+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Monday 30 December 2013

Jari Manusia

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
 
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabk an segala amalan di hadapan Ra'abbul Jalil. Bersedia kah anda??
 
Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
 
Kita beralih kepada jari telunjuk jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
 
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
 
Akhir kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam.
" Di manakah anda sekarang??? "….
 
 
No comments

Friday 27 December 2013

Air mata Malik Abdul Aziz di Taman Raudhah

Tyson ketika mengerjakan umrah di Makkah.

 
"ANGKAT kotak tu!" jerkah sekumpulan remaja lelaki.
 
Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.
 
Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.
 
Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.
 
Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D'Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.
 
Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.
 
Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.
 
Tyson bertemu dengan Presiden Universiti Islam Dr Muhammad Al-Oqala di Madinah.
 
Belajar Islam di penjara
Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, 'mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam'.
 
Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: "Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam."
 
Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.
 
Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.
 
Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.
 
Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.
 
Doa setiap hari
Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.
 
"Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.
 
"Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar," katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.
 
Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.
 
Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.
 
Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.
 
Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.
 
"Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah," katanya.
 
 

* Oleh FOUZIAH AMIR, Sinar Harian, 27 Disember 2013
No comments

Thursday 26 December 2013

Peniaga: Antara Syurga Dan Neraka

Melihat muslim menjadi peniaga terututama dalam negara ini amat menggembirakan. Betapa kita ingin agar kekuatan ekonomi umat Islam ini berkembang. Sejak dahulu, saya berkempen agar muslim membantu perniagaan muslim. Membeli dan menghulurkan sokongan agar mereka berjaya. Ekonomi adalah satu kekuatan yang boleh menentukan perjalanan sesebuah masyarakat. Sementara kelemahan ekonomi pula mendedahkan sesebuah masyarakat kepada penghinaan dan percaturan pihak lain. Secara kolektif, disebabkan kita majoriti kita memiliki 'purchasing power' yang tinggi. Lihat saja, apabila umat Islam di negara ini ingin memboikot produk pro-zionis, syarikat-syarikat berkaitan mula gelisah dan cuba mencari pelbagai pendekatan menawan semula perasaan kita.
 
 
Jika kita tolong-menolong membantu perniagaan saudara kita, kita melaksanakan apa yang Nabi s.a.w sabda:
"Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 
Sifat Peniaga Muslim
Apabila muslim berniaga, dia sepatutnya membawa nilai-nilai mulia yang diajar oleh Islam semasa mengendalikan perniagaannya. Peniaga yang baik dan jujur mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. Betapa banyaknya pengorbanan dan kesungguhan diperlukan untuk menjadi peniaga yang jujur sehingga Nabi s.a.w bersabda:
"Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid" (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf 'hasan').
Hadis ini menggalakkan muslim berniaga tetapi hendaklah bersifat jujur dan amanah. Perniagaan di samping ia sumber rezeki, ia juga boleh menjadi sumber pahala yang membawa seseorang ke syurga dan darjat yang mulia.
 
Peniaga yang jujur lagi amanah pasti tidak akan terlibat dengan perkara-perkara yang haram, menipu, memungkiri apa yang dijanjikan, mengelirukan pembeli, memutar belit dalam urusan dan segala sifat-sifat yang buruk dan keji. Urusan perniagaan penuh kehormatan. Maka layaklah dia bersama dengan para nabi, siddiqin dan syuhada. Dalam konteks seperti Malaysia, dia boleh memberikan mesej yang baik tentang kemuliaan ajaran Islam kepada pihak lain.
 
Penipuan dan Khianat
Dalam masa yang sama, peniaga juga terdedah untuk menjadi pendusta dan pengkhianat jika dia tidak berakhlak. Menipu apa yang diberitahu kepada pembelinya dan mengkhianati mereka dalam keadaan mereka tidak sangka.
 
Dalam skala besar, ahli-ahli perniagaan yang mendapat projek-projek mega yang diwujudkan untuk kepentingan negara dan awam bukan sedikit yang menipu dalam pelbagai cara; kos, kualiti, pengurusan dan lain-lain. Ini sehingga negara dan rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi ataupun kualiti hasil kerja yang rendah, ataupun kedua-duanya sekali. Penipuan harta awam dan kezaliman mereka mengakibatkan rakyat terpaksa menerima hasil yang tidak sepatutnya seperti jambatan, bangunan yang rosak dan bahaya. Dosa mereka ini terlalu besar. Tidak boleh dipadamkan dengan sekadar menderma untuk binaan masjid dan surau. Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar" (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dll. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi)
Banyak contoh lain yang boleh kita sebut. Di Malaysia umpamanya, ramai orang melayu muslim menjual pelbagai 'ubatan', makanan tambahan dan seumpamanya. Pelbagai dakwaan yang sebahagiannya tidak terbukti benar tapi diwujudkan bagi menarik perhatian pembeli. Bahkan ada yang menggunakan nama Allah dan RasulNYA dalam melariskan jualan. Pelbagai firman dan sabda dikaitkan. Dusta atas dusta. Khianat atas khianat.
 
Perniagaan Makanan
Ramai muslim yang mengusahakan perniagaan makanan terutama kedai ataupun gerai makanan. Para pembeli hanya melihat makanan yang sudah siap, tetapi mereka tidak nampak bagaimanakah makanan itu disediakan. Ada pengusaha yang tidak mengambil berat soal kebersihan. Proses makanan itu disediakan jika dilihat sendiri oleh pelanggan tentu mereka tidak sanggup makan. Mereka tertipu dengan apa yang telah terhidang. Mereka tidak tahu mereka mungkin telah menelan makanan yang kotor, ataupun adanya bahan yang bahaya untuk kesihatan mereka.
 
Peniaga yang seperti ini merupakan penipu dan pengkhianat yang setiap hari perniagaannya menzalimi dan mengkhianati orang lain. Mereka terus berdosa dengan pelanggan mereka. Malangnya, kadang-kala mereka terlupa bahawa setiap hari mereka menambahkan dosa mereka dengan manusia lain yang itu semua akan dibawa ke hadapan Allah nanti. Mungkin juga dibalas di dunia ini, jika Allah kehendaki. Nabi s.a.w tidak menerima peniaga seperti ini sebagai pengikut baginda.
 
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda:
"Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: "Terkena hujan, wahai Rasulullah!". Baginda bersabda: "Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak?! Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku" (Riwayat Muslim).
 
Dosa
Peniaga yang menipu mata pembeli dengan ucapan, tulisan ataupun hiasan yang menawan sehingga pelanggan tertipu, akan menanggung dosa yang besar. Lebih buruk lagi, ramai peniaga kedai makanan yang meletakkan ayat al-Quran di dinding-dinding kedai mereka, bukan kerana ingin menghayatinya tetapi sekadar untuk menarik perhatian pelanggan. Padahal amalan perniagaan mereka tidak seiras dengan ajaran al-Quran. Mereka menzalimi pelanggan mereka yang datang dan mempercayai mereka. Mereka pula menyedia makanan yang tidak tergamak dimakan jika pelanggan mengetahui hakikatnya. Sedangkan al-Quran menegaskan: (maksudnya)
"dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki yang beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul dosa menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata". (Surah al-Ahzab, 58)
Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang diperolehi juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan macam halal. Sabda Nabi s.a.w:
"Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan" (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).
Kita berbangga melihat muslim berniaga. Namun para peniaga muslim hendaklah beretika dalam perniagaan mereka selaras dengan ajaran Allah dan RasulNYA. Peniagaan satu punca pendapatan yang halal. Jika dikendalikan dengan jujur membawa ke syurga. Jika dikendalikan dengan tipuan dan khianat membawa ke neraka.
 


* Oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Minda Tajdid, 20 Disember 2012
 
No comments

GANJARAN AMALAN DIGANDAKAN PADA HARI JUMAAT

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipat-gandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:
 

1. Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)
2. Membaca surah al-Kahfi.
Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)
3. Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.
Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud: "Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
 

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
 
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar. Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah. Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah. Antara kepentingannya adalah:
  • Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.
  • Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.
Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud :
"Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran."
Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.
 
Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah: Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. Nabi bersabda bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)
Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.
Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud:
"Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari).
 
 
No comments

Kisah Pengajaran Dua Orang Sahabat Dengan Pohon Kurma

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan seribu satu kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka. Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan dan iblis. Mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;
 
"Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?"
 
Sahabat kedua menjawab, "Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu.."
 
"Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya' dan takbur serta 'ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?" Tanya sahabat pertama.
 
Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, "InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na'uzubillah…"
 
Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
 
Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.
 
Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, "Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu."
 
"Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?" Sahabat kedua bertanya.
 
"Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat." Keluh sahabat pertama.
 
"Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT." Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.
 
Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.
 
"Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?" Tanya sahabat pertama.
 
Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.
 
"Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah." Sahabat pertama memberi cadangan.
 
"Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti." Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.
 
"Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya," kata sahabat pertama.
 
Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, "Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!"
 
"Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya." Sahabat pertama masih enggan.
 
"Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!" tegas sahabat kedua.
 
"Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana 'dosa'ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!" Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.
 
Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, "Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu."
 
"Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati," kata sahabat pertama.
 
"Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau," maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….
 
Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.
 
"Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini."
 
Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.
 
 

 
No comments

Ketika Abu Bakar al-Shiddiq bersedekah

Selepas menunaikan solat Subuh, Abu Bakar terbiasa pergi ke padang pasir, kemudian kembali lagi sejenak ke Madinah. Kerana ingin tahu, suatu hari Umar bin Khatab mengekorinya.
 
Ternyata yang dikunjungi Abu Bakar adalah sebuah khemah kotor di tengah padang pasir. Umar pun bersembunyi di belakang batu besar. Tidak lama kemudian Abu Bakar pun keluar dari khemah itu .
 
Setelah Abu Bakar berlalu, Umar masuk ke khemah terebut. Di dalamnya ada seorang wanita tua dan buta bersama seorang bayi kecil.
 
Umar bertanya, "Siapa yang datang tadi pada kalian?"
 
Wanita itu menjawab , "Aku tidak tahu. Yang jelas dia seorang muslim. Setiap pagi dia datang kemari . "
 
"Apa yang dia buat? " lantas Umar
 
Wanita itu berkata, "Dia menyapu rumah kami, mencampur adunan kami, memeras susu ternakan kami, lalu pulang. "
 
Sambil keluar, Umar berkata, "Engkau membuat lelah penggantimu , wahai Abu Bakar. Engkau membuat lelah para penggantimu, wahai Abu Bakar. "
 

Dari Mu'awiyah bin Haidah radhiyallahu'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda ,
"Sesungguhnya sedekah secara rahsia boleh meredam murka Rabb [ Allah ] tabaroka wa ta'ala" ( HR. ath -Thabrani dalam al- Kabir, lihat Shahih at -Targhib [ 1/ 532 ] )
Allah ta'ala berfirman,
وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
"Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rizki." (QS. Saba': 39).
 
 

*Diambil dari Detik Islam yang diterjemahkan dari sumber dari islampos.com
 
No comments

Siapakah Yang Dimaksudkan Bankrap Menurut Islam

DARIPADA Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Tahukah kamu siapa orang yang bankrap? Para sahabat menjawab, Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta. Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya) dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka. (riwayat Muslim)
Huraian:
Islam melarang umatnya membuka rahsia dan tuduh-menuduh antara sesama sendiri jika tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.
 
Islam menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan perkara-perkara menyalahi hukum yang boleh membawa kepada permusuhan.
 
Jagalah lidah dan hati daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat sesama orang Islam kerana akibatnya boleh menyebabkan amalan seseorang itu diambil dan menggantikan dengan kesalahan yang dilakukannya di dunia.
 
Segala amal kebaikan dan kejahatan akan dapat dilihat dan dirasa balasannya serta ditimbang baik buruknya pada hari kiamat.
 
Orang Islam adalah bersaudara, maka haramlah atasnya pembunuhan, pencerobohan kehormatan dan mencerobohi hartanya.
 
Menzalimi dan menyakiti manusia (seagama) akan menghapuskan pahala dan manfaat amalan yang soleh pada hari kiamat, orang yang melakukannya adalah muflis yang sebenar.
 
Salah satu cara pendidikan yang berkesan adalah dengan menggunakan bentuk dialog dan soal jawab untuk menarik perhatian pendengar.
 

* Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
No comments

Tuesday 24 December 2013

Hukum Membenci dan Melaknat Orang Yahudi

Banyak ayat didalam Al Qur'an telah membongkar berbagai kelakuan menyimpang yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi, baik penyimpangan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Musa as mahu pun terhadap nilai-nilai kemanusiaan.
 
Mereka adalah contoh orang-orang zalim dan kufur akan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada mereka, kerana kezaliman dan kekufurannya itulah mereka banyak membunuh orang-orang yang beriman, memakan harta dengan cara yang batil, sombong dengan menganggap bahawa diri mereka adalah anak dan kekasih Allah, mengingkari janji, tidak sabar dengan cubaan dan penderitaan.
 
Di zaman Rasulullah saw pun, perilaku dan watak-watak mereka tidaklah berbeza dengan nenek moyang mereka yang ada pada zaman nabi-nabi sebelumnya. Diantara pengkhianatan mereka adalah usaha orang-orang Yahudi Bani Nadhir yang merancang pembunuhan terhadap Rasulullah saw yang sedang duduk bersandar pada sebuah dinding dengan menjatuhkan batu ke arah beliau walaupun usaha pembunuhan ini tidak berjaya. Peristiwa ini menyebabkan Rasulullah saw memerintahkan kaum muslimin untuk mengusir mereka dari Madinah.
 
Contoh lain adalah bagaimana pengkhianatan orang-orang Yahudi Bani Quraizhah yang bersekutu dengan orang-orang Musyrik Quraisy dan Bani Ghotofan untuk mengepung kota Madinah dalam peperangan Ahzab walaupun kemudian usaha mereka mengalami kegagalan.
 
Demikianlah kebencian orang Yahudi kepada kaum muslimin sebagaimana disebutkan dalam firman Allah swt:
ertinya:
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." (QS. Al Maidah: 82)
ertinya:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." (QS. Al Baqoroh: 120)
Untuk itu Allah swt memerintahkan kepada kaum muslimin memerangi dan membenci orang-orang Yahudi, sebagaimana disebutkan didalam firman-Nya:
ertinya:
"Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya Amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan. "(QS. Al Maidah: 80)
ertinya:
"kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, Sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. "(QS. Al Mujadilah: 22)
Namun demikian Allah swt memerintahkan kaum muslimin untuk boleh berlaku adil di dalam kebenciannya. Keadilan adalah ciri seorang muslim yang harus diberikan baik kepada kawan maupun lawan, orang dekat mahu pun orang jauh. Firman Allah swt
ertinya:
"Dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. "(QS. Al Maidah: 8)
Al Qurthubi mengatakan, "Janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu kaum menjadikan kamu meninggalkan keadilan dan mengedepankan permusuhan dari kebenaran. Ini adalah dalil untuk melaksanakan undang-undang permusuhan yang sebenarnya dan juga dalil untuk melaksanakan undang-undang musuh terhadap permusuhannya kepada Allah dan melaksanakan kesaksiannya terhadap mereka kerana Allah swt memerintahkan berbuat adil walaupun dia membencinya. "(Al Jami'i li Ahkamil Qur'an juz VI hal 477 )
 
Allah swt meminta kepada setiap hamba Nya untuk sentiasa mencintai dan membenci seseorang kerana Nya bukan semata-mata kerana diri atau latar belakang orang tersebut. Hendaklah seseorang mencintai orang lain kerana keislaman atau ketaatannya kepada Allah swt dan membenci orang tersebut kerana kemaksiatan atau kekufurannya kepada Allah swt.
 
Hukum membenci orang-orang Yahudi adalah seperti halnya hukum melaknat mereka. Para ulama bersepakat dibolehkan melaknat orang-orang Yahudi secara umum atau melaknat orang-orang tertentu yang memang sudah ada nas yang telah melaknatnya sedangkan terhadap orang-orang tertentu yang tidak ada nash baik dari Al Qur'an maupun hadits maka telah berlaku perbezaan ulama ada diantara mereka yang melarang namun ada juga yang membolehkannya jika dia orang kafir dan bukan orang fasiq sedangkan kelompok ketiga adalah membolehkan secara mutlak.
 
Syeikhul Islam Ibnu taimiyah mengatakan, "Melaknat dibolehkan secara umum terhadap orang-orang yang melaknat Allah dan Rasul-Nya. Adapun melaknat orang-orang tertentu adalah jika dia mengetahui bahawa orang itu mati dalam keadaan kafir maka dibolehkan melaknatnya. Adapun orang-orang tertentu yang fasiq maka tidak dibeolehkan melaknatnya disebabkan adanya larangan Nabi saw untuk melaknat Abdullah bin Himar, seorang peminum khamr meskipun dibolehkannya melaknat secara umum terhadap setiap peminum khamr meskipun melaknat orang-orang tertentu yang fasiq atau para penyeru bid'ah masih menjadi perdebatan. "(Majmu 'Fatawa juz VI hal 511)
 
 
Tidak Semua Israel adalah Yahudi
Kata Israel adalah sebutan untuk Nabi Ya'qub as yang merupakan hasil perkahwinan Nabi Ibrahim as dengan Sarah. Allah swt memberikan keturunan kepada Ya'qub seramai 12 orang yang kemudian dikenali dengan nama Bani Israil (Anak-anak Ya'qub). Diantara 12 orang tersebut terdapat Yusuf as yang kemudian Allah jadikan nabi dan mengajak ayah beserta saudara-saudaranya untuk bermukim di Mesir.
 
Sedangkan Yahudi adalah umat Nabi Musa as. Pada asalnya Yahudi adalah agama langit yang mempunyai kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as namun kemudian mereka menyimpangkan dan merubahnya. Yahudi saat ini bukanlah Yahudi yang diturunkan kepada Musa As akan tetapi ia adalah ajaran yang lain, sebagaimana firman Allah swt:
ertinya:
"Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah Perkataan dari tempat-tempatnya." (QS. An Nisaa: 46)
Realiti ilmiyah dan nash menguatkan akan penyimpangan tersebut. Sejarah menyebutkan, "Sesungguhnya taurat diturunkan pada abad ke-6 SM, iaitu 9 abad setelah Musa as, hal ini juga ditambah dengan anggapan orang-orang Yahudi dan Nasarani bahawa taurat yang sekarang ini adalah tulisan tangan Musa. Akan tetapi para penyelidik abad pertengahan mengkritik pendapat tersebut dan menjatuhkan (hujah-hujah mereka). Ternyata taurat tersebut adalah tulisan dari Azran si pembuat kertas. Dan kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kumpulan Kajian Perancis bahawa Musa tidaklah menulis taurat .. Sebahagian Orientalis mengatakan, "Sesungguhnya taurat saat ini tidak lebih dari sebatas buku sejarah." (www.islamweb.net)
 
 
Kewajiban Seorang Muslim terhadap Mujahidin Palestin
Permasalahan muslimin Palestin adalah permasalahan seluruh kaum muslimin, kerana Rasulullah saw telah mengibaratkan bahawa kaum muslimin ini adalah bagai satu tubuh, manakala ada satu anggota tubuhnya sakit maka penyakit tersebut akan dirasakan oleh seluruh anggota tubuhnya sehingga menjadikan dirinya tidak boleh tidur dan sakit.
 
Allah telah mengatakan didalan firman-Nya
ertinya:
"orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. " (QS. Al Hujraat: 10)
Tentunya persaudaraan yang diikat atas dasar kesamaan aqidah dan keimanan jauh lebih kuat daripada sebatas nasab, kedaerahan atau kebangsaan. Persaudaraan atas dasar iman (Ukhuwah Imaniyah) inilah yang akan berkekalan hingga ke akhirat.
 
Untuk itu seluruh kaum muslimin harus berupaya semaksimum mungkin membantu rakyat Palestin dalam usaha mencari jalan keluar dari penderitaan yang disebabkan oleh orang-orang Zionis Yahudi.
 
Diantara yang boleh dilakukan kaum muslimin dalam membantu mereka antara lain:
  1. Mendesak negara-negara islam untuk menghantar pasukannya ke sana.
  2. Penghantaran bantuan ubat-ubatan dan makanan pokok yang sekarang sudah sangat menipis.
  3. Terus menerus menerbitkan tentang keadaan-keadaan terkini yang berlaku di Palestin kepada masyarakat muslim demi menggugah persaudaraan islam diantara kaum muslimin.
  4. Penyaluran zakat-zakat, sedekah serta infak kepada mereka kerana merekalah orang yang paling berhak menerimanya.
  5. Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan serta kebaikan kepada mereka di dunia maupun akheratnya.
 
 
Wallahu A'lam
 
 

*Oleh Ustadz Sigit Pranowo, Lc-,
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
 
No comments

Kopi Cappuccino Adalah Simbol Kemenangan Eropah Terhadap Khilafah Turki Utsmaniah

Cara masyarakat Eropah mengambil kopi tidak jauh beza dengan masyarakat Muslim ketika itu iaitu menghidangkannya sebagai minuman kopi. Kopi serbuk direbus dengan air kemudian ditambah gula untuk menghilangkan rasa pahitnya.
 
Namun, pada masa ini semakin banyak kita kenal kopi yang disajikan dalam bentuk campuran seperti susu, krimer atau bahan minuman lain seperti halia dan ginseng serta penambahan pelbagai jenis perisa selain kopi.
 
Inovasi terhadap kopi ini bermula pada tahun 683 lagi sejak penemuan kopi yang dikenali hingga kini dengan cappuccino. Cara penyediaan ala cappuccino ini diinspirasi oleh Marco D' Aviano, seorang imam Biara Capuchin yang turut berperang melawan pasukan Turki Ustmaniah di Benteng Vienna 1683.
Menyusul kemenangan mereka terhadap pasukan Turki, mereka menjumpai karung berisi kopi yang ditinggalkan oleh tentera Turki. Namun bagi mereka rasa kopi tersebut terlalu kuat. Mereka mencampurkan kream dan madu. Campuran ini menjadikan kopi berubah warna menjadi coklat yang mirip dengan warna jubah yang dikenakan Biara Capuchin.
 
Penamaan cappuccino ini merupakan penghormatan untuk Marco D' Aviano's. Sejak saat itulah cappuccino menjadi minuman yang cukup digemari dengan rasa yang sangat enak. Mereka menjadikan Cappucino ini sebagai simbol kemenangan Eropah terhadap Khilafah Turki Utsmaniah.
 
Ternyata pengaruh budaya Islam terhadap Eropah sangatlah kuat dan banyak sekali bukan hanya dalam bidang sains , teknologi, seni atau seni bina. Kisah di atas hanya memaparkan salah satu dari sekian banyak tradisi masyarakat Islam yang diguna pakai oleh bangsa Eropah dan kemudian merebak ke semua peradaban dunia.
 
 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com dari artikel Kopi, Warisan Islam yang Mendunia.
 
No comments

Niat (Hijrah)

Mafhum hadiths:
Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab RadiALLAHuanhu beliau berkata:
"Aku mendengar Rasulullah SalALLAHualaihiwasalam bersabda:
 
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada ALLAH dan RasulNYA, maka hijrahnya kepada ALLAH dan RasulNYA. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
[ Hadiths ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadiths; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Al-Mughirah ibn Barzirbah Al-Bukhari dan Abu Al-Husain Muslim ibn Al-Hajjaj ibn Muslim Al-Qusyairie Al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih ]
No comments

Monday 23 December 2013

Ambil kesempatan waktu sihat sebelum datang masa sakit

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu. Ibnu 'Umar r.a. pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. (Hadis riwayat Al-Bukhari.)
Daripada Anas r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. (Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi).
No comments

Thursday 19 December 2013

Solat dan rukhsah

Berpakaianlah menutup aurat dan sentiasa berwuduk bagi memudahkan bersolat. - Gambar hiasan
 
SESUNGGUHNYA sebagai makhluk ciptaan ALLAH SWT kita diamanahkan dengan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.
ALLAH SWT menganugerahkan akal fikiran, amanah dan tidak terkecuali daripada menunaikan tanggungjawab terbesar iaitu solat lima waktu sehari semalam tanpa ada sebarang kelonggaran pada umumnya.
 
Jamak dan qasar
Pensyarah Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Ahmad Farid Ibrahim menjelaskan, Islam adalah agama mudah dan langsung tidak membebankan umatnya. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi musafir disarankan melakukan solat jamak dan qasar, begitu juga semasa kita melakukan aktiviti beriadah seperti meneroka hutan, mendaki bukit dan sebagainya.
 
"Harus disematkan dalam minda akan pentingnya kewajipan bersolat walau dalam apa jua keadaan. Hak untuk bersolat langsung tidak dapat dinafikan. Ini tidak,  bayangkan satu situasi, apabila tidak membawa telekung sembahyang terus tidak bersolat sedangkan jika baju yang dipakai bersih serta menutup aurat boleh sahaja untuk menunaikan solat.
 
"Mahu atau tidak mahu sahaja, kerana itulah kita disarankan sentiasa dalam keadaan berwuduk dan berpakaian menutup aurat sekali gus membolehkan kita bersolat," katanya kepada Rehal.
 
Menurutnya, umat Nabi SAW tergolong sebagai umat yang diberi kemudahan berbanding umat rasul dan nabi lain.
 
Bayangkan, semasa peristiwa Israk wal Mikraj, Nabi SAW menerima perintah bersolat daripada ALLAH dalam jumlah yang banyak, namun atas nasihat daripada nabi lain, Nabi SAW meminta ALLAH mengurangkan bilangan itu sehingga menjadi lima sehari semalam.
 
Lihatlah betapa ALLAH memberi kemudahan kepada umat Muhammad.
 
Solat semasa berekreasi
Ustaz Farid menjelaskan, dalam kehidupan seharian sebagai makhluk ALLAH yang beriman, kita tidak terkecuali daripada hidup bebas ke sana dan ke sini tanpa ada sekatan.
 
"Ketahuilah bahawa dalam kita berseronok menjalani hidup sebagai hambaNya seperti berekreasi, mendaki gunung atau mengembara (bermusafir) tetap tidak dapat lari daripada tugas utama iaitu beriman kepada ALLAH dengan bersolat di mana jua dan dalam keadaan macam mana sekalipun," katanya.
 
Menurutnya, ramai kurang jelas mengenai hukum dan panduan melaksanakan solat ketika waktu pendakian kerana ada berpandangan solat itu boleh diqada atau ditinggalkan begitu sahaja dengan alasan sukar mencari air untuk berwuduk atau ada juga berpandangan dalam keadaan berpakaian kotor comot dan tidak selesa penuh dengan lumpur dan berpeluh.
 
Namun Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai kaedah, panduan dan peraturan hidup bermula dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besarnya. Islam itu sendiri memperlengkapkan setiap apa jua bentuk amalan dengan peraturan dan panduan serta hukumnya yang tersendiri.
 
Sebagai Muslim kita diwajibkan menunaikan solat walau di mana berada
 
Solat semasa bermusafir
Nabi SAW berkata kepada Imran bin Hushain: "Solatlah kamu sambil berdiri, dan jika kamu tidak mampu, maka sambil duduk, dan jika tidak mampu, maka dengan berbaring". (Riwayat Bukhari).
 
Menurut mazhab Syafie, apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60 batu / + 80km), maka dia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan diberi ALLAH kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
 
Permulaan musafir ini dikira setelah keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
 
Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira melebihi dari 60 batu.
 
Jika seseorang itu sudah sampai ke kawasan dia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.
 
Seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama empat hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya dia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
 
Semasa berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka dia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.
 
Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan dia tahu ke mana arah tujuannya bolehlah jamak/qasar.
 
Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.
 
Menyapu khuf (usap sepatu)
Jika dikaji dari sudut kaedah pelaksanaannya, Islam menyarankan umatnya supaya laksanakanlah solat itu walaupun dalam keadaan seperti di atas, jadi kefahaman mengenai kaedah menyapu khuf  (mengusap sepatu) adalah sesuatu kaedah yang penting.
 
Seseorang itu boleh melakukan solat itu dalam keadaan bersepatu yang mana sepatu atau kasut itu tadi dipakai sebelum melakukan solat serta pemakai tadi diisyaratkan dengan menyapu kedua-dua khuf tadi dengan lima syarat:
  1. Kedua-dua dipakai setelah wuduk yang sempurna (iaitu dipakai dalam keadaan berwuduk).
  2. Hendaklah kedua-duanya menutupi semua tempat kaki yang wajib dibasuh( ketika berwuduk), kerana kedua-duanya tidak dinamakan khuf kecuali dalam keadaan demikian.
  3. Hendaklah keduanya tahan daripada dimasuki air ke dalam kaki, kecuali di bahagian jahitan.
  4. Hendaklah keduanya kuat dan lasak sehingga boleh berjalan berturut-turut sehari semalam bagi orang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi yang bermusafir.
  5. Kedua-duanya adalah suci. Sekiranya ia diperbuat daripada kulit bangkai, maka ia hendaklah kulit bangkai yang disamak.
 
 
 

*Oleh SYAHIDATU L AKMA L DUNYA, Sinar Harian, 15 November 2013
No comments

Hukum Letak Ayat Al-Quran Dalam Kad Jemputan Kahwin

Pelbagai yang perlu dititikberatkan terutama apabila melibatkan agama. Isu ini kami ada terbaca di dalam salah satu suratkhabar dan elok untuk dikongsikan bersama-sama. InsyaAllah dapat dimanfaatkan bersama di kemudian hari.
 
Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
 
Beliau berkata, tindakan itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.
 
"Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya.
 
Namun, Othman berkata pihak terbabit meletakkan ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan.
 
"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja," jelasnya.
 
Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
 
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.
 
Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
 
Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata, pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.
 
"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi," katanya.
 
Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata, "pihaknya sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya.
 
 
.....Wallahualam
 
No comments

Wednesday 18 December 2013

Jika mahu insan boleh berubah...

AL-QA'NABI (130-221H) ataupun nama penuhnya 'Abd Allah bin Maslamah bin Qa'nab al-Harithi adalah anak murid al-Imam Malik bin Anas.
 
Al-Qa'nabi antara murid Malik yang terbilang. Dia mendampingi al-Imam Malik di Madinah dalam tempoh yang lama.
 
Dikatakan selama lebih 20 tahun. Dia salah seorang perawi al-Muwatta daripada al-Imam Malik.
 
Bahkan dia dianggap perawi al-Muwatta paling thiqah (dipercayai). Terkenal dengan zuhud dan warak dan doanya mustajab. Beliau digelar al-Rahib ataupun pendeta kerana kuat beribadah.
 
Disanjungi ahli hadis. Beliau juga salah seorang al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Namanya amat besar dalam dunia periwayatan hadis.
Al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597) dalam Kasyf al-Musykil menyebut riwayat daripada salah seorang anak al-Qa'nabi bahawa bapanya dahulu semasa di Basrah peringkat awal meminum nabiz (air perahan/tuak) dan terlibat dengan perkara yang tidak baik.
 
Ketika dia berada di pintu rumahnya, ilmuwan hadis besar Basrah iaitu Syu'bah bin al-Hajjaj lalu bersama dengan orang ramai yang mengikutnya.
Al-Qa'nabi bertanya: "Siapakah dia ini?".
Mereka memberitahunya: "Itu Syu'bah".
Dia berkata: "Siapa dia Syu'bah?".
Mereka bertanya: "Muhaddith (ahli hadis)".
 
Al-Qa'nabi memakai kain merah keluar di hadapan Syu'bah lalu berkata: "Bacakan kepadaku hadis".
Syu'bah menjawab: "Engkau bukan kalangan ahli hadis untuk aku meriwayatkan hadis untukmu".
Lalu al-Qa'nabi mengugutnya dengan pisau sambil berkata: "Samada kau riwayatkan hadis untukku ataupun aku cederakan kau".
Maka Syu'bah pun berkata: "Telah menghadiskan kepadaku Mansur daripada Rib'i (bin Harash) daripada  Abu Mas'ud (Al-Ansari), beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: "Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu mahu".
 
Mendengar hadis tersebut al-Qa'nabi telah mencampakkan pisaunya dan pulang ke rumahnya. Dia mencurahkan semua nabiz yang ada di rumahnya. Dia meminta ibunya jika kawannya datang izinkan mereka masuk, beri mereka makan dan beritahu apa yang dia lakukan iaitu menuang semua nabiznya agar mereka tahu dan pulang.
 
Lalu Al-Qa'nabi pergi ke Madinah (tempat kelahirannya) dan berguru hadis dengan al-Imam Malik bin Anas. Apabila dia pulang ke Basrah semula, pada masa itu Syu'bah  meninggal. Dia tidak sempat mengambil hadis dari Syu'bah melainkan sepotong hadis tadi iaitu "Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu mahu".
(Ibn Jauzi, Kasyf al-Musykil  min Hadith al-Sahihain 1/437. Riyadh: Dar al-Watan).
 
Berubah
Saya petik kisah di atas bagi menggambarkan betapa insan itu boleh berubah dengan perubahan yang sangat besar dalam hidup, dari seorang insan yang kurang baik kepada yang terbaik dan amat baik. Sehingga ALLAH SWT mengangkat namanya di persada kesolehan dan kemuliaan.
 
Tiada yang menghalang seseorang untuk berubah menjadi watak yang sepenuhnya berbeza dari zaman kegelapannya apabila dia mendapat cahaya petunjuk dan benar-benar memenuhi dirinya dengan cahaya itu.
 
Keikhlasan akan menjemput pertolongan ALLAH hadir untuk seseorang yang benar-benar ingin berubah dan terus istiqamah atas perubahan dirinya itu.
 
Untuk berubah kepada kebaikan kadang-kala tidak memerlukan peristiwa besar. Dalam kes al-Qa'nabi tadi, tadi satu ungkapan hadis sahaja merubah keseluruhan hidupnya. Kebaikan itu jika memang tersimpan dalam diri seseorang dengan mudahnya akan menjelma dan membuak-buak keluar apabila suis ataupun pintunya dibuka.
 
Kadang-kala pintu itu tertutup rapat sedangkan kebaikan ada dalamnya. Untuk menjelmakan segala kebaikan yang ada di sebalik pintu yang tebal dan kukuh hendaklah dibukakan terlebih dahulu kelopak pintu itu.
 
Tidak semesti dirobohkan ataupun dikopak hingga terkoyak pintu. Sebenarnya, untuk membuka pintu yang teguh memerlukan kunci yang betul. Tidak semestinya kunci kena besar. Kecil pun jika betul boleh membukanya.
 
Unsur kebaikan
Saya tertarik dengan kata-kata Sayyid Qutb sebelum dihukum gantung mati dalam surat kepada adik perempuannya, Aminah Qutb. Surat itu kemudian dijadikan risalah kecil yang dinamakan Afrah al-Ruh.
 
Semasa usia saya dua puluhan saya pernah bermimpi berbicara dengan Sayyid Qutb dalam keadaan saya sedang membaca surat tersebut. Antara yang beliau sebut dalam suratnya:
"Apabila kita mencari sudut baik dalam jiwa manusia kita akan dapati di sana kebaikan yang banyak barangkali mata tidak dapat melihatnya pada awal pandangan"
Beliau menyebut lagi:
"Sesungguhnya kejahatan itu bukanlah sesuatu yang mendalam di jiwa insani sehingga ke peringkat kita bayangkan kadang-kala. Ia hanyalah kulit keras luaran yang manusia gunakannya menghadapi kehidupan demi untuk bertahan.
 
Apabila mereka beriman maka tersingkaplah kulit keras luaran itu, zahirlah buah manis yang menyelerakan... buah manis ini hanya tersingkap kepada sesiapa yang mampu menjadikan manusia merasa aman di sisinya... dengan keyakinan terhadap kasihnya... dengan simpati yang hakiki atas masalah, kesakitan, kesilapan dan kebodohan mereka... dengan sedikit berlapang dada pada peringkat awal menjamin untuk merealisasikan itu semua. Ia lebih pantas dari sangkaan kebanyakan orang.."
Insan tidak boleh berputus asa dengan hidupnya. Tidak boleh berputus harap terhadap masa depan yang berada di tangan Tuhan. Rahmat ALLAH itu sangat luas, Dia tidak pernah mensia-siakan sesiapa benar-benar ikhlas ingin kembali kepadaNya.
 
ALLAH itu bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang yang kembali kepadaNya dengan pelbagai anugerah istimewa.
 
Di samping Dia kadang-kala menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNya yang kembali kepadaNya itu, Dia juga membuka pelbagai pintu yang tidak disangka dan diduga.
 
Firman ALLAH: (maksudnya) "kecuali orang yang bertaubat, beriman serta mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu, ALLAH akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan; dan ALLAH itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Surah al-Furqan: 70).
 
Dalam ayat ini ALLAH menyatakan bahawa ALLAH menukarkan kejahatan ataupun dosa mereka yang bertaubat menjadi kebaikan. Antara yang ditafsirkan oleh para ulama bahawa dengan taubat yang nasuha dosa-dosa kejahatan ditukar menjadi pahala di akhirat kelak.
 
Betapa besarnya rahmat ALLAH kepada sesiapa sahaja yang benar-benar ingin kembali kepadaNya. Dosa-dosa menjelma menjadi pahala, bayangkan rahmatNya.
 
Tiada yang menghalangkan insan kembali kepada Tuhan melainkan kesombongan dirinya sendirinya. Unsur kebaikan telah Tuhan letakkan dalam diri insan, kitalah yang wajar berusaha menyingkapkannya.
 

*Oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri, 13 Disember 2013
No comments

Tuesday 17 December 2013

Kalendar Takwim Islam Tahun 2014 Di Malaysia

Kalendar Takwim Islam 1435H-1436H Tahun 2014 Di Malaysia. Tarikh penting dalam takwim Islam ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat islam di Malaysia.

Kalendar Takwim Islam Tahun 2014 Malaysia

Sila klik imej untuk paparan jelas

takwim

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Bulan Islam

takwim-2014

No comments

Golongan ustaz semakin glamor

Sedari dahulu hingga kini, golongan ahli politik adalah mereka yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Namun, dari semasa ke semasa akan terdapat golongan lain yang turut menjadi popular. Penampilan, persembahan mahupun fikiran mereka akan menjadi rujukan dan ikutan. Pendek kata, mereka adalah golongan yang glamor pada satu-satu masa itu.
 
Bila kita susur kembali ke zaman pra-merdeka dan tahun-tahun  akhir 50an, golongan sasterawan adalah kumpulan yang menjadi perhatian dan ikutan. Karya mereka menjadi bahan bacaan dan tontonan. Mereka turut berganding bahu dengan golongan ahli-ahli politik untuk meniup semangat kemerdekaan. Siapa tak kenal dengan golongan sasterawan Usman Awang, Keris Mas, Mahsuri S N, Samad Ismail dan A Samad Said pada zaman itu?
 
Pada ketika itu golongan artis juga adalah golongan yang glamor. Nama-nama seperti P Ramlee, Jamil Sulong, M Amin, S Roomai Noor, Nordin Ahmad, Sarimah, Latifah Omar dan Roseyatimah adalah di antara biduan dan biduanita yang disukai masyarakat. Kemudian pada tahun-tahun 60an, muncul pula nama-nama artis seperti A Rahman Hassan, A Rahman Onn, Fatimah M Amin dan Sanisah Huri di era pop yeh-yeh yang mendapat ruang di hati masyarakat.
 
Beranjak ke tahun-tahun 70an, golongan artis masih menjadi sebutan. Penyanyi seperti DJ Dave, Uji Rashid dan Hail Amir serta pelakon seperti Yusof Haslam, Zulkiflee Zain dan Normala Omar adalah di antara nama-nama yang meniti di bibir para peminat. Tahun-tahun 80an pula menyaksikan kumpulan rock kapak mendapat tempat. Kumpulan Search, Wings, Febians, Lefthanded dan Gersang adalah di antara berpuluh-puluh band rock yang menjadi glamor.
 
Namun pada tahun-tahun 90an, minat masyarakat mula beranjak daripada golongan ahli politik dan artis. Tidak ramai yang menyedari kemunculan golongan ustaz telah mula mengambil tempat di hati masyarakat. Kini mereka adalah golongan yang ketiga terkenal selepas golongan ahli politik dan artis.
 
Bermula dengan rancangan Forum Perdana di RTM 1 pada setiap malam Jumaat, nama-nama ustaz seperti Ustaz Hassan Din, Ustaz Harun Din, Datuk Md Hashim Yahya, Dr Hassan Ali dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mula dikenali masyarakat bila diangkat ke kaca televisyen. Mereka membawa imej kemodenan dan persepsi kesemasaan.
 
Setelah dua dekad berlalu, minat masyarakat terhadap golongan ustaz semakin kukuh. Malah akan jauh lebih kukuh berbanding dengan pengaruh ahli-ahli politik mahupun kepopularan para artis.
 
Jika kita buka saluran televisyen berbahasa Melayu di waktu pagi, kita tidak akan terlepas untuk menatap wajah ustaz memberi ceramah mahupun menjawab kemusykilan agama. Kemunculan saluran televisyen khas mengisi rancangan berbentuk agama seperti TV AlHijrah, Astro Oasis dan TV9 serta radio Ikim memperkukuhkan kehadiran ustaz sebagai golongan yang glamor.
 
Saya tertonton rancangan Pencetus Ummah di rangkaian Astro, sebuah program realiti untuk mencari penceramah agama. Di rancangan itu, para pesertanya bukan sahaja diminta berceramah, malah berlakon dan berlawak, siap dengan persembahan efek khas bunyi dan imej sebagai cara mereka menarik hati penonton.
 
Bersyukur kita kerana mempunyai ustaz-ustaz yang semakin kemas imej dan fasih pertuturan. Ini amat sesuai dengan kehendak masyarakat. Orang sekarang tidak lagi bertanya mengenai mandi hadas dan hukum bersugi sebelum solat. Malah, mereka sudah berani mempersoalkan hal-hal yang lebih berilmu seperti sejarah Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
Ustaz sudah tidak berketrampilan jika hanya berbaju Melayu atau berjubah, berkain pelikat dan bercapal.  Mereka kini mempamerkan imej yang dekat di hati khalayak. Mereka sudah berkot dan bertali leher. Mereka tidak lagi membuka kitab kuning, sebaliknya menatap kitab di tab.
 
Mereka ada akaun Twitter, Facebook dan Instagram. Mereka tidak lagi dianggap golongan yang elit dan eksklusif. Malah mereka telah diterima sebagai golongan yang menjadi pakar rujuk dan penasihat.
 
Dalam pada memainkan peranan sebagai penyatu ummah, mereka sendiri perlu dilihat bersatu sesama mereka. Kadangkala, hujah dan debat sesama mereka dilihat tidak molek dan tidak thiqah sebagai ustaz. Tidak thiqah itu tidak semenggah.
 
Perselisihan pendapat sesama mereka perlu ditangani secara tertib kerana para ustaz adalah penyatu ummah. Tugasnya berat. Jangan diberatkan lagi.
 

*Oleh NORDEN MOHAMAD, Sinar Harian, 18 Disember 2013
No comments

Friday 6 December 2013

Empat Panji-Panji Keimanan

Sebagian para hukama mengatakan:
"Sesungguhnya panji-panji keimanan itu ada empat, yaitu: Takwa; rasa malu; syukur; sabar."
Panji-panji keimanan itu ada empat, yaitu:
 
1. Takwa, yaitu ikhlas dalam menjalankan ketaatan dan terhadap kemaksiatan selalu menghindar dan menjauhinya. Ada yang mengatakan bahwa takwa adalah memelihara kesopanan-kesopanan menurut syara'. Ada pula yang mengatakan, takwa berarti mengikuti jejak Nabi saw baik perkataan maupun perbuatan.
 
2. Malu, malu terbagi menjadi dua, yaitu:
Pertama: malu jenis kejiwaan, yakni malu yang diciptakan Allah swt dalam semua jiwa, seperti malu karena terbukanya aurat atau bersetubuh di hadapan orang banyak.
 
Kedua: Malu imaani (malu yang bersifat keimanan), yakni malu melakukan kemaksiatan, seorang mukmin seyogyanya mencegah dirinya berbuat maksiat, karena takut kepada murka dan azab Allah swt.
3. Syukur, yaitu memuji pada yang berbuat kebaikan dengan menyebut-nyebut kebaikannya. Seorang hamba harus bersyukur kepada Allah swt dengan senantiasa menyebut-nyebut kebaikan dan kenikmatan yang telah dianugerahkan oleh Allah swt.
 
4. Sabar, yaitu tidak mengeluh kepada selain Allah swt atas berat dan sakitnya musibah ujian yang ditimpakan kepadanya.
 
Dalam hal ini kita perlu berdoa dengan doa Tamiim Ad-Daari bin habib yang telah di ajarkan oleh Nabi Khidir ketika kembali dari dasar tanah, karena diculik oleh jin ke Madinah As-Syarifa, yaitu:
"Ya Allah, hendaklah kiranya Engkau anugerahkan kenikmatan kepadaku dengan rizki yang telah Engkau berikan padaku, jagalah diriku dari perkara-perkara yang Engkau larang, janganlah Engkau jadikan aku butuh kepada orang yang Engkau jadikan tidak memerlukan kami. Dan hendaklah kiranya Engkau menghimpun aku termasuk dalam rombongan umat junjunganku yaitu Nabi Muhammad saw. Berilah aku minum dengan gelasnya dan jauhkanlah aku dari melakukan kemaksiatan kepada-Mu.
 
Ketika engkau mematikan aku, maka matikanlah aku dalam keadaan takwa. Berilah aku petunjuk untuk selalu mengingat Engkau. Dan jadikanlah aku sebagai pewaris-pewaris surga tempat kenikmatan. Dan hendaklah kiranya Engkau jadikan aku sebagai orang yang beruntung dan bahagia, bukan orang yang celaka, wahai Tuhan Yang Memiliki segala keagungan dan kemuliaan."
 
Diriwayatkan, bahwa Nabi saw bersabda:
"Puncak iman itu ada empat hal, yaitu Sabar menerima keputusan Allah, rela menerima takdir, ikhlas bertawakal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah." (HR Abu Nu'aim).
 
 
No comments

Thursday 5 December 2013

Solat Boleh Sembuhkan Penyakit Kronik

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
 
Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
 

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
- Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
 
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
 
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.
 
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
 
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
 

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalogr aphy) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
 
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
 
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
 
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya.
 
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
 
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
 
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
 

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
 
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
 
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.
 
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
 
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
 
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
 
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
 
?Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
 
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
 
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
 
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
 
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
 
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
 
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
 
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.
 
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
 
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
 
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
 
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
 
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
 
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
 
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
 
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari
 
 
No comments