+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Tuesday 26 November 2013

Biara bakal jadi masjid

Istanbul, 26 Nov. - Sebuah biara usang dan terbiar yang dibina pada kurun kelima di Istanbul dilaporkan bakal diubah suai untuk dijadikan masjid tahun depan.
 
Rancangan mengubah fungsi biara itu yang dibina sebagai penghargaan kepada paderi St John dan dianggap paling penting dalam tamadun Constantinople didedahkan sebuah akhbar harian tempatan semalam.
 
Pihak berkuasa Islam di Istanbul tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan laporan berkenaan tetapi kerajaan pimpinan Recep Tayyip Erdogan menjadi sasaran kritikan pengikut sekular kerana semakin gigih menerapkan nilai Islam di negara berkenaan.
 
Menurut laporan akhbar tempatan, biara berkenaan sebelum ini runtuh akibat kebakaran serta gempa bumi tetapi akan diubah suai tahun depan sebelum dijadikan masjid.
 
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc membangkitkan kemarahan Greece apabila menyatakan monumen Hagia Sofia yang berusia lebih 1,500 tahun juga dipertimbangkan untuk dijadikan masjid.
Bangunan itu pernah dijadikan masjid ketika zaman Uthmaniyah pada abad ke-15 sebelum diubah menjadi muzium oleh tokoh sekular agung negara berkenaan, Mustafa Kamal Ataturk.
 
Dua bekas gereja di bandar lain di Turki baru-baru ini juga telah ditukar fungsinya menjadi masjid. - AFP
No comments

'Doa Mandul'

Pada suatu hari, seorang cendekiawan yang bernama Hasan Basri sedang duduk berbincang-bincang bersama dengan sahabat-sahabatnya di rumah. Beliau seorang yang pandangan dan nasihatnya selalu diminta oleh orang ramai apabila mereka menghadapi masalah ataupun musykill akan sesuatu perkara.
 
Sedang mereka asyik berbincang, tiba-tiba muncul seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan dalam keadaan sedang bersedih.
 
"Hujan tidak juga turun-turun" kata lelaki itu dengan nada mengeluh.
 
Hasan menggeleng-gelengka n kepalanya apabila mendengar keluhan lelaki itu.
 
"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" pesan Hasan kepadanya.
 
Mendengar nasihat Hasan Basri, lelaki itu pun pulang ke rumahnya. Tidak berapa lama kemudian, datang pula seorang lelaki lain. Dia juga kelihatannya bersedih.
 
"Saya menderita kemiskinan" keluh lelaki itu.
 
"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" nasihat Hasan Basri kepadanya.
 
Lelaki itu pun pulang. Kemudian datang lagi lelaki yang juga dalam kesedihan.
 
"Isteri saya mandul, tidak dapat melahirkan anak kepada saya" keluh lelaki itu.
 
"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" nasihat Hasan Basri, sama seperti sebelumnya.
 
Lelaki itu pun pulang. Kemudian, datang lagi seorang lelaki lain.
 
"Bumi sudah tidak subur lagi. Tidak ada hasil" keluh lelaki itu.
 
Hasan Basri memberikan nasihat yang sama kepadanya. "Banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan"
 

Sahabat-sahabatnya merasa hairan dengan sikap Hasan Basri. Nasihat yang sama juga diberikan.
 
"Kenapa nasihat yang sama sahaja saudara diberikan kepada mereka itu, iaitu supaya masing-masing memohon ampun daripada Tuhan saja, sedangkan mereka masing-masing menghadapi masalah yang berlainan?" kata mereka.
 
Hasan tersenyum mendengar kritikan mereka itu.
"Apakah saudara tidak pernah mendengar kata-kata Tuhan yang bermaksud 'Maka Aku perintahkan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhan. Dialah Tuhan Maha Pengampun. Dia mengirimkan, kepadamu hujan yang lebat, memperbanyakkan harta dan anak serta menyuburkan bumi bersama sungai-sungai yang mengalir'" kata Hasan Basri memberi penjelasan.
 
 

*Petikan dari Buku Cerita-cerita Motivasi untuk Iman, Karangan: Ainol Khusyairi Radzi.
 
 
No comments

Masuk syurga kerana bulu mata

SEORANG hamba ALLAH SWT diadili di hari pengadilan kelak, dia menghadapi tuduhan kerana mensia-siakan hidupnya di dunia demi untuk berbuat maksiat.
 
Sebaliknya, dia berkeras membantah dengan mengatakan tidak pernah melakukan perkara berkenaan.
 
Dia menafikan apabila malaikat memberitahu mengenai kesalahannya: "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
  • Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."
  • Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang."
  • Disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu."
  • Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
  • Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu."
  • Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap."
  • Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."
  • Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu."
"Kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian mengenai perbuatan aibmu." kata malaikat lagi.
 
Lelaki tersebut tidak mampu menyatakan apa-apa hujahan lagi lantas dia berputus asa dan berduka kerana sebentar lagi akan dihumbankan ke dalam panasnya neraka jahanam.
 
Dia  berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindung. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara halus yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, "Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."
Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukannya.
 
Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
 
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga.
 
 
No comments

Friday 22 November 2013

Hukum Kahwin Cina Buta (Muhallil)

Soalan:
Dalam masyarakat melayu kita biasa mendengar "Cina buta", setahu saya "cina buta" adalah satu perlakuan yang telah dirancang oleh pihak tertentu, sekiranya berlaku kejadian tersebut adakah perkahwinan semula di antara bekas suami dan bekas isteri yang ditalak tiga itu sah setelah "cina buta" selesai dilakukan?
Jawapan:
Kahwin cina buta iaitu seseorang lelaki mengahwini perempuan yang telah ditalak tiga kali oleh suaminya setelah habis masa iddahnya ia berkahwin dengan wanita tersebut kemudian mentalaknya dengan tujuan agar bekas suaminya yang pertama dapat kahwin dengan dia kembali. Kahwin semacam ini termasuk dosa besar dan mungkar yang diharamkan oleh Allah dan orang yang melakukannya mendapat laknat daripada Allah SWT.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Allah melaknat muhallil (yang kahwin cina buta) dan muhallalnya (bekas suami yang menyuruh orang menjadi muhalil)" (Riwayah Ahmad)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments

Thursday 21 November 2013

Petua Anak yang Lari dari Rumah

Petua arang tua dulu-dulu
  1. Ambil baju anak tersebut yang dipakai kali terakhir sekali,
  2. Gantung depan rumah,
  3. Biarkan ia ditiup angin,
  4. Baca surah 3 Kul 3 kali.

*Di petik dari ceranah Ustaz Badli Shah Alaudin di Masjid Istiqamah (17.3.2013)
No comments

Jumaat : Hari Yang Sangat Istimewa

HARI

Jumaat, merupakan hari yang sangat istimewa dalam Islam. Sebagaimana yang sudah sedia kita ketahui. Ada banyak hal yang disebutkan hadith berkaitan hari Jumaat ini.

 

Apakah ia? Berikut hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan hari Jumaat. Ayuhlah bersama kita hayati dan mengertikannya, insya’Allah.

 

(1)         Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda , maksudnya; “Sebaik -baik hari yang terbit matahari ialah pada hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga  baginda dikeluarkan dari Syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

(HR Muslim)

 

(2)        Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu Wa Taala iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Idul Adha dan Hari Raya Fitrah yang mana pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian. Pertamanya hari yang dijadikan Adam Alaihissalam dan baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam Alaihissalam dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa orang berbuat maksiat, dan hari Jumaat itu juga akan terjadinya Kiamat.

(HR Ibnu Majah)

 

(3)        Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana Salawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana Salawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur).”

(HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah)

 

(4)       Rasulullah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang berwudhu dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya.”

(HR Muslim)

 

(5)        Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas Asar.”

(HR Abu Daud)

 

(6)       Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya daripada fitnah kubur (soalan di dalam kubur).

(HR At-Tirmizi)

 

(7)        Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua- duanya selagi mana dijauhi dosa- dosa besar.”

(HR Muslim)

 


Pada

hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita meningkatkan amalan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

 

Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat.

 

Ayuhlah kita perbanyakkan doa dan selawat di hari yang penuh barakah ini. Moga kita mengisi hari Jumaat dengan sebaik-baiknya serta semoga kita diberikan keberkahan dan keampunan daripadaNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Salam Jumaat.

 

 


*Rujuk- http://malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/atriza-umar/2564-hari-yang-sangat-istimewa

 

No comments

Berapa kali perlu berdoa sebelum Allah makbulkan?

Doa

adalah senjata umat Islam. Apabila berdoa, kita meminta terus daripada Allah.

 

Isu yang menimbulkan konflik dalam proses berdoa adalah isu makbul.

 

Tidak ada sebarang jaminan yang kita boleh anggarkan, bahawa bila dan bagaimana Allah tukarkan doa menjadi realiti.

 

Syeikh Shareef El Arbi berkata,"Apabila Allah buka pintu langit seluas-luasnya, maka segala jenis doa akan diterima."

 

Apabila berdoa, perbuatan yang bagus adalah kekebalan diri. Iaitu perbuatan tidak berhenti-henti berdoa. Allah sentiasa makbulkan doa.

 

Bezanya adalah makbul itu dari pelbagai penjuru yang kita tidak nampak atau sedar...

 


*Oleh Ustaz Don Daniyal

 

 

No comments

Kebenaran Suatu Yang Amat Jelas

Di dalam sebuah hadith, Nabi S.A.W. menyifatkan kebenaran yang dibawanya adalah suatu yang amat jelas. Al-'Irbath ibn Sariah meriwayatkan sebuah hadith yang diucapkan di saat-saat akhir hayat baginda S.A.W. 
 
Kata al-'Irbath:
"Rasulullah S.A.W. telah memberi peringatan kepada kami, dengan satu peringatan yang berupaya mendebarkan hati, dan mengalirkan air mata. Lalu kami bertanya wahai Rasulullah, sesungguhnya peringatan ini (seolah-olah) peringatan selamat tinggal, maka apakah yang hendak engkau pesankan kepada kami. Baginda bersabda: Sesungguhnya telah aku tinggalkan  kamu semua di atas suatu yang amat jelas, jelas bagaikan perbezaan antara malam berbanding siang, tidak ada yang terpesong darinya selepas ketiadaan-ku melainkan mereka yang binasa."
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam Sunannya, dan ia sebuah hadith yang dinilai sahih oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah.
 
Hadith ini menunjukkan, kebenaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W. adalah suatu yang amat jelas. Sifat jelasnya kebenaran itu umpama malam berbanding siang. Tidak ada yang berpaling dari kebenaran yang amat jelas ini melainkan orang-orang yang rosak dan binasa. Rosak dan binasa barangkali ada pada cara fikir seseorang atau rosak dan binasa tidak berjumpa kebenaran disebabkan kekaburan yang diciptaya sendiri. 
 
Mungkin sebahagian daripada kita akan bertanya: "Tetapi reality hari ini, Kami sukar hendak mengenali kebenaran. Si ustaz 'A' kata itu dan si ustaz 'B' kata ini.
Jika ada yang bertanya kepada anda dengan soalan sebegini, katakan kepadanya: "ketahuilah sesungguhnya kebenaran itu adalah suatu yang amat jelas. Jelasnya sepertimana yang diterangkan oleh Nabi S.A.W. di dalam hadith di atas. Ia jelas, sebagaimana jelasnya perbezaan malam berbanding siang. Mustahil Nabi S.A.W. berdusta kepada kita. Apabila baginda mengatakan kebenaran itu jelas, maka jelaslah ia. Cuma sebahagian orang mereka suka mencari dan mendapatkan kebenaran melalui jalan yang direka-cipta sendiri. Oleh yang demikian kebenaran yang jelas itu menjadi kabur dan sukar dikenal pasti bagi mereka."
 
Kebenaran Suatu yang Zahir dan terserlah
Kebenaran adalah suatu yang jelas dan ia pula bersifat zahir dan terserlah. Para pendokongnya tidak menyembunyikan diri. Ilmunya tidak berahsia, demikian juga pemikiran dan kefahaman kebenaran itu mudah difahami, diikuti dan lebih realiti. Amalannya mudah dan praktikal bersesuaian dengan sunnah Nabi S.A.W. Istighfarnya mudah, bilangannya… tak sampai jumlah ribuan.
 
Mengapa demikian sifat kebenaran?
Jawapannya mudah juga:
Kebenaran adalah untuk semua orang, maka ia mesti dizahirkan dan diserlahkan. Ia boleh difahami, diikuti dan dipraktikan oleh semua orang. Hal ini demikian, supaya nanti tidak ada yang boleh berdalih kononnya: "kami tidak ketemui kebenaran, kerana kebenaran itu sifatnya seringkali berahsia, ia didakwa berada di dalam majlis-majlis zikir di kalangan ahli-ahli khawwas, ada bersama pertapaan ahli-ahli uzlah, ada pada khayalan puak-puak hakikat dan makrifat dengan zauq dan fana. Lalu kami tidak menemui kebenaran kerana kebenaran itu nampaknya memilih bulu, dan kami tak mampu nak terjun ke alam-alam yang didakwa ada kebenarannya itu. "
Untuk itu, kebenaran mestilah suatu yang bersifat zahir dan terserlah. Ia bukan milik istimewa sesuatu puak atau golongan tertentu, bukan juga milik individu-individu yang mendakwa sudah sampai ke makam tertentu. Sebaliknya kebenaran itu adalah milik semua. Apabila  ia milik semua, ia hendaklah senantiasa bersifat zahir dan terserlah berlegar bersama-sama al-Quran dan al-Sunnah, semua lapisan masyarakat boleh mendengar dan membuat nilaian bersesuaian dengan asas-asas nilai kebenaran yang difahami dari ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
 
Demikian sebaliknya, pemikiran yang memilih untuk tidak menzahirkan kandungannya, bermakna memilih untuk tidak bersama dengan kebenaran yang disebut oleh Nabi S.A.W. di dalam sabda baginda: "Senantiasalah satu golongan dari kalangan umat-ku, zahir di atas kebenaran, tidak dapat memudharatkan mereka, sesiapa yang menyalahi mereka, sehinggalah datang ketentuan Allah, sedang mereka zahir dengan kebenaran tersebut." (al-Bukhari dan Muslim)
 
Kefahaman disebalik (mafhum mukhalafah) hadith ini yang boleh diambil dari lafaznya mengisyaratkan bahawa orang yang membiarkan diri atau pemikirannya berada di pihak yang tidak zahir dan tersembunyi atau amalannya hanya golongan-golongan tertentu sahaja yang boleh sertai adalah golongan yang bukan berada di pihak kebenaran atau al-Hak. Perkara ini demikian, kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, kebenaran itu adalah untuk semua, maka ia perlulah zahir, diketahui, boleh difahami dan diamalkan oleh semua orang. Maka apabila ada seorang yang mendakwa barangkali kebenaran itu berlawanan dengan suatu yang zahir, bermakna kefahaman orang tersebut jelas tersilap dan tersasar.
 
Terdapat sebuah athar yang dikatakan daripada Umar bin Abdul Aziz yang berkata: "Apabila kamu melihat satu kaum yang berhimpun dalam urusan agama mereka, tanpa orang ramai (bersembunyi dari orang ramai), maka ketahuilah, mereka itu berada di atas keburukan." (Riwayat ini ada kelemahan dari sudut kethabitannya, namun ia memiliki maksud yang benar.)
Pembela Kebenaran Tidak Semestinya Kumpulan Yang Ramai
Di dalam hadith di atas, ketika Nabi S.A.W. menyebut akan sentiasa ada di kalangan umat baginda satu golongan… baginda menggunakan lafaz 'To-ifah' (satu golongan), dimana kalimah 'to-ifah' di dalam bahasa Arab merangkumi maksud seorang mahupun lebih.
 
Mafhum ini dapat dilihat dengan jelas di dalam ayat al-Quran ketika Allah S.W.T. berfirman: "Dan jika dua golongan (to-ifatan) dari kalangan orang-orang yang beriman saling bertelingkah, maka perbaikilah antara kedua mereka ,dan jika salah satu dari kalangan mereka melampaui batas terhadap yang satu lagi, maka perangilah golongan yang melampau sehinggalah ia kembali kepada arahan Allah." 
 
Ini bermaksud sekiranya berlaku pertelingkahan antara dua orang yang beriman, maka mereka juga termasuk di dalam maksud to-ifatan (dua golongan) yang disuruh untuk kita memperbaiki hubungan mereka berdua.
 
Oleh itu kebenaran tidak boleh diukur dengan hanya ramai atau banyaknya pengikut, apatah lagi hanya kerana ia berupa arus perdana. Sebaliknya kebenaran dikenal apabila ia memenuhi syarat-syaratnya sebagai kebenaran. Antara syaratnya ia mestilah zahir dan terserlah. Zahir dan terserlah dalam erti kata tidak ada rahsia berdasarkan makam dan darjat. Semua golongan berhak mendengar dan mengamalkan kebenaran tersebut.
 
Sifir mudahnya, tidak mustahil ada ketikanya pendokong-pendokong kebenaran itu adalah minoriti dan pada ada ketika yang lain ia bersama dengan golongan majoriti. Inilah yang terserlah dari ungkapan yang dilontarkan oleh seorang ulama hadith, Abu Muhammad Abdul Rahman bin Ismail (meninggal pada 665 H) yang lebih dikenali sebagai Abu Syamah di dalam kitabnya: al-Hawadiyh wa al-Bida' ketika beliau menyebut:  
 
"Ketikamana datangnya arahan untuk beriltizam dengan al-Jamaah, maka yang dimaksudkan dengan al-Jamah itu ialah beriltizam dan mengikut kebenaran, sekalipun yang perpegang teguh dengannya adalah golongan yang sedikit dan yang berbeza dengannya adalah golongan yang ramai. Ini kerana kebenaran itu ialah apa yang dipegang oleh al-Jamaah yang pertama yang berada di zaman Nabi S.A.W. dan para sahabat baginda, maka jangan diperhatikan kepada ramainya golongan batil selepas dari mereka." 
 
Kebenaran Bersumberkan Dari Allah Dan Rasul
Kebenaran hanya satu, iatulah apa yang dikatakan benar oleh Allah S.W.T. dan RasulNya S.A.W. berpanduan kefahaman para sahabat R.A. dan para ulama Salaf al-Soleh, kerana mereka merupakan generasi paling memahami maksud firman Allah dan sabdaan RasulNya. Allah S.W.T. berfirman: "Kebenaran itu adalah daripada Tuhan-mu, dan janganlah kamu termasuk dari kalangan orang-orang yang ragu." (al-Baqarah: 147).
 
Di dalam ayat yang lain Allah S.W.T. berfirman: "Dan katakanlah, kebenaran itu daripada Tuhan kamu semua, maka sesiapa yang mahukan keimanan, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahukan keengkaran, engkarlah."
 
Ayat ini bukanlah bermaksud setiap orang bebas memilih keimanan atau kekufuran tanpa ada sebarang galakan atau ancaman. Sebalikinya ayat ini seolah-olah menyeru sesiapa yang hendakkan balasan baik dari Tuhannya, maka hendaklah dia beriman, dan sesiapa yang hendakkan balasan azab daripada Tuhannya maka pilihlah kekufuran. Ini kerana perbezaan diantara keimanan dan kekafiran itu adalah suatu yang amat jelas.
 
Inilah neraca utama untuk mengenali kebenaran. Adapun yang lainnya seperti zahir, terserlah dan seumpamanya datang setelah ciri utama ini dipenuhi. Nabi S.A.W. bersabda: "Telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, selama mana kamu berpegang teguh dengan kedua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitulah kitab Allah dan Sunnah rasulNya."
 
Allah S.W.T. pula berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu saling berbalahan dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah perkara itu kepada Allah (rujuk al-Quran), dan kepada Rasul (rujuk al-Sunnah), jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, demikian itu adalah yang terbaik dan sebaik-baik jalan." 
 
Salah Faham Dengan Maksud al-Sawad al-A'zom
Dalam sebuah hadith Nabi S.A.W. bersabda (maksudnya): "Umat-ku sama-sekali tidak akan berhimpun di atas kesesatan. Dan sesungguhnya tangan Allah bersama dengan al-Jamaah, maka ikutilah al-Sawaad al-A'zom, sesungguhnya sesiapa yang menyendiri (tidak mengikut al-Jamaah), dia akan menyendiri di dalam neraka."
 
Dalam riwayat yang lain dinyatakan: "Sesungguhnya umat-ku tidak akan bersepakat di atas kesesatan, jika kamu melihat perselisihan, maka berpeganglah dengan al-Sawaad al-A'zom."
 
Secara ringkas, hadith yang menyebut tentang al-Sawaad al-A'zom termasuk di dalam kumpulan hadith yang masyhur, dan diriwayatkan daripada Nabi S.A.W. melalui jalan periwayatan yang banyak, sehingga baginya ada pendokong dan penguat dari hadith yang berbagai itu. Namun terdapat sebahagian umat Islam yang tersilap dalam memahami maksud al-Sawaad al-A'zom (golongan majoriti) yang disebut di dalam hadith. Mereka beranggapan al-Sawaad al-A'zom adalah golongan majoriti umat Islam hari ini.
 
Kefahaman ini ternyata salah. Kesalahan ini dibuktikan dengan hadith Nabi S.A.W. yang lain antaranya (maksud hadith):
"Umat-ku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, kesemuanya di dalam neraka melainkan satu."
Ditanya kepada baginda siapakah yang satu itu wahai rasulullah S.A.W.: "
Baginda menjawab: "Ia adalah al-Jamaah".
 
Jika berpandukan hadith ini menunjukkan di akhir zaman al-Sawaad al-A'zom (majoriti) itu adalah golongan yang menyeleweng, sedangkan yang sedikit itulah berada di pihak kebenaran. Oleh itu maksud al-Sawaad al-A'zom perlu difahami sebaik mungkin, supaya maksud hadith tidak dirosakkan disebabkan cara faham yang salah.
 
Al-Jamaah yang dimaksudkan di dalam hadith ialah jamaah yang berada di zaman rasul S.A.W. yang terdiri dari kalangan para sahabat baginda. Inilah kefahaman yang sebenarnya. Kerana itu ketika ditanya kepada Abdullah bin al-Mubarak (m 181 H) siapakah al-Sawaad al-A'zom, lalu beliau menjawab: "Muhammad bin Aslam al-Tusiy adalah al-Jamaah."
 
Bagaimana mungkin ibn al-Mubarak menisbahkan Muhammad bin Aslam al-Tusiy seorang sebagai jamaah? Malainkan para ulama memahami al-Jamaah yang dimaksudkan adalah sesiapa yang bersama dengan jemaah yang awal di zaman Nabi S.A.W. yang terdiri dari para sahabat baginda yang telah diredhai oleh Allah S.W.T. 
 
 
 
No comments

Tuesday 19 November 2013

Jaga ALLAH, Dia akan jaga kamu

Hanya kepada ALLAH kita beribadah dan pada masa sama menjauhi segala bentuk
perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
FIRMAN ALLAH SWT, "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu." (Surah al-Dzariyat: 56)
 
Apa yang disebutkan oleh ALLAH dalam ayat al-Quran itu adalah tentang satu-satunya tujuan hidup manusia di dunia ini.
 
Sesungguhnya manusia dihidupkan di dunia ini bukan semata-mata untuk makan, minum dan tidur, tetapi satu-satunya tujuan hidup kita hanyalah untuk memenuhi satu tujuan dan satu matlamat iaitu menyembah ALLAH, Tuhan semesta alam.
 
ALLAH, Dialah satu-satunya Tuhan yang layak disembah seperti mana yang terkandung dalam ucapan tauhid ataupun ucapan syahadah kita; Laa-Ilaaha-illa-ALLAH (tiada Tuhan kecuali ALLAH), iaitu tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya ALLAH.
 
Apa yang dimaksudkan dengan Laa Ilaaha illa ALLAH bererti segala urusan ibadah seperti solat dan apa juga ibadah; misalnya puasa, sedekah, membaca al-Quran, berdoa, berzikir, memohon, menyeru, bergantung harap, tawakal atau apa juga ibadah; tiada yang berhak untuk kita lakukan ibadah-ibadah ini kecuali hanya kepada ALLAH.
 
Maka hanya kepada ALLAH kita beribadah dan pada masa yang sama kita harus menjauhi segala bentuk perkara yang bertentangan dan menyalahi ucapan Laa-lailahaillallah ini. Ini bererti segala bentuk sembahan, atau kuasa-kuasa lain harus kita jauhi dan tinggalkan. Ini kerana perbuatan sedemikian bertentangan dengan ucapan tauhid lailahaillallah.
 
Maka sekiranya kita solat, rukuk, tunduk dan sujud kepada selain ALLAH, berdoa kepada selain ALLAH, menyeru, menyembelih binatang untuk selain ALLAH, ketahuilah bahawa kita telah meruntuhkan ucapan Tauhid ini, kerana kita telah beribadah kepada selain ALLAH.
Berdoa, tawakal hanya pada ALLAH
Nabi SAW bersabda, "Doa itu adalah ibadah" (Sahih Abu Daud dan Al-Tirmizi).
 
Maka jangan sesekali kita berdoa kecuali hanya kepada ALLAH. Seperti mana perintah ALLAH di dalam al-Quran, "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu." (Surah Ghafir: 60)
 
Dengan ini kita ingin menekankan tentang betapa perlunya kita sama ada ketika berdepan dengan musibah dan ujian, juga ketika kita senang, hendaklah kita serahkan urusan dan takdir kita kepada ALLAH semata-mata.
 
Ketahuilah, tiada yang mampu mengangkat musibah kita, tiada yang mampu menolong kita kecuali ALLAH kerana Dia adalah Tuhan sekalian alam yang telah menciptakan langit dan bumi, bahkan segala urusan tadbir di dalam alam ini adalah di bawah kekuasaanNya. Tiada Tuhan yang lain, tiada kuasa yang lain melainkan kuasa ALLAH mengatasi segala-galanya.
 
Seperti mana sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda, "Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH akan menjagamu."
 
Jagalah hubungan kita dengan ALLAH; maksudnya hendaklah di dalam urusan ibadah, hanya kita berikan kepada yang selayaknya iaitu ALLAH, tanpa menyekutukannya dengan sesuatu yang lain.
 
Maka Rasulullah SAW mengatakan kalau kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan menjaga hubunganNya dengan kita. Lalu Rasulullah SAW melanjutkan, "Jika kamu memohon, maka mohonlah daripada ALLAH. Dan jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada ALLAH."
 
Rasullah SAW mengatakan lagi dalam hadis yang sama, "Dan ketahuilah, kalau sekiranya semua manusia di permukaan bumi ini berkumpul untuk memberikan kamu satu manfaat nescaya mereka tidak akan dapat memberikan manfaat itu melainkan dengan sesuatu yang ALLAH tetapkan bagimu. Dan sekiranya semua manusia berkumpul untuk memberikan kamu satu mudarat, mereka tidak akan dapat memudaratkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ALLAH tetapkan ke atasmu." (Sahih Riwayat Ahmad).
 
Maka kewajipan kita apabila berdepan dengan musibah adalah bersabar.
 
Seperti mana orang susah, ada ujian yang ALLAH timpakan kepada mereka, begitu juga dengan orang kaya dan orang senang. Orang kaya ALLAH uji dengan kesenangan, banyak wang ringgit dan seumpamanya, dan semua itu akan ditanya di akhirat kelak ke mana ia digunakan.
 
Ujian mereka adalah untuk bersyukur kepada ALLAH atas kenikmatan yang ALLAH berikan dengan menggunakan nikmat itu dengan cara yang sebaik-baiknya. Adapun orang susah, ALLAH uji mereka dalam bentuk yang lain pula iaitu kesempitan dan apa jua bentuk musibah, dan menjadi kewajipan atas mereka untuk bersabar.
 
Apabila ditimpa suatu musibah, jangan sekali-kali kita persoalkan kenapa ALLAH timpakan ujian yang seperti ini. Apa yang pasti, ada hikmah di sebaliknya. Walaupun barangkali kita tidak nampak hikmahnya, tetapi percayalah bahawa apa yang pasti, ALLAH ingin menguji kita untuk membuktikan sama ada kita tergolong di kalangan orang yang sabar ataupun tidak.
 
Sekiranya kita sabar, apatah lagi kalau kita reda dengan ujianNya, kita akan tergolong di kalangan orang yang berjaya bukan sahaja di dunia bahkan yang lebih penting di akhirat kelak. Di akhirat kelak, ALLAH akan membalas kesabaran dan keredaan kita dengan balasan yang setinggi-tinggi syurga ALLAH.
 
Dalam masa kita bersabar dan reda, ada peringkat yang lebih tinggi dan paling mulia iaitu kita bersyukur kepada ALLAH atas ujian yang diberikan itu. Paling tidak kita mengatakan ada orang yang ALLAH uji lebih dahsyat daripada kita. Kerana itu kita bersyukur.
 
Paling tidak kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan untuk kita terus dapat hidup dan beribadah kepadaNya. Kerana apa yang pasti ada orang lain yang jauh lebih susah daripada kita. Apa yang ALLAH uji adalah sebahagian sahaja daripada ujian yang ALLAH timpakan atas hambaNya.
 
Oleh kerana itu kita bersabar, kita reda dan kita bersyukur di samping mengharapkan keredaan dan pahala daripada ALLAH, moga-moga kita tergolong di dalam golongan ahli syurga ALLAH di akhirat kelak.
 
Serahkan segalanya kepada ALLAH
Satu perkara yang ingin saya tekankan adalah tentang kewajipan apabila berdepan dengan kesusahan dan musibah, iaitu perlunya kita serahkan diri kita kepada ALLAH. Jangan sekali-kali kita serahkan urusan kita kepada mana-mana makhluk dengan kepercayaan bahawa dia ada kuasa tertentu. Itu sama sekali tidak benar, itu adalah dusta. Bahkan itu menyalahi ucapan penyaksian lailahaillallah.
 
Bahkan Nabi SAW mengajarkan doa yang dibaca pada pagi dan petang, meminta kepada ALLAH supaya jangan menyerahkan urusan kita kepada diri kita sendiri, "Wahai (ALLAH) Yang Maha Hidup, Yang Maha Terjaga, dengan rahmatMu Aku meminta pertolongan, perbaikilah urusanku seluruhnya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata." (Sahih Al-Hakim)
 
Maka jangan kita percaya ada kuasa lain di alam ini yang mampu membantu kita, jangan kita percaya bahawa si fulan yang telah mati mempunyai kuasa tertentu dan boleh membantu kita, itu jelas bercanggah dengan ucapan lailahaillallah.
 
Maka jangan sekali-kali kita pergi ke kubur untuk meminta bantuan. Jangan kita menyeru roh ahli keluarga atau nenek moyang kita yang telah mati. Jangan kita percaya dengan kuasa di mana-mana; di laut, di langit, di hutan dan sebagainya. Itu sama sekali tidak benar dan ianya menyekutukan ALLAH dengan makhlukNya.
 
Ini kerana apa yang pasti, tiada kuasa yang dapat menandingi kuasa ALLAH. Mengapa perlu untuk kita menyeru kepada selain ALLAH? Sedangkan ALLAH menyuruh supaya kita berdoa dan meminta daripadaNya. Bahkan ALLAH berjanji, kalau kita memohon daripada ALLAH nescaya ALLAH akan memperkenan doa kita.
 
Tetapi kalau kita memohon daripada selain ALLAH, adakah ALLAH akan membantu kita? Sama sekali tidak. Bahkan ALLAH akan tinggalkan kita dan serahkan urusan kita kepada siapa yang kita mohon. Kalau kita mohon kepada orang yang telah mati, ALLAH akan serahkan urusan kita kepada orang yang telah mati. Apa yang pasti, orang mati sudah pergi ke alam barzakh, dia belum tentu dapat membantu dirinya sendiri dan dia tidak akan mampu membantu kita.
 
Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat diambil pemahaman dan pengajaran daripadanya. Moga-moga ALLAH memperbaiki urusan kaum Muslimin di mana pun mereka berada, dan semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang berjaya di dunia dan akhirat.
 
 
No comments

Sunday 10 November 2013

Peristiwa Penting Yang Berlaku pada 1 & 2 Muharram

1] 1 MuharamKhalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
 
2] 10 Muharam – Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
 
 
 
 
 
 
No comments

Thursday 7 November 2013

Berbanggalah Menjadi Muslim

Nikmat Iman dan Islam merupakan suatu anugerah yang tiada galang gantinya dalam kehidupan insan. Maka, amatlah rugi sekiranya Islam dan ajarannya tidak dipraktikkan semaksima mungkin oleh kita. Islam, menerusi dustur utamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah, telah 'menghidangkan' pakej lengkap untuk menjadi asas panduan hidup. Hidup dengan kebahagiaan yang hakiki.
 
Sebagaimana Firman Allah dalam Surah As-Saff, ayat 10-11 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
Berbangga memegang status sebagai Muslim seharusnya sentiasa terpatri di dalam jiwa kita. Sebagaimana bangganya kita menjadi warga sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Malahan lebih daripada itu. Kecintaan dan taat setia kepada tanahair menjadikan kita taksub dan rela berkorban apa sahaja untuk kepentingannya. Itu tidak salah kerana ada pepatah menyatakan;
"hubbul waton minal iman" yang bermaksud "cintakan tanahair itu sebahagian dari iman".
Tatkala kita renungkan seketika, kita dapat lihat rakyat di negara bergolak seperti Syria, Palestin dan Myanmar pada waktu ini bermati-matian memperjuangkan agama dan tanah kelahiran mereka. Selain cintakan agama, rasa mahabbah pada tempat tumpah darah menjadikan mereka gagah sebagai pejuang sejati. Tanpa latihan perang dan senjata yang sistematik, lawan dicabar dengan tiada rasa gentar. Lantaran itu, syahid adalah matlamat terakhir mereka ketika kesemua kudrat telah dicurahkan demi memperjuangkan nusa yang tercinta.
 
Alhamdulillah, bertapa bertuahnya kita di bumi Malaysia. Allah berikan kemudahan dan kelapangan untuk kita melaksanakan 'ketaatan' kepada Allah SWT. Rasa amat bahagia taktala dapat melaksanakan ibadah dengan penuh kesyukuran. Berdoalah semoga istiqamah atau konsisten di dalam melaksanakannnya. Moga tiada istilah hanya 'hangat-hangat tahi ayam' dalam pengamalannya. Nauzubillah Min Dzalik. Minta dijauhkan oleh Allah sejauh-jauhnya. Amiin.
 
Jenama Barat 'Dibanggakan'
Namun, di sebalik peluang dan kebaikan yang Allah berikan, segelintirnya mudah lupa dengan nikmat Iman dan Islam yang dianutinya. Sebahagiannya merasa malu apabila Islam menjadi identiti dirinya. Sejak dijajah oleh kolonial barat hingga hari ini, label atau budaya penjajah lebih suka dijadikan identiti. Apabila bergaya dengan sesuatu yang diimpot daripada Eropah misalannya, empunya diri terasa begitu bangga. Dilema Muslim yang kurang bangga mempromosikan cap mohor Islam semakin menebal di dalam diri anak-anak muda. Mereka merasakan, Trend bersifat 'islamik' itu tidak menepati kemodenan yang ada. Bersifat konservatif dan kurang memenuhi citarasa antarabangsa.
 
Dalam keghairahan mempromosikan budaya lain, ada yang tidak perasan sedang mempromosikan jenama produk yang tidak halal seperti rokok, kelab malam dan minuman keras. Amat menyedihkan apabila lambang produk tersebut terletak betul-betul di dada baju si pemakainya.
 
Hakikatnya, Islam bukanlah agama yang jumud atau kuno. Islam merentasi sempadan zaman dan tempat. Agama yang tiada tarikh luputnya. Untuk pemakaian, Islam menggariskan panduan pemakaian yang berciri menutup aurat, bersih dan tidak keterlaluan. Apa yang paling penting pastilah yang menutupi aurat, baik lelaki lebih-lebih lagi wanita.
 
Ketika Tawakul Karman seorang wartawan dan ahli politik dari Yaman juga Penerima Anugerah Nobel untuk kategori Keamanan pada tahun 2011 ditanya mengapa beliau berpakaian kolot dengan Hijab dan sebagainya, yang dilihat tidak selari dengan keintelektualannya. Lalu jawabnya,
"Manusia di zaman lampau hampir tidak berpakaian langsung. Apabila semakin maju, manusia mula berpakaian. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan perkembangan pemikiran dan peradaban yang terbaik manusia telah capai. Sebaliknya, tidak berpakaian sebenarnya yang kolot dan kembali ke zaman purba."
Fesyen Barat Yang Di 'sunnah'kan
Segelintir Muslim merasakan pakaian seperti Sunnah Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam agak ketinggalan atau pakaian khusus untuk pak lebai dan ustaz sahaja. Ada pula yang beranggapan berjubah dan berkopiah hanya sesuai dipakai untuk majlis-majlis agama sahaja. Mereke terlupa, hanya dengan berpakaian menutup aurat, dengan diniatkan mengikut sunnah baginda mendapat kemuliaan daripada Allah SWT sedangkan berpakaian mengikut arus kebaratan, akan mendapat sanjungan daripada manusia yang memandang.
 
Pendeknya pemikiran mereka, hanya bijak di 'sini', tetapi tidak bijak di 'sana'. Mereka meraih kebaikan yang umpama fatamorgana, namun melepaskan kebaikan yang lebih bersifat 'memelihara'. Andai mereka memilih berpakaian sebagai seorang muslim, dengan menjaga adab-adab berpakaian, menutup aurat dan menjaga peribadi sebagai 'pakaian taqwa', bukankah itu lebih memelihara diri dari kemurkaanNya?
 
Analoginya, apabila seseorang itu memakai pakaian yang disyariatkan Allah, akan lebih menjaga dirinya daripada melakukan kemungkaran dan dosa. Umpama seorang muslimah yang menutup auratnya dengan sempurna dan akhlaknya sebagai pakaian taqwanya, amat jarang dan sukar untuk kita lihat berfoya dan berpegang tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. 
 
Demikianlah pakaian sunnah itu -menutup aurat itu lebih memelihara diri dan memberi kebaikan yang banyak kepada si pemakainya.
 
Sebaliknya kadangkala apabila seseorang itu mengenakan pakaian barat yang menjolok mata, yang berjenama malah harganya 'mencekik darah' lebih menonjolkan diri seseorang itu kepada rasa 'hebat' dan 'bangga'. Dan adakalanya timbul rasa 'riak' dengan penampilan yang berbeza dari orang lain.
 
Marilah kita tarbiyahkan diri agar mencintai Nabi. Mengikuti sunnahnya setiap hari. Perbanyakkan mempelajari dan mendalami hadith serta huraiannya. Sesungguhnya dengan berpakaian mengikut Sunnah Nabi bukan sahaja diberi ganjaran pahala malah bersifat 'menjaga'  berrbanding pakaian kasual yang diterapkan dari pelbagai budaya yang sering kita banggakan, kesemua ini tidak diberikan keistimewaan itu.
 
Bahasa Inggeris 'Dituturkan'
Muslim juga tidak merasa gah jikalau bertutur selain Bahasa Inggeris. Sekiranya tidak fasih berbahasa itu, ibaratnya terkebelakang sekali. Walhal, kita lupa, bahasa terpenting buat Muslim ialah Bahasa Arab atau lughatul Jannah yang membawa makna tersirat iaitu bahasa yang akan dipertuturkan di Jannah kelak. Itulah juga bahasa untuk kitab suci, Al-Quranul Karim.
 
Jika dinilai dari nilai estetika bahasa, Bahasa Arab sememangnya unik. Nahu dan qawaidnya penuh dengan seni yang pasti dicintai oleh orang yang mempelajari serta mempraktikkannya. Sebuah Hadith ada menyebut:
"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh"
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Justeru, memperlengkapkan anak-anak Muslim dengan kepandaian berbahasa Arab mestilah menjadi agenda utama buat semua ibu bapa. Kondisi berbeza hari ini, ibu bapa lebih risau sekiranya anak-anak tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka berpusu-pusu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen dan membayar guru bertauliah yang agak mahal. Perihal ini tidak bertentangan dengan Syariat, namun berapa ramai yang kita lihat memperlakukan perkara sedemikian sekiranya anak tidak pandai mengaji Al-Quran atau bertutur bahasa Arab. Wajarlah kita berbangga ketika mendengar anak-anak memperdengarkan bacaan Al-Quran apatah lagi menghafalnya.
 
Sesungguhnya Allah amat merahmati hambanya yang menghidupkan kediaman dan suasana dengan bacaan ayat-ayat suciNya. Membaca Al-Quran dengan fasih adalah amalan yang dicintai Allah dan disediakan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan dunia mahupun Akhirat.
 
Allah berfirman dalam Surah Faathir, ayat 29-30 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)"
 
Perlancongan Metropolitan 'Diutamakan'
Sebagai Muslim, kita digalakkan melaksanakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Haji ke Baitullah. Bagi yang berkemampuan, ayuh, bersegeralah menunaikannya. Menunaikan haji kecil atau umrah juga membolehkan kita merasai kehebatan tempat yang dimuliakan Allah di muka bumi ini. Baitul 'Atiq atau Makkah dan Madinah Al Munawwarah adalah kota kudus milik umat Islam.
 
Berkesempatan ke sana adalah suatu pengalaman yang tolok bandingnya dengan apa sahaja. Beribadah di depan Kaabah merupakan nikmat terindah daripada Allah. Berbanggalah kerana terpilih untuk menjadi tetamuNya yang Maha Agung. Sesetengah kita lebih suka berkunjung ke kota-kota keriangan atau romantis di seluruh dunia yang mungkin lebih canggih fasilitinya.
Seperti yang ditegaskan, ianya tidak salah kerana Islam menggalakkan kita mempelajari budaya dan tradisi bangsa lain yang wujud di muka bumi ini.
Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat,ayat 13 yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)"
Kelebihan Muslim memiliki kota suci ini seterusnya menyemarakkan tali silaturrahim di antara mereka taktala sedang beribadah di sana. Ukhuwwah Islamiah terjalin sebegitu erat seolah-olah mereka pernah mengenali antara satu sama lain. Ikatan persaudaraan Islam terbina di atas dasar iman kepada Yang Satu. Subhanallah, Tabarakallah!
 
Namun, segelintir daripada kita sanggup berabis wang demi melancong di kota-kota metropolitan. Di hatinya lebih mengutamakan kepuasan diri dan nafsu semata-mata. Waktu usia muda, dinikmati dengan membeli belah dan bersuka ria. Bila umur semakin senja, barulah ingat untuk ke baitullah.
 
Berbanggalah Menjadi Muslim
Menganuti Islam memberikan kita kesempatan untuk kita mendekati Allah, Al-Khaliq yang mencipta segala yang ada di dunia ini. Menerusi Al-Quran, seluruh perkara berkaitan kehidupan dibahaskan di dalamnya. Muslim yang memahami Al-Quran pada dasarnya mengenali pencipta dan dirinya sendiri. Ini kerana beliau memahami apa yang perlu dilakukan sebagai musafir di muka bumi. Kehidupan yang abadi adalah di Akhirat kelak. Segala apa yang wujud di sekelilingnya menjadi wasilah untuk hampir atau dekat dengan Allah.
 
Justeru, kita sering mendengar individu bukan Islam tertarik kembali kepada fitrahnya apabila 'melihat' kekuasaan Allah menerusi eksperimen yang dijalankan. Sebagai contoh, Dr Maurice Bucaille yang melihat sains dari perspektif Al-Quran dan Bible. Penelitian beliau telah membuktikan kebenaran Al-Quran sebagai kalamullah yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
 
Buku Dr Maurice atau Yahya Bucaille yang terkenal, The Bible, The Quran and Science, menjelaskan apa yang beliau alami menerusi eksprimen saintifiknya terhadap mumia Firaun atau Ramses II pada tahun 1975. Ini juga diterangkan menerusi kenyataan beliau:
"Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam Al-Quran. Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden".
Subhanallah! Betapa hebat keagungan Allah. Tiada suatupun kejadian yang terlepas dari ikatanNya sebagai pencipta yang tiada tandingannya atau sekutu baginya.
 
Tersentuh jiwa saya apabila melihat dan mendengar cerita tentang hidayah yang dikurniakan Allah kepada sesiapa yang Dia mahu. Bertambah sebak apabila kita yang dilahirkan sebagai Muslim tidak benar-benar menjiwai Islam secara seratus peratus. Sungguh mengharukan juga apabila Muslim agak malu-malu untuk menampilkan jatidiri Islam dek takut dilabel sebagai golongan 'old fashion' atau 'out of date'.
 
Islam bermula dari kita melihat dunia sehingga nafas yang terakhir. Islam bermula setelah mata terbuka di awal pagi sehingga kita melelapkan mata di malamnya. Janganlah terpedaya dengan dakyah sekularima barat yang mengajar pengasingan agama dari kehidupan seharian.
Marilah kita memperbanyakkan kajian terhadap Al-Quran dan mentelaah Sirah Nabawiyyah dan Khulafa' serta hasil-hasil kajian ulama' yang bermatian-matian memperjuangkan ilmu seperti Imam madzahib yang empat, Al-Ghazali, Ibn Khaldun dan seumpamanya. Yakinlah bahawa dengan Islam kita lebih beruntung samada di dunia tambah-tambah lagi di Akhirat sana.
 
Wallahu Ta'ala  A'lam
 
 
Sent: Sunday, October 07, 2012 4:15 PM [Mahligai]
No comments

Ruang Dosa di Facebook

Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
 
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
 
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya.
(sumber majalah Solusi isu 25)
 
Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut?
Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
 
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan?
 
Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
 
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat!
Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah.
Bertaubat sebelum terlambat!
 
 
 
Sent: Sunday, October 07, 2012 4:04 PM [Mahligai]
 
No comments

Kasihi Ibu Sayangilah Ayah

Menjadi perkara biasa jika yang biasa kita dengar, kisah anak-anak yang menderhaka terhadap ibu-bapa. Tetapi yang mungkin berbeza suasananya kisah ibu-bapa yang menderhaka terhadap anak-anak. Mungkin ada yang pernah dengar, atau terbaca di mana-mana artikel. Apapun kisah yang saya dengar ini benar-benar memberi impak dan membuat aku berfikir sejenak.

Dalam satu kisah yang masyhur di zaman Saidina Umar al-Khattab, seorang khalifah yang terkenal dengan ketegasan dan keadilan di dalam pemerintahannya, beliau telah didatangi oleh seorang lelaki tua yang mengadu tentang anaknya yang dikatakan menderhaka kepadanya. Bagi mendapatkan keadilan kedua-dua belah pihak, Umar al-Khattab lantas memanggil anak kepada lelaki tersebut bagi mendapatkan kebenaran tentang 'tuduhan' bapa kepada anak muda itu.
 
Lantas, Syaidina Umar pun bertemu dengan anak lelaki tua tersebut. Dan, ketika Umar al-Khattab menemui anak muda itu, pemuda itu melontarkan suatu pertanyaan kepada khalifah setelah di'brainwash' oleh khalifah yang bijaksana itu tentang anak derhaka. Pemuda itupun mengaku memang dia derhaka.
 
Apakah pula soalan pemuda terhadap Saidina Umar al-Khattab?
Permuda itu bertanya; "Apakah ada ibu-bapa yang melakukan penderhakaan terhadap anak-anak mereka?"
 
Umar al-Khattab berfikir sejenak dan menjawab: "Ya, memang ada dalam tiga keadaan ini iaitu..."
1) Lelaki yang memilih isteri di kalangan wanita yang fasik dan tidak berusaha mengubahnya menjadi baik setelah mengahwininya.
 
2) Lelaki yang tidak memberi nama yang baik kepada anak-anaknya, yang mana nama tersebut akan dipanggil bersama-sama namanya di akhirat kelak.
 
3) Lelaki yang tidak berusaha mengajar anak-anaknya al-Quran.
 

Sebagai seorang anak, kita mungkin berhadapan dengan salah-satu daripada keadaan yang diceritakan oleh Saidina Umar al-Khattab dalam kisah yang masyhur itu.
 
Tetapi, adilkah menyalahkan ibu-bapa yang telah melahirkan kita ke dunia ini 100%?
Benar, ibu ataupun bapa kita mungkin bukan para asatizah mahupun seorang hafiz atau hafizah. Namun, kita masih mampu mengubahnya.
 
Mungkin ada antara kita yang akan bertanya: "Tapi aku bukan graduan sekolah agama, bagaimana? "
 
Tapi keluarga aku bukan di kalangan ustaz mahupun ustazah, bagaimana?"
 
Saya juga pernah bertanya sedemikian soalan kepada diri saya sendiri. Seperti saya, mungkin juga ada antara kalian yang tidak mendapat pendidikan secara formal tentang Islam mahupun bertuah dilahirkan dalam keluarga yang berlatar-belakangkan Islam.
 
Kalian mungkin seorang jurutera, pereka, peguam mahupun pegawai sesebuah organisasi, tetapi tidak dapat tidak, mungkin juga kalian seperti saya yang selalu membayangkan diri kalian sebagai seorang yang ahli dalam beberapa perkara mengenai Islam.
 
Di saat itu, mulalah keluar segala 'begini, begitu asbab dari diri merasa serba tahu tentang Islam. Jika seorang ayah atau ibu memberi nasihat, cukuplah kita mendengarnya dan mematuhinya selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Meskipun mungkin ilmu dan kelulusan kita lebih tinggi daripada ibu bapa kita, jangan kita meng 'counter' setiap pesanan orang tua kita. Walau mereka mungkin tidak sekolah setinggi langit seperti kita, namun hakikatnya pengalaman mereka melebihi kita. Bukankah pengalaman itu adalah sebaik-baik guru?
 
Kita belajar lebih cenderung kepada 'teori' semata. Membaca, berbincang, menjawab peperiksaan dan segala macam 'teori' kita teroka. Satu buku tebal kita khatam hingga lumat di memori kita. Wal hal antara teori dan praktikal, bukankah ilmu 'praktikal' itu lebih tinggi 'nilai'nya dalam menjalani kehidupan? Maka, ikhlaskanlah hati kita mendengar setiap butir bicara ibu kita.. Dengarkan dahulu apa yang hendak diperkatakan oleh ayah kita. Semuanya insyaAllah demi kebaikan kita semata-mata.
Namun, jika jelas ibu bapa kita kurang 'agama' nya, maka sebagai anak juga bertanggungjawab ke atas keluarganya. Berusaha mencari ilmu agama dan praktikkan bersama-sama keluarga. Jika ibu ayah seakan ego untuk menerima, usah putus-asa dalam mengajak kebaikan. Berusaha dan teruskan berusaha. Gunakanlah pendekatan yang paling lembut dalam ajakan dakwah. Serta doakanlah sentiasa, semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu hati ibu ayah kita untuk menerima. Sesungguhnya doa itu senjata umat islam yang paling ampuh. Maka berdoalah selalu.
Insya-Allah, kita masih mampu mengubahnya! Mulakan langkah! Ini yang patut kita, saya dan pembaca lakukan. Marilah sama-sama menjadikan diri kita lebih baik dari semalam dan istiqomah dalam setiap perkara baik yang kita lakukan.
 
Jadilah 'trendsetter' di dalam keluarga bagi mengubah keadaan kepada apa yang kita mahu. Kalaupun kita bukan seorang da'ie, sekurang-kurangnya kita tidak menjadi seperti lelaki tua yang diceritakan di dalam kisah di zaman Saidina Umar al-Khattab itu.
 
"Whatever you want your children to be tomorrow, be that person today." - (Shaykh Abdul Nasir Jangda)
 
 
 

*    From: Daniena Hakimi
     Sent: Sunday, October 07, 2012 3:51 PM
No comments

Tahukah anda?

Tahukah anda?, ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab.
 
Kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. Sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya.
 
Mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan islam. Namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik.
 
Ummat islam menjadi lemah walaupun bilangan mereka ramai. menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat. Ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot.
 
Sedangkan sayyiduna umar r.a pernah berkata "kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah dengan islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam golongan yang hina".
 
Sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. Jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta si dalam bab berpakaian. Pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.
 
(#gambar rare) Queen of Austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan islam. Gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja eropah. Semua wanita-wanita nombor satu eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijab dan niqob yang sempurna, kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka.
 

Bukankah benar apa yang dikatakan sayyiduna umar r.a?
Harap kita mampu berfikir.
 
No comments

Wednesday 6 November 2013

Saya kurang wang, saya ada tangan, kaki,.....

"Saya kurang wang, saya ada tangan, kaki, mata, boleh cakap, boleh dengar...."
 
 
"Kamu ni ada duit nak makan ka...?" soal aku kepada anak murid.
 
Si murid yang bercompang camping, menyeluk wang saku mengira kepingan syiling yang dibawanya ke sekolah hari ini. Aku memandang penuh minat tingkah lakunya.
 
"Ada lagi cikgu..." jawabnya ringkas.
 
Murid ini seorang yang sangat malas, selalu tak siapkan kerja rumah, tak fokus kepada belajar dan pelbagai lagi masalah. Kerana tak mahu lepaskan peluang memberikan sumbangan, dia turut beratur menunggu giliran memasukkan sekeping wang syiling 20 sen ke dalam sebalang tabung. Tabung yang dibawa oleh dua orang pengawas adalah bertujuan sebagai kutipan amal untuk sebuah pertubuhan Orang Kurang Upaya.
 
"Terima kasih semua.." ringkas dari wakil pengawas lalu beredar.
 
"Berapa baki duit kamu...?" aku menyoal lagi. Budak ini selalu kena rotan, rotan dan dia tak dapat dipisahkan. haha.....
 
"Ada lagi 50 sen. Boleh beli nasi lemak lagi rehat nanti." Jujur seorang kanak-kanak.
 
Aku angguk. Kesian pula. Dalam keadaaan harga barang yang mahal, masih ramai murid turut menjadi mangsa.
 
"Minum air apa pula nanti...?" tambah aku.
 
"Air water cooler kan ada..." bersahaja jawabnya.
 
"Kenapa kamu bagi juga, kan bawak duit sikit ja...?"
 
"Tak apa cikgu, 20 sen saya mampu. Saya tolong 20 sen ja. Kawan-kawan lain mampu RM1, RM5... mereka tolong banyak lagi." Kata-kata tulus, ikhlas memberi tolong.
 
Majoriti anak2 murid aku berasal daripada golongan kaya, masing-masing berkereta dan berumah besar. Aku serba sikit mengenali latar belakang mereka. Murid aku yang bermasalah ini, ibu ayahnya hanya bekerja di sebuah kedai makan.
 
"Kesian OKU, mereka kaki tiada, tangan tiada, mata buta, tak boleh cakap. Saya hanya kurang wang, tapi saya ada tangan, kaki, mata, boleh cakap, boleh dengar...." Tergagap menerangkan pada aku, ringkas dan padat.
 
Walaupun budak ni selalu buat hal dalam kelas, rupanya masih banyak kebaikan yang ada padanya. Aku pula belajar dengan kata-katanya.
 
"Kerja sekolah semalam dah siap...?"
 
"Errrrkkk.... belum, terlupa...." tersengih-sengih buat muka comel.
 
Begitulah apabila disoal. Hari ni sikapnya merubah sikap aku. haha. Dia terselamat didenda.
 
 

*Copy & Paste dari http://www.mohamadazhan.com/
No comments

MAZA : Muharram BUKAN Bulan Nabi S.A.W. Berhijrah

Soalan:
Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?
-          Nasir, Kuantan.
 
Jawapan Dr MAZA (Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin):
 
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;
 
1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina 'Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina 'Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salah-faham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
 
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan 'Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
 
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
 
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
 
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
 
Kata Muhammad bin Sirin:
Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: "Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu".
Jawab Umar: "Cadangan yang baik".
Mereka berkata: "Tahun bila kita hendak mulakan?".
Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: "Bulan manakah hendak kita mulakan?".
Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan "Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram".
Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.
(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
 
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi'ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin 'Uraiqit.
 
Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis.
(lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
 
 Gua Thur - Gambar Hiasan
 
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
 
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
 
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
 
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
 
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.
 
No comments