun hubungan rapat antara dasar dan pencapaian sesebuah negara menggambarkan ajaran ekonomi Islam - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway dan Belgium menduduki tempat 10 teratas.
 
"Dalam 'Indeks Keislaman Menyeluruh,' ukuran yang meliputi undang-undang dan pentadbiran, hak asasi manusia dan politik, hubungan antarabangsa serta faktor ekonomi, senarai itu tidak banyak berubah dengan New Zealand, Luxembourg, Ireland, Iceland, Finland, Denmark, Kanada, United Kingdom, Australia dan Belanda berada di 10 tempat teratas.
 
Dan sekali lagi, hanya Malaysia (38) dan Kuwait (48) menduduki kelompok 50 teratas dalam kalangan negara Islam. - Agensi
 
 

2x5 ::
Malaysia berbangga dengan kedudukan di OIC, tetapi di mata dunia???
No comments

Tuesday 10 June 2014

Mutiara Kata : MATI & Hakikat

Daripada Abu Said al-Khudri R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,
"Apabila jenazah diletakkan (di dalam keranda) dan ditanggung oleh orang-orang lelaki di bahu mereka, jika dia seorang yang soleh dia berkata, 'Cepatkan aku, cepatkan aku'. Jika dia tidak beramal soleh nescaya dia berkata, 'Alangkah malangnya aku, ke manakah kamu semua akan membawaku?' Semua makhluk mendengar suaranya melainkan manusia. Sekiranya didengar oleh manusia nescaya dia akan pengsan (kerana terperanjat dengan suara tersebut)."
 
No comments

Raikan perbezaan jauhi cercaan

SEJAK akhir-akhir ini begitu banyak perdebatan di media sosial berkenaan dengan hukum-hakam agama. Kebanyakan perbahasan yang diperhatikan penulis berkisar seputar isu ranting atau cabang agama.
 
Malangnya perbezaan tersebut tidak ditangani secara bijaksana, adab dan penuh terhormat. Sebaliknya, cercaan, makian dan tuduhan menjadi fenomena lumrah, bagaikan membudaya dalam diri apabila sesuatu pendapat itu tidak seiring dengan pendiriannya. 
 
Hakikat harus difahami, perselisihan atau bahasa Arabnya disebut khilaf terutamanya dalam isu fikah adalah suatu yang bersifat tabii, malahan tidak terpisah daripada isu ijtihadi.
 
Dimaksudkan ijtihad sebagaimana takrifan Al-Shirazi dalam kitabnya Al-Luma' ialah "mengerahkan segala keupayaan dan menyerahkan segala daya upaya dalam mendapatkan hukum syarak".
 
Ijtihad dalam perbahasan hukum fikah amat relevan terutamanya dalam kes yang memerlukan keputusan hukum dan tidak kedapatan nas yang jelas daripada al-Quran dan As-sunnah. Contoh dalam isu terkini melibatkan perbahasan mengenai istihalah iaitu suatu keadaan yang merubah sifat sesuatu bahan kepada bahan yang lain.
 
Ulama tersohor Sheikh Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh menyebut istihalah adalah "proses perubahan sesuatu benda yang najis (`aynnajasah) kepada sesuatu yang suci sama ada secara tabie atau melalui perantaraan."
 
Beliau membawa contoh: "perubahan darah kijang menjadi kasturi, arak yang berubah menjadi cuka dengan secara tabie atau perantaraan sesuatu (yang mempercepatkan proses pemeraman), bangkai binatang atau anjing yang menjadi garam kerana jatuh dalam garam, atau tahi yang menjadi abu kerana dibakar, lelemak najis yang dijadikan sabun, tanah parit (yang mengalirkan benda najis) yang telah kering dan hilang kesan najisnya, atau najis yang ditanam di dalam tanah dan telah hilang kesan najisnya setelah beberapa lama." (Wahbah al-Zuhayli, 1997: 1:100).
 
Apabila berhadapan isu baru seperti istihalah yang diperdebatkan kini, ulama fikah daripada empat mazhab utama berijtihad dan cuba menangani pelbagai permasalahan berbangkit lantaran tiada nas yang jelas mengenainya.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Jika seorang hakim berijtihad kemudian dia tepat dalam ijtihadnya, maka dia mendapat dua pahala. Dan jika dia berijtihad kemudian dia silap dalam ijtihadnya, maka dia mendapat satu pahala". (Shahih Muslim)
Adalah mustahil memastikan semua imam dan ulam mazhab bersepakat dalam hal tiada kejelasan hukum berpandukan nas syariat. Bahkan Nabi Muhammad SAW tidak menyekat sebarang perbezaan pandangan dalam kalangan sahabatnya.
 
Ibn Hazm menyatakan: "Adalah suatu yang mustahil untuk mereka kesemuanya bersepakat ke atas mewajibkan satu-satu hukum dengan pandangan mereka, kerana wujud perselisihan dakwaan dan perbezaan mazhab antara mereka".
 
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyebutkan: "Aku tidak suka kalau sahabat-sahabat Nabi SAW tidak berselisih pendapat. Kerana jika hanya terdapat satu pendapat sahaja, nescaya manusia berada dalam kesempitan".
 
Sebab itulah Nabi Muhammad SAW meraikan perbezaan pandangan dalam kalangan sahabatnya sebagaimana kisah pertanyaan Baginda SAW kepada dua sahabat besar iaitu Abu Bakar RA dan Umar RA mengenai bilakah waktu mereka menunaikan solat witir.
Bertanya Nabi SAW kepada Abu Bakar, "Bilakah kamu melakukan solat witir?"
Jawab Abu Bakar, "Aku berwitir pada permulaan malam".
Baginda bertanya Umar, "Bilakah kamu melakukan solat witir?"
Jawab Umar, "Di akhir malam".
Baginda berkata kepada Abu Bakar, "Orang ini mengambil langkah berjaga-jaga".
Dan Baginda SAW berkata kepada Umar, "Orang ini mengambil langkah yang kuat teguh".
(Sunan Abi Daud)
Sesungguhnya perbezaan pandangan terutamanya dalam isu khilafiyyah dan ijtihadiyyah adalah suatu rahmat ALLAH bagi memberi keluasan kepada umat dalam menjalani kehidupan duniawi.
 
Raikan kepelbagaian pendapat yang wujud dan bukannya terjerumus dalam perlakuan mencerca, mengutuk mahupun melabel seseorang yang tidak bersependapat dengan kita. Dosa tohmah, fitnah dan makian jauh lebih besar berbanding dengan perbezaan ijtihad yang masih belum kepastian antara betul dan salah.
 
Tiba masanya dilakukan penjernihan sikap terhadap budaya perbezaan pendapat yang ada. Nilai kasih sayang, saling menghormati, toleransi, berlapang dada mesti dipasakkan dalam diri setiap individu agar mampu mengurus perselisihan yang melanda.
 
 

* Oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Sinar Harian, 11 Jun 2014
No comments

Berhadapan Ramadan paling panas

Umat Islam yang menunaikan ibadah umrah berehat ketika menunggu waktu berbuka puasa pada musim Ramadan di Makkah tahun lalu. Suhu ketika itu ialah 43 darjah Celsius.
 
JEDDAH, 10 Jun - Umat Islam di Arab Saudi diingatkan untuk bersiap sedia berhadapan dengan cuaca panas sehingga 50 darjah Celsius dan waktu siang yang panjang selama 15 jam ketika berpuasa di bulan Ramadan tahun ini.
 
Suhu ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak 25 tahun lalu, iaitu pada musim Ramadan 1989 iaitu 49.8 darjah Celsius.
 
Bagaimanapun tempoh berkenaan akan berkurangan kepada 14 jam 40 minit ketika penghujung bulan suci berkenaan, lapor Arab News, semalam.
 
Makkah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam dijangka mencatatkan rekod panas paling tinggi tahun ini.
 
Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani memberitahu Arab News bahawa suhu ketika Ramadan akan terus tinggi berikutan tekanan rendah di Semenanjung Arab dan keadaan cuaca panas di seluruh Asia Barat.
 
Al-Qahtani berkata "Suhu dijangkakan antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, 42 hingga 47 di Madinah, 44 hingga 47 di Riyadh dan Wilayah Tengah," katanya.
 
Sementara itu suhu sehingga 50 darjah Celsius diramalkan melanda Wilayah Timur, 39 hingga 45 darjah Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan.
 
Beliau berkata Makkah mencatatkan suhu 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah pada 20 Julai 2005, Riyadh 48 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Dammam 50 darjah pada 28 Julai 2007.
 
Ramadan adalah bulan ke sembilan di dalam kalendar Islam yang berasaskan kepada pusingan bulan lunar. Bulan suci berlaku kira-kira 11 hari lebih awal setiap tahun mengikut kalendar Gregorian.
 
Kitaran bagi setiap musim mengambil masa sembilan tahun. Ramadan akan berlaku dalam musim panas sekali lagi pada 2017. – Agensi
No comments

Teknik menipu terkini di TESCO

Apa punya PESEN la org la nie nak cari DUIT mudah..!!!
 
 
Petang kemarin ketika keluaqkan duit dari Mesin ATM di TESCO extra selayang, ada satu brader Melayu. awai 50an. sawa matang. tinggi dlm 1.60 m. pakai smart. minta tolong pasai kad ATM dia telan dlm mesin ATM. Dia kata dia "cikgu" dari Syah Alam. Bini nak operate ptg ni kat HKL.
 
Simpati dgn dia aku cuba tolong la apa yg boleh. Dia minta no acc aku. nak suruh kawan dia sorang "USTAZ" bank in duit dlm acc aku. aku ambik no phone "cikgu" 0175334878 utk sent no acc aku .
 
Plan dia cukup menarik.. tengah2 dok cerita pasai masalah dia ni, tot2 call in dari bank katanya, aku tengok sendiri no yg call in tu start 03 . percaya la aku dari bank. no office. Dia suruh cut off ATM acc sebab kat dlm tu ada balance RM16K. fuyyooo .
 
lps tu ada call lain masuk kat hp dia yg lg 1. (Loaded juga "cikgu" ni ada 2 hand phone. ) USTAZ call lambat sikit nak transfer. suruh aku tunggu 1/2 jam.
 
"cikgu" ni merayu kat aku nak pakai duit dulu dlm 8 ratus sebelum USTAZ transfer RM1K kat acc aku.. kalau aku ada duit pun aku x bagi sebanyak tu,
 
dia tanya berapa aku boleh bagi dulu kat dia, sebab ada Staff dia stuck kat Cashier . pehhhhhh membelit nya cerita dia..
 
aku cakap kat "cikgu" tu, duit aku boleh bagi , tapi mai IC dia utk aku Snap gambaq guna hand phone ..
 
Dia cuba merayu , yang dia tak kan tipu ....tapi bila aku berkeras minta IC dia lari pi kot lain.
 
Tak mau ada org lain juga ditipu dgn CARA yang sama , pagi tadi aku pi Report Polis kat balai Batu caves, rupanya dah ghamai yang report terTIPU dgn teknik mcm "CikGu" ni....
 
DONIA OH DONIA!!!!
 
Nukilan Sahabat FB
 
Sent: Monday, June 09, 2014 12:19 AM
Subject: RG2011... Fw: Teknik menipu terkini di TESCO
No comments

Dr MAZA :: Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses

Gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
 
Bekas mufti Perlis mengulas pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan.
"Saya berpandangan isu ini tidak adalah satu masalah besar kerana di kalangan ulama Islam sendiri tidak ada konsensus mengenai topik ini.
 
"Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI.
 
Dr Mohd Asri menegaskan bahawa setiap orang Islam mempunyai hak untuk membaca, mendengar, menilai dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri berdasarkan kepada hujah-hujah yang dibentangkan.
 
"Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran.
 
"Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi," katanya.
 
Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep 'istihalah'.
 
Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.
 
"Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah," kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.
 
"Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah," katanya.
 
Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.
 
"Buah pisang halal dimakan. Tidak dikatakan buah pisang itu bernajis sebab subur dengan baja najis," tulis beliau.
 
Beliau juga menggemukakan contoh arak yang bertukar menjadi cuka; ataupun, bangkai yang bertukar menjadi garam ataupun tanah.
 
Dr Asri berkata Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain juga memberikan pandangan mereka tentang DNA babi yang terdapat secara meluas dalam makanan dan barangan di dunia ini sekarang.
 
Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi.
 
Bagaimanapun, ujian oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan dua produk coklat tersebut tiada unsur DNA babi dan sekaligus halal untuk dimakan.
 
 
No comments

Kajian Saintis - Kebaikan berpuasa

LOS ANGELES, 9 Jun - Satu kajian baru mendapati, amalan berpuasa selama dua hari atau lebih dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh manusia.
 
Saintis dari California yang menjalankan kajian tersebut menyatakan, pesakit kanser merupakan individu yang paling banyak mendapat manfaat daripada berpuasa kerana amalan itu boleh membantu sistem imunisasi yang terjejas akibat rawatan kemoterapi.
 
Menurut akhbar Daily Mail yang melaporkan penemuan tersebut, apabila sistem imunisasi manusia pulih, keadaan itu boleh menggalakkan badan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak.
 
Pakar jangka hayat dari Universiti Southern California, Profesor Valter Longo berkata, apabila lapar, sistem badan cuba menjimatkan tenaga dan satu perkara yang dilakukan adalah mengitar semula sebanyak mungkin sel-sel imunisasi yang tidak diperlukan, terutamanya yang rosak.
 
Pasukan penyelidiknya juga mendapati, amalan berpuasa selama dua hingga empat hari setiap enam bulan membolehkan badan menggunakan simpanan lemak dan gula serta menghapuskan sel-sel rosak.
 
"Badan kemudian bertindak balas dengan menghantar isyarat memberitahu sel-sel stem untuk menjana dan membina semula keseluruhan sistem badan.
 
"Jika satu sistem itu telah rosak teruk setelah melakukan rawatan kemoterapi dan akibat penuaan, berpuasa secara perlahan-lahan dapat menjana sistem imunisasi badan yang baru," kata Longo.
Kajian yang dilakukan mendapati, sebelum melakukan rawatan kemoterapi, seseorang pesakit barah akan hilang sedikit sel-sel darah putih jika mereka berpuasa selama 72 jam.
 
Puasa juga mengurangkan kesan-kesan kurang sihat dan kematian dalam tikus yang terdedah kepada ubat-ubatan kemoterapi dan meningkatkan imunisasi bagi tikus yang tua.
 
No comments

Monday 9 June 2014

Puisi :: Hidayah Ilahi

Sedari dulu hati inipun merindu
akan ketenangan jiwa ketenteraman hidup
Dimana lagi aku temukan erti sebuah hidup
Kemana lagi kudapati cinta yang hakiki
 
Ternyata datangnya sinaran
seiring kesungguhan mencari jalan
kebenaran jalan keredhaan
 
Akan selalu kusyukuri nikmat yang telah diberi
petunjuk hidayat suci Ilahi Robbi
Akan selalu kusyukuri nikmat yang telah diberi
petunjuk hidayah suci Ilahi
hamba kan mengabdi
 
Sedari dulu hati inipun merindu
akan ketenangan jiwa ketenteraman hidup
Dimana lagi aku temukanerti sebuah hidup
Kemana lagi kudapati cinta yang hakiki
 
Ternyata datangnya sinaran
seiring kesungguhan mencari jalan
kebenaran jalan keredhaan
 
Akan selalu kusyukuri nikmat yang telah diberi
petunjuk hidayah suci Ilahi Robbi
Akan selalu kusyukuri nikmat yang telah diberi
petunjuk hidayah suci Illahi
hamba kan mengabdi
 
 

* Sumber di ambil di SINI
 

From:
Naim Qlate
Sent: Monday, July 11, 2011 7:09 PM
To: undisclosed recipients:
Subject: (INGATAN) Hidayah Ilahi
 
 
No comments

Smartphone, racun rumah tangga

SEMBANG Whatsapp penulis dengan Ketua Wanita Isma, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh tidak pernah lekang dari kata-kata semangat dan nasihat berguna.
 
Ustazah seorang yang amat mengambil berat mengenai rakan-rakan tidak kira sama ada beliau baru kenal atau sudah lama.
 
Ustazah pandai bergurau, tapi pada hemat penulis, kata-kata dan gurauan ustazah kena dan tepat dengan apa yang berlaku pada hari ini.
 
Kegilaan berselfie, kisah rumah tangga muda-mudi yang semakin berantakan, ditambah dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat membuahkan pelbagai masalah sosial.
 
Ya, buah fikiran ustazah membawa kepada perbincangan WOW pada minggu ini. Lihat sahaja institusi kekeluargaan yang runtuh dek kealpaan individu itu sendiri. Salah satunya berpunca daripada tabiat masyarakat pada zaman ini yang serba canggih dengan penggunaan telefon pintar atau smartphone.
 
Smartphone ibarat suatu racun dalam rumah tangga. Kecurangan meruntuhkan kepercayaan sebelum akhirnya menarik kebahagian pasangan untuk sama-sama runtuh secara perlahan-lahan.
 
Istana bahagia dicita-citakan tidak berakhir hingga akhir hayat, malah bercambah menjadi kudis dan dosa yang berulang.
 
Sesungguhnya curang dan cinta terlarang mengundang pelbagai cerita duka. Bagaimana ia berlaku? Salah satunya kerana kecanggihan teknologi smartphone pada masa kini. Dengan gaya hidup serba ranggi dan elegan, memudahkan seseorang berkomunikasi secara terus.
 
Inilah bahananya telefon canggih; apabila keadaan ini mendorong manusia menikmati keseronokan hidup yang tidak dinikmati semasa muda.
 
Justeru para pembaca, berhati-hati dan berhemahlah ketika menggunakan aplikasi telefon pintar anda. WOW minggu ini membawakan isu smartphone, racun rumah tangga.
 
Ia sekadar teladan dan pedoman untuk pengajaran semua. Usah biar kemudahan canggih ini menjadi racun dalam kehidupan sebenar anda.
 

Pengakuan 1
Grup chatt, buat suami leka
SAYA membelikan suami smartphone sebagai hadiah hari jadi setahun lalu. Dia sukakan permainan video, jadi dengan adanya smartphone, bolehlah dia muat turun semua game yang dia suka dan itu lebih memudahkannya.
 
Berbanding permainan PSP yang mahal dan susah untuk dibawa ke mana-mana.
 
Bagaimanapun, saya silap kerana ia sebenarnya amat memburukkan keadaan. Suami bukan sahaja melekat di hadapan telefon bimbit 24 jam untuk bermain game, malah sudah semakin leka dengan grup chat (sembang berkumpulan) dalam kalangan rakan-rakan pejabatnya dan kenalan-kenalan lama di sekolahnya.
 
Kadang-kadang saya naik rimas. Di rumah main smartphone, di kedai makan pun dia leka sampai pembantu restoran berdiri lama untuk mengambil pesanan makanan. Apabila saya menegur, kami boleh jadi gaduh.
 
Bukan soal cemburu, soalnya sekarang dia seperti ketagihan dan leka dengan tanggungjawab utamanya. Ketika makan, dia perlu tumpukan kepada makan.
 
Ketika bersama saya dan anak-anak, saya dan anak-anaklah yang harus menjadi fokus utamanya. Ini tidak, hanya bersama smartphone. Kadangkala  dia senyum dan ketawa sendiri sambil mengutuk rakan-rakan di grup chattnya itu.
 
Suatu hari, saya terdetik hati untuk membuka telefon bimbitnya.
 
Ternyata, apa yang dia kongsikan bersama rakan-rakan chattingnya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dia sampaikan. Sampai cerita kami bergaduh di dalam kereta pun menjadi isu dan bahan ketawanya bersama rakan.
 
Saya jadi malu dan tertekan dengan sikap suami dan akhirnya memberi kata dua kepadanya. Sama  ada hentikan tabiat buruk itu atau kehilangan saya dan anak-anak.
 
- Nor Hayati Salam, 32,Shah Alam.
 

Pengakuan 2
Bahana smartphone rumah tangga musnah
SAYA gilakan internet dan saya juga bertanyatanya apakah suami juga melalui masalah sama? Rupa-rupanya apa yang saya duga itu betul.
 
Sejak menggunakan telefon pintar, suami saya sudah mula melekat dengan telefon bimbit.
 
Dia ada kedudukan dan jawatan. Pada saya, penggunaan telefon pintar untuknya adalah satu keperluan kerana dalam masa sama, ia mempamerkan imej korporat yang dia bawa.
 
Tetapi sikap suami semakin lama semakin pelik dan merunsingkan. Pada malam hari, dia gemar duduk dalam kereta sambil menghubungi seseorang.
 
Anak sulung saya yang perasan perubahannya pada suatu malam. Keesokannya, dia buat lagi. Selesai berhubungan menerusi panggilan telefon, dia kelihatan sibuk pula menaip sesuatu.
 
Kejadian berlarutan selama seminggu. Akhirnya saya ambil keputusan untuk memeriksa telefon bimbit suami. Saya mencuba banyak kata kunci dan akhirnya atas izinNya, saya dapat melihat apa yang tersimpan dalam telefon bimbit suami.
 
Ada banyak aplikasi game yang menggunakan ikon lucah, termasuk beberapa keping gambar gadis-gadis yang berposing dalam keadaan mengghairahkan.
 
Saya juga temui nombor telefon atas nama seorang lelaki yang paling kerap dihubunginya, lebih-lebih lagi pada lewat malam. Saya minta suami berterus-terang.
 
Rupanya nombor itu bukan milik lelaki tetapi seorang perempuan yang telah dinikahinya di Thailand. Saya berasa amat tertipu dan akhirnya perpisahan jalan yang saya pilih.
 
- Hasyati Yahya, 35, Bukit Mertajam, Perak
 

Pengakuan 3
Tempat berkongsi rasa
SAYA seorang yang obses dengan aplikasi telefon bimbit. Semua jenis aplikasi saya muat turun sampai jem telefon saya.
 
Pada mulanya ia sekadar suka-suka untuk isi masa lapang. Saya bekerja sebagai promoter. Pada sebelah siang, saya sibuk di tempat kerja dan selalunya tidak sempat untuk kemas kini aktiviti di telefon bimbit.
 
Tapi bila balik ke rumah, saya akan terus melekat dengan telefon bimbit. Setiap aktiviti saya nak kongsi bersama rakan-rakan yang ada sebahagiannya saya tak pernah kenal pun. Hanya menerusi maya.
 
Saya tak tahu kenapa ia seperti jadi satu kemestian untuk saya update semua aktiviti. Bukan tujuan saya untuk mendapatkan perhatian tapi saya seronok dan gembira bila gambar-gambar atau status yang saya kemas kini mendapat like kawan-kawan.
 
Selepas itu kami akan saling berbalas mesej dan ada kalanya berlarutan sehingga ke pagi. Telefon bimbit pun saya bawa naik ke tempat tidur. Gurauan kawan-kawan selalu mencuit hati. Gambar-gambar yang dikongsikan pun ada kalanya kelakar.
 
Saya sedar kadangkala suami saya marah dan kecil hati tapi saya berubah pun paling lama dua hari. Saya tak senang duduk kalau bateri telefon bimbit saya habis.
 
Saya ada juga muat turun aplikasi lain tapi biasanya tidak lama sebab kenalan dan rakan-rakan terdekat tidak muat turun aplikasi tersebut.
 
Bergembira di ruangan chating menerusi smartphone bukan bererti saya berniat tidak baik seperti mahu mencari kekasih, tapi ia sekadar suka-suka.
 
- Nurul Syuhada Alwi, 29, Kuala Lumpur.
 
 

* Sinar Harian, 8 Jun 2014
No comments

Sunday 8 June 2014

Awas! Logo halal palsu

TIDAK dinafikan Malaysia sebuah negara Islam yang terkenal sebagai syurga makanan. Pelbagai jenis makanan dari seluruh pelosok dunia mudah didapati.
 
Bahkan, restoran yang menyajikan kepelbagaian menu antarabangsa tumbuh bagai cendawan dan berlumba-lumba mencipta kelainan dalam menarik pengunjung mengunjungi premis mereka.
 
Restoran Ala Thai, ala Jepun, Cina Muslim, ala Cina dan tidak ketinggalan restoran mamak menjadi pilihan pengunjung pelbagai kaun dan menjadi fenomena dalam industri  pemakanan negara.
Namun, bagi menghadapi persaingan perniagaan dan menarik ramai pengunjung, terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dalam status halal sajian makanan dengan dekorasi restoran menunjukkan restoran halal dan tidak kurang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.
 
Terdapat segelintir pihak yang cuba menumpang dan mengaut keuntungan daripada populariti restoran mamak yang diusahakan golongan India Muslim dengan meniru kriteria kedai makan berkenaan biarpun status halalnya diragui.
 
Pengusaha restoran bukan Islam cuba mengaburi mata pelanggan dengan meletakkan ayat-ayat al-Quran, gambar masjid dan menggunakan khidmat pelayan warga asing berkopiah bagi lelaki dan bertudung bagi perempuan.
 
Diakui, terlalu banyak cabaran dan kekeliruan bagi pengunjung Islam membuat pilihan pemilihan restoran halal jika tiada penegasan soal halal dan haram diutamakan dan mungkin ia akan terus menjadi permasalahan sekiranya tiada jalan yang tuntas dalam membuka penyelesaiannya.
 
Bagaimanapun berdepan beberapa insiden kekeliruan dalam produk makanan dan restoran menjadi cabaran kepada Jakim untuk meyakinkan pengguna terutama Muslim. - Sinar Harian, 9 Jun 2014
 
No comments

Tanda-tanda awal Ramadan

WALAUPUN anak bulan Ramadan lama lagi akan muncul, beberapa tanda-tanda awal sudah dilihat, didengar, dibaca malah dirasai oleh kita semua bahawa puasa sudah tiba.
 
Seminggu dua ini semasa mendengar siaran radio ketika kenderaan merangkak dan terperangkap dalam kesesakan teruk pulang dari pejabat, tiba-tiba nyanyian di stesen pilihan terhenti.
 
Dalam keresahan melihat kenderaan merangkak seperti kura-kura, dan bimbang petrol dalam tangki akan habis, kedengaran suara seorang perempuan begitu manja dan menggoda, berbisik: "Yusuf Taiyoob...."
 
Bisikan itu salah satu tanda bahawa kita akan berpuasa.
 
* SELAIN suara manja mengiklankan kurma, satu lagi tanda awal puasa ialah apabila tiba-tiba sahaja bekalan barang keperluan harian berkurangan atau tiada langsung di kedai dan pasar raya.
 
Minggu lalu pengguna beberapa negeri di utara Semenanjung mengeluh kerana kesukaran mendapat bekalan minyak masak. Tak fasal-fasal minyak yang selalu melimpah tiba-tiba hilang.
 
Tanya pada pekedai runcit kenapa tiada minyak masak, mereka kata tidak dapat bekalan daripada pemborong. Tanya pada pemborong, mereka kata tidak dapat bekalan daripada pengilang.
 
Peruncit kata pemborong. Pemborong kata pengilang. Betul-betul macam lagu 'Bangau, Oh Bangau'. Apabila lagu bangau muncul, itu tandanya puasa sudah hampir.
 
* SUDAH menjadi semacam tradisi sejak turun-temurun, setiap kali musim puasa atau raya banyak barang keperluan tiada di pasaran. Bukan sahaja minyak masak, jangan terkejut jika sehari dua nanti tepung gandum dan gula pun hilang dari kedai.
 
Bersedialah juga untuk menghadapi kekurangan bekalan ayam, hinggakan ayam tua bangka pun tidak ada di pasaran. Hatta kelapa pun akan sukar diperoleh, harganya semahal cincin permata.
 
Sesetengah peniaga sengaja menyembunyikan barang atau menjualnya pada harga melebihi had siling. Mereka hendak untung lebih, dan sanggup menjadi puntianak menghisap darah pengguna. Kehadiran puntianak pun satu tanda kedatangan puasa.
 
* SEPERTI biasa, setiap kali barang hilang atau naik melampau, kerajaan segera mengeluarkan kenyataan untuk membanteras kegiatan puntianak.
 
Seperti yang dilaporkan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengarahkan pengilang untuk meningkatkan pengeluaran tepung gandum dan minyak masak paket antara tujuh hingga 10 peratus bagi menampung permintaan tinggi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
 
Selalu menteri kata: "Kita akan bertindak tegas ke atas mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga." Tetapi tidak ada pun tindakan diambil. Ini bukan tanda puasa akan tiba, ini tanda ketidakcekapan kita.
 
* APA pun ada satu berita baik menjelang puasa. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memperuntukkan RM45 juta di bawah Skim Bazar Ramadan 2014, memberi pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil yang ingin berniaga pada bulan puasa.
 
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, skim yang turut dikenali sebagai Skim Pembiayaan MikroI Bazar Ramadan tersebut menawarkan pinjaman tanpa faedah berlandas Syariah sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan.
 
Tempoh bayaran balik pinjaman ialah dua bulan selepas Ramadan iaitu 50 peratus dijelaskan sebelum tamat Syawal dan bakinya perlu dibayar sebulan selepas Syawal .
 
Harap-harap kita tidak lagi mendengar cerita lama: berebut meminjam, tetapi liat membayar. Ingat, berdosa tidak bayar hutang!
 
* INI bukan tanda awal puasa. Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp. Bhd, (YTL) Tan Sri Francis Yeoh berkata, artikel mengenai kapitalisme kroni telah dipetik melalui gambaran yang salah.
 
Beliau sedih kerana ayat yang diucapkan pada majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ketujuh baru-baru ini telah disalah tafsir seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita bahasa Inggeris.
 
"Saya amat sedih kerana kata-kata saya telah disalah tafsir. Bagaimanapun dengan rendah hati saya memohon maaf jika kenyataan yang disalah tafsir itu memberi kesan. Saya sangat menyesal," katanya kepada Utusan Malaysia.
 
Harap selepas ini Tan Sri kena berhati-hati apabila membuat kenyataan, supaya wartawan tidak tersalah tafsir atau tersalah petik.
 
* AKHIR kalam, beberapa orang kawan sepejabat mula mengeluh sebab gastrik, dan meminta surat pengesahan doktor. Itu pun tanda awal kedatangan Ramadan!
 
 

* Oleh TOK PERAK, Sinar Harian, 8 Jun 2014
 
No comments

Kitab Pemerintahan: Tentang mereka yang mati syahid

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu :
ia berkata :
Bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Ketika seorang lelaki berjalan di tengah jalan, didapatilah olehnya sebuah dahan berduri di atas jalan itu kemudian ia pun menyingkirkannya. Allah pun lalu berterima kasih kepadanya serta berkenan mengampuninya.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian melanjutkan:
Orang yang mati syahid itu ada lima;
  1. orang yang mati karena terserang penyakit tha'un,
  2. orang yang mati karena penyakit perut,
  3. orang yang mati tenggelam,
  4. orang yang mati tertimbun reruntuhan bangunan serta
  5. yang gugur (syahid) di jalan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung
(Shahih Muslim)
 
No comments

Fidyah Perlu Dibayar, Puasa Wajib Diganti - Ilmuwan Islam

KUALA LUMPUR, 6 Jun. - Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi dan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia pastinya ternanti-nanti kehadirannya bagi meningkatkan amalan puasa dan pahala sepanjang bulan barakah ini.
 
Namun, dalam keterujaan menyambut ketibaan Ramadan, umat Islam dinasihatkan agar tidak mengambil mudah mengenai fidyah (denda) puasa yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana individu Islam yang meninggalkan puasa Ramadan.
 
Fidyah merupakan bayaran denda dikenakan terhadap mereka yang gagal menggantikan puasa Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.
 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menetapkan fidyah mesti dibayar oleh beberapa golongan yang meninggalkan puasa Ramadan iaitu mereka yang uzur syar'ie, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan orang yang telah meninggal dunia.
 
Katanya, golongan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu perlu membayar fidyah, tetapi tidak perlu menggantikan (qadha) puasa dan kategori satu lagi iaitu perlu membayar fidyah dan menggantikan puasa.
 
"Warga emas (uzur) dan mereka yang menghidapi penyakit tiada harapan untuk sembuh tidak diwajibkan mengganti puasa setelah membayar fidyah.
 
"Sementara, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak, orang yang melambatkan ganti puasa perlu membayar fidyah dan wajib mengganti puasa. Sebaliknya bagi orang yang telah meninggal dunia, fidyah mereka hendaklah disempurnakan waris malah waris juga boleh menggantikan puasa bagi pihak si mati," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.
 
Bagaimanapun katanya, dengan membayar fidyah tidak bermakna seseorang itu tidak perlu menggantikan puasa tersebut yang wajib diganti mengikut bilangan hari ditinggalkan.
 
"Contohnya jika seseorang meninggalkan puasa selama tiga hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga tiga kali bulan Ramadan, maka kadar fidyahnya ialah: harga semasa secupak beras (675 gram) X tiga hari X tiga tahun," katanya.
 
Menurutnya lagi, hasil kutipan fidyah akan disalurkan kepada golongan fakir atau miskin sahaja.
 
Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFirst), Universiti Teknologi Malaysia, Dr Arieff Salleh Rosman berkata fidyah boleh dibayar di cawangan pusat zakat atau amil bertauliah sebelum tiba Ramadan tahun berikutnya bagi mengelakkan gandaan puasa.
 
"Hukum fidyah adalah wajib. Dan hukum mengganti puasa turut wajib disempurnakan seberapa segera kerana ia merupakan suatu tanggungan (hutang) kepada Allah S.W.T jika tidak dilaksanakan," katanya.
 
Islam memudahkan cara sesuatu masalah maka setiap umat Islam perlu menyegerakan tuntutan agama dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan di dalam agama, kata ilmuwan agama lulusan Universiti Mu'tah, Jordan itu.
Mengulas lanjut mengenai fidyah, Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata walaupun kadar fidyah agak murah namun ia wajib dilaksanakan kerana puasa Ramadan hukumnya wajib.
 
Beliau turut menasihatkan sebagai persediaan menyambut Ramadan, umat Islam digalakkan mengamalkan puasa sunat Syaaban bagi melatih serta mendisiplinkan diri masing-masing.
 
"Qadha (ganti) puasa juga boleh dilakukan pada bulan tersebut (Syaaban)," katanya menambah tiada faedah melengah atau menangguh kewajipan mengganti puasa jika ada kemampuan dan memiliki tahap kesihatan yang baik. - Bernama
No comments

Wednesday 4 June 2014

Hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang

Soalan :-
  • Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang?
  • Bagaimanakah dengan amalannya?
 
Jawapan :-
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
  1. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.  
  2. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.  
  3. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.  
  4. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya :
"Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) (Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya :
"Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas".  (Riwayat Baihaqi)
 
Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

 
Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا
"Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri." (HR. Ibnu Majah Dari artikel 'Bahaya Orang yang Enggan Melunasi Hutangnya — Muslim.Or.Id'
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya :
" Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya :
Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya :
Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya :
Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu yang boleh.
 
No comments

Tuesday 3 June 2014

Sungai Euphrates Di Syria Hampir Sepenuhnya Kering

Gambar ini diambil 24/05/2014
 
Punca kering adalah Sebab Turki memotong air untuk Syria
SubhanAllah ini perkara yang luar biasa.. Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas YANG kita lihat..
 
Rasulullah SAW bersabda,
Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan 'gunung emas' yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, 'Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup'. (HR Bukhari).
Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda,
Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).
Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda,
Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya.
Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.
 
Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman.
 

* Kredit Blog: OpenMinda
No comments