+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday 31 October 2013

Sumpah & Perniagaan

Sumpah dengan maksud melariskan dagangan adalah penghapus barokah. (HR. Bukhari dan Muslim)

Barangsiapa bersumpah tidak dengan (menyebut) nama Allah maka dia telah berbuat syirik (menyekutukan Allah). (HR. Ad-Dailami)

Ada tiga kelompok orang yang kelak pada hari kiamat Allah tidak akan berkata-kata, tidak akan melihat, tidak akan pula mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. Abu Dzarr berkata, "Rasulullah mengulang-ulangi ucapannya tiga kali dan aku bertanya, "Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Orang yang pakaiannya menyentuh tanah karena kesombongannya, orang yang menyiarkan pemberiannya (mempublikasikan kebaikannya), dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu." (HR. Muslim)

Barangsiapa mengangkat sumpah terhadap suatu perkara kemudian dia mengetahui sesuatu yang lebih baik (benar) maka hendaklah dia menebus (kafarat) sumpahnya dan mengemukakan apa yang lebih baik (benar). (HR. Muslim)

http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/06/39-bahaya-bersumpah/



Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
 
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
 
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan "demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja" sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا� ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم

Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.� Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ ‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى� يُزِيل الْبَرَكَتها.

Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
 
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.


http://islam.gov.my/muamalat/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan
No comments

Iblis Dengan Ahli Neraka

ALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.
 
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: "Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka."
 
Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
 
Kata Iblis: "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'ir."
Berkata Iblis lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."
 
Berkata Iblis lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"
 
Akhirnya Iblis berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."
 
Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
 
Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."
 
Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.
 
Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada   Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.
 
Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.
No comments

Tuesday 29 October 2013

Deen Mohammad Shaikh – Bekas penganut agama Hindu ini telah mengIslamkan 108,000 orang

 
Deen Mohammad Shaikh telah mengIslamkan lebih dari 108,000 orang sejak 1989 , iaitu tahun dimana beliau meninggalkan agama kelahirannya, Hindu pada masa itu. Kad perniagaan beliau menggambarkan beliau menetap di Matli sebagai Presiden Jamia Masjid Wali Allah dan Madrasah Aisha Taleem -ul Quran – sebuah institut untuk menukarkan mereka yang beragama lain kepada agama Islam.
 
Menurut akhbar The Express Tribune , sebidang tanah seluas 9 ekar telah diwakafkan kepada muallaf untuk memasang pondok ataupun khemah dan tinggal disitu. Beliau juga mempunyai hasrat dimana beliau inginkan satu dunia menjadi Muslim.
 
Apabila ditanya bagaimana beliau mula mencintai Islam, beliau berkata semasa menjadi seorang penganut Hindu, beliau telah mula membaca al-Quran dan telah menyedari bahawa adanya 360 tuhan tidak sesuai dengan saya.
 
Pada mulanya sebelum dia memeluk Islam, dia terpaksa belajar Al-Quran secara rahsia kerana terdapat risiko salah faham jika seorang Muslim menangkapnya dengan kitab suci AlQuran. Dia mula berpuasa dan biasanya dia akan bermula sehari sebelum Ramadan bermula.
 
Ibunya cemas apabila mendapati dia telah mula berjinak-jinak ingin tahu mengenai agama Islam sehingganya ibunya mengahwinkan beliau dengan seorang gadis Hindu semasa beliau berumur 15 tahun. Tetapi itu tidak mematahkan  rasa ingin tahu terhadap agama Islam dan berjaya mencari seorang guru, Sain Mohammad Jagsi , yang mengajar beliau membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis.
 
Selepas menukar agama , Deen Mohammad Shaikh menjadikan misinya untuk menarik orang lain turut serta memeluk agama Islam. Beliau memulakan misinya di belakang rumah sendiri iaitu berdakwah kepada keluarga , sebelum meneroka melangkaui zon selesa ini. Pertemuannya dengan golongan kaya dan berkuasa membantunya membuka jalan dimana mereka telah memberikan muallaf ini pekerjaan dan membantu dari segi ekonomi mereka.
 
Sekarang, Shaikh berkata, kemasyhuran beliau telah merebak dan orang datang sejauh Balochistan termasuklah ahli-ahli agama yang ingin memeluk agama Islam. Sebuah masjid kecil telah dibina di dalam kawasan kediaman beliau bersama-sama dengan beberapa bilik di mana kanak-kanak – kebanyakannya perempuan- diajar bagaimana untuk mengerjakan solat dan membaca Al-Quran.
 
Selain itu juga, dalam usaha untuk ' menyelamatkan ' mualaf dari menukar kembali kepada agama Hindu di daerah-daerah lain , Shaikh telah menghantar mereka ke Hab Chowk selepas mereka mengucap dua kalimah shahadah kerana sudah pasti keluarga mereka akan memukul mereka apabila mereka dapat tahu jika ada diantara ahli keluarga mereka yang memeluk agama Islam.
 
Beliau berkata beliau pernah  diculik bersama-sama dengan anak perempuan oleh orang berpengaruh di dalam agama Hindu yang mengancam supaya beliau berhenti mengIslamkan penganut agama Hindu. .
No comments

Friday 25 October 2013

Isteri mana tidak sayang suami?

DALAM berkasih sayang, wanita selalunya dikatakan lebih (kuat perasaannya) berbanding lelaki. Manakala lelaki pula dikatakan sering bersikap tidak memahami.
 
Benarkah begitu?
Itulah soalan yang sebenarnya bukan soalan, bertalu-talu ditujukan kepada saya semalam. Saya sebut bukan soalan kerana mereka yang berkata demikian - sudah tentu wanita -  lebih cenderung untuk memberikan saya peringatan. Malah mereka nampaknya begitu prasangka  terhadap kaum Adam.
 
Puncanya remeh sahaja tetapi berubah menjadi tidak remeh apabila disulam dengan provokasi gender.
 
Tengah hari kelmarin, saya terima SMS isteri yang dihantar ketika saya  solat Zohor. Selain SMS,  ada juga panggilannya yang tidak dapat saya jawab. Selesai solat, saya segera hubunginya semula. Sebaik dijawab,  saya dengar dia menangis. Lalu saya tanya, mengapa ?
 
Katanya, sebelum itu, dia dapat panggilan dari telefon bimbit saya dan cemas apabila tidak pula mendengar saya bercakap dengannya melainkan hanya menyebut 'ALLAHUAKBAR' beberapa kali.
 
"Sapa tak risau, ingat apa-apa dah jadi kat abang!" katanya, tersangkut-sangkut menahan sendu.
 
Oh, begitu! Rupa-rupanya apa yang dia sangka saya dalam kecemasan kerana mendengar saya hanya menyebut ALLAHUAKBAR, itu sebabnya saya sedang solat.
 
Dalam keadaan tidak sengaja telah terdail nombor telefon isteri yang langsung menyebabkan berlakunya  salah faham itu.
 
Ya, saya mengaku insiden ini remeh sahaja. Namun hal yang remeh ini telah menginsafkan diri saya betapa kuat kasih sayang isteri terhadap saya yang hanya dalam tempoh sekejap, dan belum pun jelas apa yang sebenarnya berlaku ke atas diri saya, telah menyebabkan dia resah, gelisah, jadi tidak tentu arah hingga banjir matanya.
 
Hal inilah yang kemudian saya kongsi dengan rakan-rakan dalam Facebook. Tidak. Tidak terlintas sama sekali niat saya untuk menunjuk-nunjuk akan perkara peribadi namun sejujurnya, saya hanya mahu berkongsi apa yang saya rasa baik. Tujuannya  untuk kita sama-sama insaf  dan lebih menghargai pasangan.
 
Iyalah, dalam keadaan diri kita yang saban hari tidak pernah tak sibuk dengan pelbagai urusan di luar rumah, kita selalunya terlupa atau buat-buat lupa bahawa ada insan yang sangat menyayangi diri kita, sentiasa ambil berat akan hal ehwal kita, sakit pening atau luka cedera kita.
 
Akan tetapi dalam keadaan sama-sama sibuk, perkara yang sangat penting seperti itu zahirnya menjadi seperti tidak penting. Kesibukan telah menyebabkan kasih sayang yang kita semai, jarang kita siram atau bajakan. Akhirnya benih yang baik pun lama kelamaan menjadi layu dan mungkin mati!
Lalu saya fikir ada baiknya hal yang seperti ini terjadi, sebagai peringatan. Dan apabila ia berlaku pada diri saya, saya ketepikan segan silu - walaupun dilarang oleh isteri - untuk saya kongsi dengan rakan-rakan kerana yakin, ini adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk dijadikan pengajaran.
 
Dalam perkongsian itulah saya menyebut bahawa saya baru tersedar betapa kuatnya kasih sayang isteri terhadap diri saya. Ada pula rakan-rakan - wanita - yang menyambut keinsafan saya itu dengan kata-kata: "Memanglah, isteri mana tak sayang suami? Cuma suami yang selalu tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham, selalu cari alasan ... "
 
Saya tahu, ini provokasi gender. Jadi tidak perlulah untuk saya jawab. Soal kasih sayang ataupun mentafsir kasih sayang, tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Ia juga bukan ditentukan mengikut jantina.
 
Ada lelaki yang sangat kuat cinta dan kasih sayangnya terhadap pasangan, ada juga yang tidak. Wanita pun begitu juga. Jadi tidak manis untuk kita pukul rata, menghukum bahawa lelaki semuanya sama, atau wanita semuanya tidak setia.
 
Rosaklah alam sejagat jika kita masing-masing berprasangka begitu!
 
Saya sendiri, andai kata berlaku seperti apa yang berlaku ke atas isteri, pastinya gubra juga. Walaupun tidaklah sampai menangis seperti dia, sudah tentu saya tetap akan berasa cemas. Tetapi wanita, bukan seperti kita. Air mata sahajalah teman setia mereka dalam keadaan seperti itu.
 
Jika rakan-rakan wanita begitu skeptikal terhadap saya, yang lelaki lain pula. Mereka punya terjahan lebih berbahaya walaupun tidak menyerang saya. Ramai yang beri komen, "nasib baik hang tengah sembahyang bro... kalau tidak!!!"
 
Ya, saya bukanlah orangnya yang seperti itu. Namun biasalah, anasir subversif ada di mana-mana!
 
 

*Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 25 Oktober 2013
No comments

Umar al-Faruq, pemisah benar dan batil

HEBATNYA penyebaran dakwah Rasulullah SAW begitu tegar Umar al-Khattab mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Umar antara individu yang kuat menentang Islam.
 
Umar atau nama penuhnya, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza berketurunan Bani Adi, Quraisy. Nabi SAW  berdoa kepada ALLAH SWT yang bermaksud: "Ya ALLAH, berikanlah kemuliaan kepada Islam dengan perantaraan salah seorang dua Umar ini." (Riwayat Thabarani)
 
Selain Umar al-Khattab ada seorang lagi Umar iaitu Umar Amru Ibni Hisyam atau dikenali Abu Jahal (bapa saudara Nabi). Kedua insan ini langsung tidak gentar dengan seruan ALLAH.
Pada suatu hari, Umar mendapat berita bahawa adik perempuannya, Habsah  memeluk Islam dan sedang belajar mengenai agama ALLAH di rumah al-Arqam bin Abi al-arqam. Marahnya Umar, sambil membawa pedang dia memacu kudanya ke rumah al-Arqam untuk membunuh Rasulullah SAW.
 
Ketika sampai di depan rumah al-Arqam, Umar terdengar sayup-sayup suara adiknya, Habsah mengalunkan Surah Thaahaa ayat satu hingga lima. Maksud ayat berkenaan adalah memuji dan mengagungkan ALLAH.
 
Umar terduduk dan hampir rebah, dengan tiba-tibanya mengalir air matanya. Sepanjang hidupnya dia merasakan bahawa dia kuat dan tidak ada sesiapa yang mampu menandinginya, tetapi ada lagi Yang Maha Besar, ALLAH.
 
Umar masuk perlahan-lahan, mendekati Habsah dan menyuruh Habsah membacakan lagi ayat al-Quran. Akhirnya, bersaksikan kepekatan malam, Umar melafazkan syahadah di hadapan Baginda SAW.
 
Selepas peristiwa itu, Umar berjanji melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Selepas pengislamannya, dia melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu.
 
Rasulullah SAW  menggelar sebagai al-Faruq kerana dapat membezakan antara perkara yang benar dan batil.
 
 

*Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA (syahidatul.akmal@sinarharian.com.my), 11 Oktober 2013
No comments

Thursday 24 October 2013

Konflik Syria petanda akhir zaman

Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.
 
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.
 
Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.
 
Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.
 
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.
 
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; "Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).
 
Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.
Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?
Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.
Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.
 
Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai'ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.
 
Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.
Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?
Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar'a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha'ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud 'rakyat hendak jatuhkan kerajaan'. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu "Ash-sha'ab yurid isqaat an-nizam" ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.
 
Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: "Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali". Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku.
 
Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.
 
Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.
 
Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.
 
Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?
Nabi bersabda,  "Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah". ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.
 
Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.
 
Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; "Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih 'najis' dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria". 
 
Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.
 
 
 

*Oleh NURULFATIHA MUAH, Jurufoto: AZMI ARYANTO, Sinar Harian, 22 Oktober 2013
No comments

Wednesday 23 October 2013

ULAMA BERADU, UMAT KELIRU

Jika orang awam gagal 'menguruskan perbezaan', masih tidak mengapa. Itu masih boleh diterima. Ini kerana orang awam kebanyakannya masih  kurang ilmu.  Selain kurang cerdik, orang awam juga kurang terdidik. Justeru, emosi yang panas acap kali mendahului fikiran yang bernas dalam menghadapi perbezaan pendapat atau pandangan. Namun, apabila para ulama yang sewajar sudah cerdik dan terdidik juga terjebak dalam pertelingkahan yang tidak berkesudahan, ini sesungguhnya satu tragedi yang sangat menyedihkan.  
 
Sesungguhnya, ini adalah salah satu cabaran untuk ahli-ahli agama masakini. Cabaran yang boleh merobek kewibawaan ilmu dan ketinggian peribadi mereka. Betapa sekarang kita dapat melihat ulama sesama ulama telah tega bertelagah dan bertikam lidah. Yang dijadikan senjata bukan ilmu dan fakta, tetapi sindiran dan tempelakkan yang sangat menjelikkan. Ada di antaranya yang berani mencabar pihak lawan untuk berdebat bagai ayam sabung yang berkokok dengan sombong. Ada yang mencemik, mencebir dan senyum sinis ketika membahaskan pandangan pihak lain. 
 
 
Tidak salah untuk berbeza, tetapi biarlah dengan nada dan nuansa yang mengekalkan kasih sayang dan silaturahim. Apa gunanya kelulusan yang berjela-jela, dengan gelaran yang beraneka rupa, tetapi adab dan akhlak tidak terjaga.  Pada hal, seorang ulama silam, Ibnu Mubarak berkata: "Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu. "
 
Jika benar yang dicari ialah kebenaran, masakan ada sikap sombong yang menonjol. Keangkuhan itu boleh dibaca melalui sikap, tulisan dan kata-kata. Cabar sana, perleceh sini. Pelbagai label juga telah dilontarkan… Ini 'sunni jumud', itu 'wahabi sesat', sipolan 'sufi menyeleweng' dan sipolan 'salafi tegar'. Subhanallah, lupakah pada pesan  Ibnu Umar ini : "Tiadalah seseorang lelaki itu dianggap alim sehinggalah dia tidak hasad dengki kepada orang yang lebih alim daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya serta tidak mencari dengan ilmunya upahan kebendaan."
 
Timbul pertanyaan, apa benar pergeseran ini disebabkan oleh perbezaan ilmu, hujah dan prinsip? Atau sebab sebenar tidak lain hanya sifat hasad dengki.
 
Berbeza bukan kerana ilmu atau amalan, tetapi kerana tidak senang melihat yang di sebelah 'sana' lebih ramai pengikutnya, lebih banyak hartanya dan lebih tersohor namanya. Alasan perbezaan ilmu cuma mainan bibir.  Apa yang berkecamuk di dalam hati hanyalah sifat hasad dengki. wallahua'lam.
 
Harapan kita, para ulama janganlah sekali-kali merelakan diri dijadikan 'ayam sabung'  oleh pihak berkepentingan. Akibatnya, hukum agama akan dijadikan modal untuk mengaut keuntungan duniawi. Ulama menyerang ulama umpama dua ekor gajah yang berjuang… akibatnya umat akan jadi seperti pelanduk yang mati di tengah.
 
Broker kuasa dan harta akan tertawa apabila ulama merelakan diri mereka digunakan sebagai batang kayu pada kapak untuk menebang kayu. Bukankah ulama adalah pewaris para nabi?  Maka pada siapa lagi umat ini hendak berlindung jika ulama sendiri pun  sudah diperalatkan oleh yang punya harta dan kuasa? Jadi tidak hairan jika ada pihak secara sinins menyindir, satu fatwa berapa harganya?
 
Pergeseran di kalangan ulama bukan sahaja mengelirukan, bahkan merugikan… Bayangkan seseorang yang baru berjinak-jinak hendak berzikir, tiba-tiba diterjah oleh mereka yang dianggap ulama dengan kata,  "Zikir semacam itu bid'ah". Bagaimana pula reaksi seorang pelajar yang sekian lama belajar ilmu Tauhid di sekolahnya menerusi pendekatan Tauhid Rububiyah dan  Uluhiyyah dianggap sesat oleh ulama A? Manakala ada pula pelajar yang mengambil pendekatan belajar Tauhid mengikut pendekatan 'Sifat Dua puluh' dianggap sesat oleh ulama B?
 
Itu belum dikira, ada individu yang mufarakah daripada solat berjemaah dengan imam yang dakwanya  'musyabbihah' dan  'mujassimah' kerana kaedah belajar tauhidnya tidak sah. Dan pihak yang terdakwa pula membalas dengan menuduh pihak lawannya 'bid'ah dalalah' dan 'syirik' kerana berdoa dengan wasilah dan istighasah. 
 
Apa nanti akan berlaku anak dara dari kelompok 'sifat dua puluh' akan menolak untuk dijodohkan dengan pemuda yang datang daripada golongan 'tauhid uluhiyah dan rububuyah? Bagaimana pula dengan sembelihan, kenduri-kendara dan aktiviti-aktiviti muamalat antara kelompok sufi dan salafi?  Sedangkan jika diteliti, semua pihak yang saling bertelagah ini masih mengucap kalimah syahadah. Masih beriman dengan Allah dan RasulNya. 
 
Bukan sahaja mereka yang bertelagah ini duduk sekampung, tinggal setaman, rakan kerja, malah ada kalanya terdiri daripada sanak saudara sendiri. Musibah dan nikmat mereka masih saling berkaitan. Kenduri kahwin, sakit demam, kemalangan dan urusan jenazah (apabila menghadapi kematian) masih saling memerlukan. Alangkah baiknya jika pergeseran ini mampu didamaikan. Berbeza tidak semestinya menimbulkan sengketa.
 
Teladanilah sifat lapang dada Imam Safie rhm yang  pernah berkata, "pandangan ku betul, tetapi aku tidak menolak kemungkinan pandangan orang lain pun betul juga. "
 
Jiwanya penuh dengan adab dan akhlak tanpa menafikan keyakinannya terhadap diri sendiri. Imam-imam besar itu bukan sahaja mempunyai ilmu yang tinggi tetapi juga akhlak dan keperibadian yang tinggi. Ilmu dan adab sangat serasi di dalam diri mereka.
 
Justeru, sekalipun ada masanya para ulama zaman dahulu berbeza pendapat, namun masyarakat banyak mendapat manfaaat hasil perbezaan ilmu dan hujah di kalangan mereka. Banyak buku yang terhasil, apabila mereka saling mempertahankan hujah mereka. 'Pertarungan ilmu' di dalam gelanggang adab ini sangat bermanfat dalam usaha membudayakan ilmu. Pada zaman itu jelas ikhtilaf menjadi satu rahmat kepada masyarakat.
 
Berbeza pendapat di kalangan ulama tidak menjadi masalah. Itu sudah fitrah dan sunatullah yang tentunya punya hikmah yang tersendiri. Namun, yang menjadi masalah ialah sikap ulama dalam menghadapi perbezaan. Sikap negatif hanya akan menimbulkan perbalahan yang tidak akan berkesudahan. Pertikaian yang dulu-dulu, yang hakikatnya telahun istirehat pada titik 'kami bersetuju untuk tidak bersetuju'  telah dibongkar kembali. Kononnya untuk mencari kebenaran. Ironinya, hasilnya, masih yang itu-itu juga. 
 
Bagi yang sangat sayang Imam Safie, mendakwa sangat berpegang teguh dengan mazhabnya, lihat adab Imam yang hebat ini ketika beliau  mempunyai pandangan yang berbeza dengan gurunya Imam Malik.  Dengan penuh rasa sayang beliau berkata, " apabila disebut ulama, maka Malik adalah bintangnya." Apa kurangnya dengan keperibadian Imam Ahmad, murid kepada Imam Shafie, yang walaupun mempunyai banyak perbezaan pandangan dengan gurunya namun masih mengakui, " demi Allah, aku tidak tidur malam selama tiga puluh tahun kecuali aku berdoa untuk Imam Shafie."
 
Perbezaan dikalangan para ulama silam benar-benar bersumber dari hati yang inginkan kebenaran, fikiran yang disinari ilmu  dan rasa yang tulus ikhlas kerana Allah semata. Lalu Allah menjaga hati mereka… tetap punya rasa cinta walaupun berbeza. Berbeza benar keadaannya dengan ahli agama masa kini. Kita kurang mendapat mendapat manfaat hasil perbezaan di kalangan mereka. Yang kita dengar hanyalah lontaran cemuhan, sikap memperlekehkan dan mengejek antara satu sama lain.
 
Sesungguhnya,  umat akhir zaman ini tidak hanya memerlukan ulama yang luas ilmunya, tetapi juga jujur lagi amanah sikapnya. Ulama yang bukan hanya petah berhujah dengan Al Quran dan Al Hadis tetapi mempunyai adab dan akhlak.  Ulama yang bukan hanya mempunyai kelulusan tetapi punya ketulusan. Yang hebat dalam pengajian dan pergaulan. Ulama yang bukan hanya mewarisi ilmu, malah akhlak para nabi.
 
Ulama perlu bebas dari gamitan harta dan  belitan kuasa.  Jika ada perbezaan dikalangan mereka, apa salahnya bertemu empat mata, berbincang dan bermuzakarahlah dengan penuh tenang dan dalam keadaan tertutup.
 
Kata bijak pandai, "people dont care how much you know untill they know how much you care – manusia tidak peduli berapa banyak ilmu kamu, sehingga mereka tahu sejauh mana kamu ambil peduli."
 
Lalu, seorang ulama sudah semestinya bersikap prihatin, simpati dan empati itu ketika menghadapi perbezaan dengan ulama lain!
 
 
 

*Oleh Ustz. Pahrol Mohamad Juoi
No comments

Tuesday 22 October 2013

Brunei laksana hukum hudud

Bandar Seri Begawan, 22 Okt. 2013 - Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.
 
Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.
 
Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.
 
Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.
 
SULTAN Brunei ketika mengumumkan undang-undang itu, semalam.
 
Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.
 
"Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan," katanya.
 
Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.
 
Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. - AFP
No comments

Kehancuran Israel Petanda Kiamat Dunia

Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita disana?
Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?
 
 
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:" Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar ". (Surah Al-Isra: 4)
 
Ayat diatas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat diatas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.
 
Yahudi zionis laknatullah… pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.
 
Al-Qur'an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya:
"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai ". (Surah Al-Isra ': 7)
 
Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan.
 
 
Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
 
"Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham," Kami bertanya dari mana larangan itu?
 
Rasulullah menjawab:
 
"Dari orang-orang asing yang melarangnya." Kemudian berkata lagi: "Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan." Kami bertanya: "Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. " (HR. Muslim)
 
Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:
 
"Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)". (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu'aim bin Hammad)
 
Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.
 
Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah,
 
No comments

Monday 21 October 2013

Seekor ikan yang besar bernama Ambar

Kisah ini berlaku ketika Nabi Muhamad SAW mengarahkan angkatan tentera seramai 300 orang untuk bersedia menghadapi musuh di sebuah kawasan berdekatan pantai. Angkatan tentera itu diketuai oleh Abu Ubaidah.
 
Sebelum berangkat, Nabi Muhamad SAW telah meninggalkan sekarung buah tamar buat bekalan makanan anggota tentera tersebut. Namun, belum genap lima belas hari, makanan yang mereka dapat itu telah kehabisan. Mereka terpaksa mencari jalan lain bagaimana untuk mengelak dari kelaparan dan kebuluran sedangkan mereka amat memerlukan tenaga sebagai persediaan menghadapi musuh kelak.
 
Ketika itu, Qais ra telah membeli tiga ekor unta daripada orang-orangnya sendiri untuk dijadikan hidangan tentera mereka setiap hari. Mereka tidak lagi kebuluran tetapi ini bermakna alat pengangkutan mereka akan berkurangan hari demi hari. Memikirkan akibat itu, Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya penyembelihan unta diberhentikan dengan serta merta.
 
"Wahai sahabatku sekalian, kumpulkan semua buah tamar yang ada pada kalian. Kita perlu menjimatkan makanan kita untuk hidup," ujar Abu Ubaidah.
 
Para sahabatnya yang lain tanpa berlengah mengumpulkan tamar yang tinggal di dalam satu bekas. Kemudiannya buah tamar ini dicatukan kepada sebiji untuk seorang. Bagaimana mereka dapat hidup hanya dengan sebiji buah tamar?
 
Walaupun cuba berdikit-dikit dengan makanan yang ada, akhirnya tamar sebiji seorang itu pun habis. Mereka sudah hampir kebuluran. Demi menyambung nyawa, mereka terpaksa memakan daun-daun kayu. Untuk mengurangkan rasa kasar dan keras daun kayu itu, mereka menyiramnya dengan air terlebih dahulu sebelum dimakan.
 
Allah Yang Maha Mengasihani merasa belas melihat hamba-hambanya yang sedang menderita. Apatah lagi, mereka itu sedang berjihad ke jalan-Nya. Ditakdirkan, seekor ikan yang amat besar telah terdampar di tepi pantai. Ikan besar itu bernama 'Ambar'. Seumur hidup mereka, tidak pernah melihat ikan itu dan terdetik rasa hairan di hati masing-masing, dari mana datangnya ikan sebesar itu.
 
Mulai detik itu, 'Ambar' dijadikan hidangan dan makanan mereka selama lapan belas hari. Tiada lagi kelaparan malahan ikan itu seolah-olah tidak luak dan cukup pula untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan mereka pulang ke Madinah.
 
Setibanya di Madinah, cerita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda berkata,
 
"Ikan itu adalah bekalan yang dikurniakan Allah untuk kamu semua. Ingatlah, penderitaan yang paling pahit disediakan kepada para nabi, kemudian kepada orang yang kedudukannya rendah sedikit daripada nabi dan kemudian kepada mereka yang paling baik di kalangan kaum Muslimin lainnya."
 
 
 
No comments

Friday 18 October 2013

Tidak salah suami bohong isteri

KEPADA suami-suami, jangan rasa bersalah jika bohongi isteri.  Kata seorang ustaz, bohong isteri tidak salah mengikut hukum.
 
Tetapi bukan semua bohong dibenarkan!
Tidak bolehlah jika keluar dating, balik rumah tengah malam, kata kepada isteri " Lama pulak tok guru tu baca kitab Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi malam ni, sampai tersengguk-sengguk abang..."
 
"Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi? Tak pernah dengar pun nama kitab tu bang?"
 
"Awak mana tahu, ke masjid pun setahun sekali. Itu kitab untuk orang yang maqam tinggi macam abang ni, kitab tasawuf!"
 
Itu bohong yang haram namanya.!  
 
Walaupun Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi itu maknanya 'mempelajari ilmu-ilmu dunia' dan dari satu segi, anda seolah-olah sudah bercakap benar kepada isteri, hakikatnya anda tetap bohong.
 
Bukan itu pembohongan yang dibenarkan dalam Islam. Anda semata-mata mahu mengaburi mata isteri dengan jubah dan kopiah yang ditukar di jalanan.
 
Bohong seperti itu tak boleh!
 
Dalam satu kuliah baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias berkata, bohong yang dibenarkan adalah yang tidak memudaratkan sebaliknya boleh menggembirakan hati isteri sekali gus merapatkan keintiman, meningkatkan kebahagiaan dan memantapkan lagi kasih sayang.
 
Contohnya, suami sedang tengok rancangan Nona, datang isteri terus henyak punggung di sebelah sampai terlambung si suami (ayat ini adalah untuk menggambarkan saiz dan bentuk isteri).
 
Si isteri kemudian berkata: "Cantik Neelofa tu kan bang..."
 
Lalu dijawab oleh suami: "Tidaklah secantik mana pun, cantik awak lagi sebab itu saya pilih awak, tak pilih dia ..."
 
Walaupun si isteri tentunya sedar bahawa suaminya berbohong namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap gembira. Bohong seperti inilah yang dibenarkan dalam Islam. 
 
Menurut Ustaz Mohamad Surol pula, bohong seperti ini disebut 'kazbul beidh'.  Orang putih sebut white lie. Orang Melayu  sebut bohong sunat walaupun bohong sunat tidak ada dalam hukum.
 
Nabi SAW tidak pernah bohong. Salah satu sifat Nabi adalah 'siddiq' atau benar.
 
Nabi SAW pernah dihadap kejadian seorang lelaki Islam dikejar seorang lelaki Yahudi yang mahu membunuhnya. Lelaki Islam itu kemudian bersembunyi.
 
Datang lelaki Yahudi itu bertanya kepada Rasulullah, "apakah kamu nampak ada seseorang lari di sini, aku mahu membunuhnya!"
 
Nabi beralih selangkah, kemudian berkata: "Ketika aku berdiri di sini, aku tidak nampak sesiapa selain kamu!"
 
Nabi tidak berbohong sekadar berhelah kerana tidak mungkin baginda mahu membiarkan seseorang dibunuh oleh orang yang dalam keadaan begitu marah. Dan Rasulullah juga bukan seorang yang lurus bendul tetapi dibekalkan dengan sifat amanah dan 'fathonah'. Amanah untuk melindungi seseorang yang berharap kepadanya untuk tidak membocorkan rahsia dan 'fathonah' adalah kebijaksanaan untuk berhelah.
 
Rasulullah sememangnya bercakap benar bahawa ketika berdiri di situ (setelah beralih selangkah), baginda tidak melihat sesiapa selain lelaki Yahudi itu!
 
Berbalik kepada cerita bohong isteri, seseorang suami tidak bolehlah terlalu jujur untuk berkata: "Ya, memang betul sangat Neelofa tu cantik. Nak banding dengan awak, huhuhu! Awak tahu tak, awak duduk di sebelah saya ni saya rasa macam apa? Macam duduk menyandar pada peti surat di pejabat pos tu awak tahu!"
 
Kalau jujur sangat macam itu pun tak boleh, bang! Kasihan isteri tu!
 
Jadi, walaupun dibenarkan, tidak ada bohong sunat. Hukumnya sekadar harus. Tetapi mengikut hukum Islam, bercakap benar itu lebih baik.
 
Apa pun, saya tidaklah bermaksud untuk menggalakkan anda terlalu lurus. Jangan pula dibuat bergurau ketika bersama isteri di dapur, jeling-jeling tong gas kemudian kata: "Saya tengok tong gas ni ada iras-iras awaklah!"
 
Ataupun kalau isteri terlajak kurus, dipegangnya tangan isteri selari dengan sudip atau senduk. Lebih teruk, bangun dari tidur terus diberitahu, "tadi saya mimpi almari baju kita tu berjalan!"
 
Walhal sah-sah dia tahu si isteri baru sahaja keluar dari bilik air.
 
Daripada berbohong jual nama tok guru itu, tok guru ini, kalau nak sangat tambah isteri, bercakap benarlah! Itu pun kalau ada 'berani'!
 
 
Saya pinjam pantun Ustaz Mohamad Surol:
 
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Cakap bohong,
Tahu tahu sudah kahwin lagi
 
Siakap senohong
Gelama ikan ketutu
Bercakap bohong
Tahu-tahu sudah ada lagi satu.
 
 
 

*Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 18 Oktober 2013
No comments

Tuesday 15 October 2013

Ubat Untuk Sembuh dan Jauhi Penyakit

  1. Solat sunat Hajat setiap hari 2 rakaat selepas fardhu Maghrib.
    • dengan niat hajat jauh dari penyakit dan wabak serta sihat dzahir dan bathin.
  2. Sedeqah setiap pagi selepas subuh RM1.00 dan setiap petang selepasa Asar RM1.00 (jika mampu lebih, lagi banyak ganjaran)
  3. Berdoa dengan Asmaul Husna
    • Ya-Hayyuu, Ya-Qoyyum,  Ya-Salam afiatkan badanku, pendengaranku dan penglihatanku. Ya  Allah kurniakan kepadaku ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit.
  4. Istiqomah sumbangan sedeqah kepada ibu dan bapa kita setiap bulan ikut kemampuan. Minimum beras/minyak masak/telor/ gula/ kopi/susu cukup untuk bulan ini dan bulan depan.
  5. Untuk melihat hasil yang segera, amalkan solat sunat 2 rokaat sebelum fardhu Subuh dan solat Dhuha setiap hari.
  6. Waktu terabai/semasa di lampu isyarat/di kaunter/ semasa "Q"/sedang tunggu kenderaan LRT/ MAS/ tunggu anak sekolah/ semasa minum teh tarik/ semasa sedang hisap rokok/dll/. Amalkan Istiqfar (Astaq-firul-lah hal-azhim-10 kali) dan selawat (Allah Hum-Masol-li`Ala Saidina Muhammad Wa`ala Ali-Saidina Muhammad -10 kali.)
 
No comments

Palestinian children

 
Palestinian children on their bicycles are backlit by a car's headlights on a small hill in Bait Lahiya town, northern Gaza Strip, Sept. 19. (Ali Ali/European Pressphoto Agency)
No comments

Bumi Anbiya yang musnah

SUATU ketika dulu Aleppo antara bandar raya terbesar di Syria. Kota itu kini sudah jadi padang jarak, padang tekukur. Lenyap angkara sengketa, perang sesama warga.
 
Kota yang pernah diiktiraf sebagai 'Ibu kota Kebudayaan Islam 2006' itu kini sudah jadi bandar berhantu. Bangunan yang sebelum ini gah berdiri sudah ranap, rebah menyembah bumi.
Keadaan sama juga dapat disaksikan hampir di seluruh kawasan di Syria selepas berlakunya kebangkitan rakyat di negara itu pada Mac 2011 akibat kekejaman kerajaan pemerintah dari parti Ba'ath. Hampir 80 peratus Syria telah musnah malah ada sesetengah kawasan yang dahulunya meriah dengan manusia, kini sudah tidak layak untuk didiami lagi.
 
Begitulah gambaran keadaan Syria yang dilihat penerbit rancangan dokumentari TV, Ahmad Faisal Hamdi, 26, ketika mengunjungi negara itu sebanyak dua kali menerusi misi kemanusiaan Malaysia Lifeline for Syria (MLL4S) tahun ini. Minggu lalu, Faisal ke Syria lagi untuk kali ketiga.
 
"Sebenarnya bukan setakat Homs, Aleppo dan Damsyik saja yang hancur, tapi hampir keseluruhan Syria seperti Azaz, Idlib dan Hamah juga sudah musnah. Homs dan Damsyik antara bandar mempunyai kesan serangan paling teruk.
 
"Aleppo ini merupakan bandar agak moden seperti Kuala Lumpur dengan adanya pasar raya besar seperti Carrefour, Tesco dan Ikea. Ketika kami melalui kawasan perindustrian itu, semuanya tiada, hancur dibom," katanya.
 
Apabila diaju pertanyaan mengenai punca kehancuran Syria kepada penduduk dan pemimpin tempatan negara itu,  kata Faisal, mereka menjawab: " (Presiden) Bashar al-Assad sedang mengamuk!"
 
"Kata mereka, Bashar tidak yakin dia akan terus dapat menguasai Syria jika pilihan raya dibuat secara gentleman. Jadi dia akan cuba buat apa saja, guna apa saja cara untuk berusaha mengekalkan kuasa. Jika sekalipun dia tidak dapat (kekal berkuasa), tidak akan ada sesiapa lagi memerintah Syria (yang sudah musnah) ini selepas aku," kata Faisal.
 
Rakyat dibunuh kejam
 
Lebih dua tahun kebangkitan rakyat di Syria, ramai penduduk ditahan dan dipaksa menyembah Bashar. Itu antara cerita sedih yang didengari Faisal daripada penduduk Syria sendiri, mengesahkan video yang selama ini tersebar di laman sosial, Youtube berhubung perkara itu.
 
"Mereka dipaksa menyembah gambar-gambar Bashar, ditangkap, dibunuh, disembelih, dirogol, dan ada yang ditimbus hidup-hidup dan ada juga yang dicampak dari bangunan tinggi ke bawah.
 
Kejahatan dilakukan oleh tentera rejim Bashar amat melampau dan menjangkau pemikiran manusia waras, seolah-olah mereka langsung tidak ada jiwa, perasaan, hati perut atau berperikemanusiaan," katanya.
 
Bukan itu sahaja, Faisal dimaklumkan bahawa doktor yang bertugas di Syria turut menjadi buruan rejim Bashar.
 
"Kebanyakan doktor tidak menyokong mana-mana pihak dan sanggup menerima pesakit. Untuk memberi tekanan kepada kebangkitan rakyat, rejim Bashar tangkap doktor, siksa hingga ada yang mati.
 
"Mayat doktor malang ini ditinggalkan di hadapan hospital untuk menakutkan doktor lain supaya mereka tidak ada lagi yang berani bantu mujahidin," katanya.
 
Namun, masih ramai lagi doktor yang sanggup bertahan merawat rakyat Syria yang dizalimi walaupun mereka sudah tidak dibayar gaji lagi. Kesanggupan untuk berkorban adalah semata-mata atas nama kemanusiaan!
 
"Masih wujud hospital di sana dan ia hanya beroperasi menggunakan generator dengan bekalan ubat yang terhad dan telah tamat tarikh luput kerana bekalan ubat-ubatan daripada kerajaan sememangnya sudah lama terputus.
 
"Ada sebuah hospital di Syria pernah dibom ketika pesakit menerima rawatan di hospital itu. Ada hospital yang kami lawati basah dengan darah syuhada pada lantainya walaupun sudah dimop berkali-kali. Darah itu tetap mengalir sebab mangsa serangan tidak putus-putus," katanya.
 
Paling menyayat hati, semasa kunjungan MLL4S, seorang rakan Faisal tidak sihat dan cuba mendapatkan ubat di farmasi di salah sebuah hospital. Namun dia diberitahu, ubat-ubatan itu semuanya sudah tamat tempoh dan tidak layak digunakan.
 
"Ubat-ubatan ini hanya layak kepada kami rakyat Syria, tidak layak bagi kamu (rakan Faisal) sebab ia sudah tamat tempoh. Kami tidak ada pilihan lain. Ini saja yang ada dan layak bagi kami. Jika kamu ambil ubat ini, kamu akan bertambah sakit. Lebih baik kamu balik ke negara kamu mendapatkan ubat yang betul," ceritanya mengulang kata-kata ahli farmasi itu.
 
Di sana, Faisal berpeluang mengenali seorang doktor dari Yaman, Dr Tariq yang menjadi inspirasi kepada doktor lain dan delegasi misi kemanusiaan kerana sanggup meninggalkan negaranya dan hospital miliknya sendiri, semata-mata untuk membantu rakyat Syria.
 
"Dr Tariq juga pensyarah perubatan di sebuah kolej perubatan di London, namun dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dan berhadapan dengan risiko nyawa yang sangat tinggi di Syria.
 
"Semangatnya turut dikagumi doktor tempatan Syria. Seorang daripada mereka (doktor Syria),  Dr Abdul Aziz mengakui kepada saya, dia sendiri tidak sanggup ke Yaman jika berlaku sesuatu di negara itu seperti apa yang berlaku di Syria sekarang. Malah kata Dr Aziz, ke mana-mana negara pun dia tidak sanggup sebagaimana Dr Tariq," katanya.
 
 
 

*Oleh NURULFATIHA MUAH, Sinar Harian, 14 Oktober 2013
No comments

Tuesday 8 October 2013

Populasi Muslim bakal tembus 70%

Dubai, 8 Okt. 2013 - Populasi umat Islam akan capai 70 peratus jumlah penduduk dunia dalam masa 30 tahun akan datang.
 
Penambahan penganut Islam itu disifatkan sebagai yang paling pantas di dunia.
 
Perkara itu nyatakan oleh Pengarah Urusan Thomson Reuters untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Russel Haworth sebagaimana dipetik daripada laman web 24/7emirates.com.
 
Menurutnya, peningkatan itu juga didorong oleh kenaikan aset industri perbankan syariah yang dijangka mencapai dua trilion dolar pada 2014, pertumbuhan 19 peratus sejak empat tahun lalu. Pada 2011, jumlahnya mencecah 1.3 trilion.
 
Bagi industri halal, jumlah sumbangannya sudah mencapai 12 peratus dengan nilai 685 bilion dolar setahun.
 
 
No comments

Monday 7 October 2013

Kerjaya Menjadi Ibadah Jika Mengikut ISLAM

SEGELINTIR

 masyarakat tidak memahami pekerjaan seharian dinilai sebagai ibadah apabila memenuhi garis panduan ditentukan syariat. Malah di situlah letaknya nilai keunikan Islam sebagai cara hidup jika difahami dengan teliti.

 

Pernyataan ini sekali gus menafikan pandangan serong yang cuba memisahkan agama dengan kehidupan kerana setiap gerak geri dan tindak tanduk umat Islam dinilai baik ataupun buruknya. Matlamat akhir sesuatu pekerjaan dilakukan mestilah bertujuan memperoleh keredaan Allah.

 

Justeru, beberapa perkara perlu diperhalusi bagi mencapai maksud dan tujuan mulia itu antaranya, niat ikhlas ketika bekerja kerana tidak dinafikan setiap orang pasti mengharapkan balasan bersifat duniawi seperti gaji dan ganjaran lain terhadap kerja yang dilakukan.

 

Saranan Baginda Nabi Muhammad SAW supaya pekerja dibayar upah sebelum kering peluhnya menunjukkan bagaimana Islam sangat mengambil berat persoalan ini. Lebih daripada itu, niat ikhlas ketika bekerja boleh diterjemahkan dengan tidak curi tulang atau melakukan kerja sambil lewa.

 

Malah ada juga yang bersungguh-sungguh bekerja ketika di depan bos lalu dianggap seorang yang berdedikasi tetapi berubah menjadi munafik apabila di belakangnya. Amalan buruk sebegini dikhuatiri memberi kesan kepada keberkatan gaji diperoleh sekalipun banyak tetapi masih tidak mencukupi.

 

Memilih pekerjaan yang dibenarkan syariat adalah antara syarat utama sesuatu pekerjaan dinilai ibadah. Aktiviti tidak sihat dan dilarang agama mengundang kemurkaan Allah, jadi bagaimana ia boleh diterima sebagai ibadah.

 

Tindakan individu yang mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain adalah pekerjaan yang diharamkan. Amalan buruk seperti ini boleh menjejaskan hubungan istimewa seorang Muslim dengan saudaranya yang lain.

 

Pembabitan masyarakat Islam dalam aktiviti tidak sihat seperti bekerja di premis menjual arak, pusat hiburan dan judi, premis yang menganjurkan maksiat seperti kelab malam dan pusat pelacuran dilarang sama sekali.

 

Sesibuk mana pun bekerja ia tidak seharusnya menyebabkan seseorang melalaikan tanggungjawab ibadat khususnya solat dan berpuasa di bulan Ramadan. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk mengqada solat yang sengaja ditinggalkan.

 

Dalam hal ini, ketua jabatan yang beragama Islam boleh memainkan peranan sentiasa mengingatkan kakitangan bawahan supaya tidak mengabaikan solat lima waktu. Mesyuarat yang diadakan boleh dirancang supaya tidak menyebabkan tertinggal solat fardu.

 

Dalam konteks lain, suami isteri bekerja perlu memahami mereka bertanggungjawab mengurus rumah tangga dan anak dengan sempurna. Adalah tidak molek isteri hebat di pejabat tetapi suami dan anak berantakan di rumah.

 

Begitu pula jika suami hanya sibuk dengan perniagaan dan bermain golf selepas waktu pejabat, boleh mengundang implikasi buruk seperti isteri curang dan anak bebas tanpa perhatian ibu bapa.

 

Ketika bekerja, adab dan pergaulan antara bukan mahram perlu diberi perhatian serius. Elakkan perkara yang boleh mengundang fitnah sehingga merosakkan hubungan suami isteri.

 

Cara berpakaian segelintir wanita berkerjaya dan hubungan di tempat kerja hendaklah tidak melangkaui sempadan agama dan garis panduan ditetapkan.

 

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan akan menyambutnya." (Hadis riwayat Tirmizi)

 

Perbuatan kurang sopan seperti berdua-duaan dalam pejabat dan gurauan melampaui batas perlu dielakkan bagi mengelak tuduhan.

 

Kejayaan sebenar bekerja bukan bersandarkan gaji atau pangkat. Matlamat utama seharusnya disasarkan adalah al-falah iaitu kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Apa guna gaji dan pendapatan lumayan jika ia tidak mampu membeli syurga penuh kenikmatan.

 

 


*Sumber

 

No comments

Larangan Memukul Anak Kecil Ketika Sedang Menangis

BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:;Din
FN:Din
REV:20131007T081035Z
END:VCARD
Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah-bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)
Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bunda nya.
 
Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu-bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
 

Sabda Rasulullah SAW ; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)
No comments